Friday, August 13, 2010

Rembesan Setitik Dua Sumbangan Kelopak

Mula di sini. Nostalgia sebagai penumpang lokasi peperiksaan UPSR diri suatu ketika dulu benar-benar mencubit teras hati. Kerana, peristiwa berjaya menduduki peperiksaan tetapi gagal menyentuh rasa, menatap lihat dan menostalgiakan penilaian akademik selaku kanak-kanak sebelum melintasi garisan ke alam remaja. Bersekolah darjah 6 dan mendaftar calon UPSR di Sabah, sebelum berpindah pulang ke laman asal di bumi Cik Siti Wan Kembang kerana ayahanda tamat berkhidmat sebagai perajurit teguh setia 3 RAMD, sebelum menduduki peperiksaan tersebut membawa saya kepada gelaran calon menumpang (klu perasan pada kertas OMR sebelah kanan atas), perlu saya hitamkan. Masih menggunakan angka giliran berdaftar kod di Bawah Bayu, diri meneruskan belajar dan seperti pelajar lain menduduki peperiksaan itu.

Musim keputusan keluar sudah kecoh dicorong-corong mulut secara atas angin. Hari penuh bermakna dikhabarkan dan langkah kaki awal-awal pagi ke sekolah untuk melihat apa yang dapat. Sampai paling awal, duduk di bangku batu di bawah pohon ketapang tua, kemudian datang lagi dan lagi sahabat lain. Akhirnya semua pulang kerana hanya khabar palsu bahawa keputusan dapat hari itu. Di lain hari, khabar tersebar lagi dan seperti biasa diri kebetulan paling awal mendagu tunggu di bawah ketapang tua yang sama, dan datang yang lain dan rupa-rupanya masih belum sampai masa lagi dan semua pulang hampa. Hari sebenar, diri orang ketiga sampai (kalau tidak silap mengira) dan keputusan diumumkan dan diagihkan kepada setiap pelajar (ada yang gembira, separa gembira, kecewa dan seperti sgt kecewa).
Setelah semua mendapat hasil masing-masing, tetapi hanya saya masih tangan kosong dan Cikgu memaklumkan bahawa keputusan dan slip saya dihantar ke pusat pendaftaran kod saya (Sabah). Cikgu minta sabar menunggu dan saya terus menunggu dengan hati yang sudah mula sedih, pasrah dan geram sedikit-sedikit. Hampir 2 minggu, ia masih tak kunjung tiba, di saat pelajar lain sibuk dengan memohon ke pelbagai sekolah pelbagai taraf, saya masih sepi buntu kelabu tak terkata. Kelu sendiri. Pihak sekolah dan keluarga mula berusaha hubungi ke seberang laut sana dan tanya bila “hak” saya itu akan sampai. Dan jawapan dari mereka, ia sudah di pos dan akan tiba. Maka saya sedikit gembira. Hampir sebulan, masih senyap, dan bila ditanya lagi mereka kata “yang salinan juga sudah diposkan dan dalam perjalanan”. Akhirnya di suatu petang, salinan keputusan yang dimaksudkan tiba dengan keputusan yang tipu belaka (3 B , 2 TH-Tidak Hadir). Tipu setipu-tipunya!! Saya hadir semua, saya jawab semua, saya hantar semua jawapan. Maka,… rembesan sedikit keluar dari kelopak pada ketika itu.

Hari pendaftaran Tingkatan 1, saya masuk sekolah biasa sahaja, agak dalam sedikit koordinat lokasinya, berbukit hijau indah di sekelilingnya, saya bagai makhluk asing kerana satu-satunya pelajar yang tiada 2 dokumen penting wajib untuk ke Sekolah Menengah iaitu Sijil Asal UPSR dan Surat Berhenti Sekolah Rendah (tak boleh buat sebab tiada keputusan rasmi UPSR). Terima kasih kepada pihak Sekolah Penyayang yang sudi menerima saya pada waktu itu walaupun pada awalnya saya sekadar berstatus “pending”, sebelum diberi jaminan tetap setelah rayuan ikhlas diterima menerusi keputusan percubaan (3B 2A).

“ Buat pengetahuan insan terbaca, beburung tinggi terbang di awan, itik di kolam, ayam di reban (atas pokok bagi ayam kampung yang diberi 100% kebebasan – “self sufficient @ independent”), ikan di lubok dan lautan, monyet kekeraan di dahan bergantungan, sesayuran di batasan, ubi gadung di hutan, anak sembilang di tapak tangan, kerabat cacing di lubang bergelutan, anai-anai di busut perpusuan, pepucuk buluh muda berebungan, lumut licin di batuan, dan seluruh hidupan berbiotik pada alam,,,,,,,,,,sehingga hari ini patik sebenarnya masih belum pernah melihat apatah lagi memiliki 2 Keping kertas asli yang memaparkan Keputusan UPSR dan Sijil Berenti Sekolah Rendah milik sendiri”.

Nasib baik diterima ke Sekolah Menengah atas budi bicara, kalau tidak………(nada geram).
*Masih menanti kalau-kalau ia akan tiba, tiada yang mustahil, ia boleh terjadi walau sudah agak berkurun berlalu Nokhtah

12 comments:

Dahlia Nawi said...

salam.kesian cikgu zam.
sampai skrg tak dpt tgk slip UPSR.
takpe la, tkde UPSR pun dah sampai jepun.nanti boleh mintk kat pejabat pendidikan kut.

cikmanggis said...

hmm camana boleh jadi camni?harap-harap inilah satu satu nya kes terpencil.Tidak akan berulang lagi...selamat maju jaya Zam dan selamat berpuasa:)

Solehah said...

kes macam ni akan menyusahkan pihak lain..kesian cikgu..

Werdah said...

Salam Cikgu Zam.

Memang ada kes seperti ini. Adakalanya selepas rayuan dibuat, cepat dapat jawapan, adakalnya lambat tapi belum pernah dengar kes seperti yang cikgu alami ini. Terkilan juga kan tak dapat lihat sijil yang asli.

piewahid said...

fuhh... tragis kisah ni!

antara birokrasi, manipulasi,hipokrasi, validiti dan integriti bercampur baur.

malangnya tak ada sorang pun org 'atas' nk bantu selesaikan sbb itu bukan isu 'aku'

Allah dh balas penganiayaan tersebut dgn kejayaan lain, insyaAllah...

semiey said...

salam cikgu..xpo sep kitow..jepun tok paka slip upsr doh deknu...paka skroll pulok..baru kemah ore kitoww

azian said...

Salam Cikgu Zam dan selamat berpuasa di perantauan.
Uruskanlah dgn jabatan pendidikan tetapi harus bersedia untuk berdepan dgn karenah birokrasi yg adakalanya terlalu mengikut 'buku'.

acik shaniza said...

Salam..
Sedih baca kesah cikgu zam..tp realitinya begitulah. Kalau tinggal diceruk dan bukan anak 'somebody', org tak brapa kesah..
Tapi apa pun tahniah acik shaniza ucapkan kerana anak yg tak punya sijil UPSR dah mampu melanjutkan pelajaran ke luar negara.. ^_^

kak ijan said...

Salam Cikgu,
Tak sepatutnya perkara macam tu berlaku. Harap2 tak berlaku pada org lain pula. Apepun, cikgu masih beroleh kejayaan walaupun tanpa sijil upsr. tahniah! selamat berpuasa dari kak ijan sekeluarga :)

makcikkantin said...

salam singgah,

makcik bukan cikgu, tapi 'karangan' anda sungguh baik....
tak ada sijil upsr & (kiranya) "tak" bersekolah rendah pun dah sampai jepun, kalu ada pi mana gamaknya?
makcik ni pi jepun dalam astro je :-) selamat berpuasa

semiey said...

salam boh..bilo nok wak ucapan salam perantau masuk dale surat kabar baru kemah sep kitow.tok gambar besar ckit..bia tebeng jahhh

@xiM said...

rasanya mesti pihak dari Sabah tu tak kirim kan..ish ish ish..harap perkara sepeti ini takkan berlaku lagi..kesian..takper..Cikgu Zam sampai ke Tokyo(ye ker Tokyo?ke daerah lain) akhirnya.itu yang penting..:)