Wednesday, July 4, 2012

Nota Buat Sayang

Alhamdulillah, aku syukur padaMu Ya Allah. Diatas kurniaanMu seorang bidadari surihati buat hambaMu ini.

Sayangku, abang dari jauh sangat merinduimu kasih. Mungkin takdir Illahi kita perlu redha berjauhan dahulu sayang. Agak berat dugaan kita. Ayah dinda sakit tenat sebelum kita diijabqabulkan dan pergi mengadap Illahi 10 hari selepas kita sah menjadi pasangan suami isteri dan kemudiaannya atas tuntutan tugas dan tanggungjawab...kanda berangkat ke Bumi Kenyalang dan meninggalkan sayang dahulu buat seketika. Sayang, jauh disudut hati abang sangat merindui sayang biarpun saban hari kita entah berapa puluh kali dalam sehari berbual dialam maya dari jauh. Sayang, abang sebenarnya bangga dapat bersama-sama sayang menjaga ayah kita sebelum dia pergi buat selama-lamanya baru-baru ini. Setiap hari musim indah pernikahan kita, kita berulang alik ke hospital dari jauh bermula pada hari kenduri di rumah kanda. Abang bangga dapat berbakti pada ayah sayang sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir. Masih teringat suasana kata-kata ayah dinda kepada kanda semasa arwah sihat, yang mahu kanda menjaga dinda dengan baik dan arwah sangat gembira menanti pernikahan kita. Segala kata-kata arwah dan harapan yang diberikan tidak akan kanda abaikan, InsyaAllah.

Dinda sayangku, biarpun kita jauh dimata tapi hati kita sangat dekat. Kanda di sini akan sentiasa setia pada dinda. Kanda tahu dinda seorang isteri yang baik, solehah dan taat serta jujur pada kanda. Setiap hari dinda meluahkan pada kanda kesedihan dinda kerana kita berjauhan dan mendambakan hasrat murni dinda untuk menjaga makan minum dan pakai kanda di sini. Semua itu sangat kanda hargai sayangku,......i love you so much, i really miss you. Indahnya kasih sayang cinta kita selepas nikah, nikmatnya Alhamdulillah. Dinda sayangku, dengarlah berita jiwa sayang buat dinda. Kerna kasih sayang, cinta sejati dan rindu kasih kanda pada dinda, kanda akan pulang untuk berjumpa dinda tidak lama lagi. Ya, biarpun sekadar untuk pulang 2-3 hari sahaja@masa yang singkat(cuti hari minggu) kanda sanggup menghabiskan wang untuk terbang dari jauh bertemu isteri tersayang. Abang pasti akan pulang untuk bertemu sayang minggu depan. Tidak sabar rasanya.

Sayangku, I LOVE YOU SO MUCH, I MISS YOU SO MUCH, ABANG BANGGA PUNYAI ISTERI YANG BAIK DAN JUJUR SEPERTI DINDA, Sayangku, anata wa totemo shinsetsu tou kirei desu,,,,AISHITERU...!!!!!!!!!!!!!!. Thank You Allah...... Semoga kita menjadi pasangan suamisteri yang always very much in love with each other dan menjadi pasangan yang a match made in heaven, Aminnn.  Biarpun dari jauh, abang akan sentiasa menggembirakan dinda......abang akan sentiasa membuatkan dinda ceria dengan suara abang. Nantikan kepulangan kanda wahai sayangku. Biar ia pertemuan singkat masa, dari jauh ku sanggup terbang demi kasih nan sayang. Ogenkide itte kudasai.....Shitsureishimasu. 








2 comments:

tengku azri said...

بَارَكَ اللهُ لَكُمَا وَبَارَكَ الله عَليْكُمَا وَاجْمَعْ بَيْنَكُمَا فِي الْخَيْر

Tahniah.

lamo tunggu demo update blog.. bila baco posting ni, bolehlah agok bakpo lamo blog tok terupdate...

Takdok hal la tu.. jauh dkt ada 'rezeki' masing2 dalam berumah tangga. banyak2 bersangka baik laa duk lain2 benua nih...

sirru 'ala barakatillah.

Cikli said...

Tahniah cikgu...
Semoga bahagia selalu