Tuesday, September 7, 2010

Pada Hemat Saya-"Konsep"

Sedih, sebak dan bergenang air mata di kelopak bila membaca sebuah akhbar online yang memaparkan kisah “penderitaan” golongan emas seagama dengan diri. Lebih-lebih di bulan Ramadhan ini, ketabahan mereka menjalani ibadah puasa benar-benar menyentuh hati saya. Juadah berbuka puasa dan sahur hanya dengan makan dedak jagung makanan ayam, dan makanan hasil dari menyelongkar sampah, serta ditambah pula terpaksa menerima kejian dan hinaan (dimaki dan diludah) dari insan-insan durjana yang cukup biadap!. Anak pula sudah lupa daratan dan tidak mengaku ibu kandung sendiri dan menganggap orang tua mereka sebagai pembawa masalah. Kepada manusia biadap, bongkak sombong dan “tiada otak” itu, andai kata suatu hari nanti (diulangi “andai nya”) nasib anda dibalas dengan fenomena yang lebih dasyat, teruk dan dalam erti kata yang lebih manis adalah ‘pembalasan’, maka jangan lah pelik dengan apa yang berlaku itu. Justeru, saya sangat merayu dan meminta tolong agar pihak-pihak bertanggungjawab, tolonggggglah ambil perkara yang ini sebagai agenda utama dan berilah perhatian yang paling maksimun sebaik-baiknya. Pada hemat saya, mungkin sudah sampai masanya Konsep kehebatan dan kecekapan penyiasatan menyelesaikan masalah jenayah dan maksiat, juga digunakan konsep yang sama bagi ‘menyiasat dan mencari insan malang seperti di atas agar segera dapat diberi bantuan dan pertolongan’. Tidak dapat hendak dibayangkan perasaan mereka, di bulan Ramadhan, berbuka puasa dan sahur dengan ‘makanan itu’ sudah hampir 5 tahun. Ya Allah, peliharalah mereka.

9 comments:

Cikli said...

Selamat hari raya. Maaf Zahir batin. Semoga tabah dan cekal berada di perantauan.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai ibu bapa.

piewahid said...

memang betul, dalam bergembira jgn dlupa kepada yg menderita. bantulah mereka mengikut kemampuan masing2.

*****************************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan.

5. Berhati-hati di jalanraya.

DrSam said...

Salam Lebaran. semoga menjelang hari yang mulia nanti, insan-insan istimewa ini akan ketemu bahagia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, jika ada tersalah dan tersilap harap dimaafkan. Berhagia bersama yang tersayang.

Dahlia Nawi said...

salam.
sedih mengenangkan nasibnye..tergamak betul seorang anak membuang ibubapanye..dibiar gtu lak tu..ntah ape lah nasibnye nt.

selamat hari raya cikgu zam. semoga beraya di perantauan memberi pengalaman yg berharga.

samad said...

salam...selamat ari rayo boh maaf kawe tek...mat aidil duk beloh kawe ni dio pun mitok maaf jugok..he2x

cikmanggis said...

salam zam..camana beraya di rantau orang?semoga zam sihat sihat selalu:)

melatidaisy said...

salam eid mubarak buat cikgu zam ..

semoga dalam rahmat Allah selalu :)

kak ijan said...

Salam Cikgu,
Rasa sedih sangat baca kisah2 yang macam ini di surat khabar. Harap2 kerajaan kita akan ambil langkah sewajarnya secepat mungkin utk menjaga kebajikan mereka.

fusarium solani said...

Cikgu Zam,

Hukum Allah SWT,

buat baik dibalas baik!