Thursday, August 5, 2010

Ajak-Ajak Arak

Singkap kembali ketika pesta parti Ryugakusee (pelajar antarabangsa). Sebelumnya sudah ada tunas kenal-kenalan dengan insan baik itu kerana kami kerap selisih pandang di ryou (penginapan asrama). Dia kerap bertanya saya tentang Malaysia negara bertuah, selalu juga ingin bertatih cakap english nya dengan saya kerana sukar baginya (katanya) dan hanya peluang yang baik untuk diamal adalah ketika bersama foreigner. Diri saya pula sentiasa berlumus untuk membahasa gunakan tutur jepun nya sebagai pendendang di kala masa cetek ketara. Saban hari dia semakin gemar ingin berkawan dengan saya, dan saya dengan hati ternganga sudi sahut sahaja. Tetapi, selepas party ryugakusee itu, yang mana beliau bersama rakan nya merayakan satu party baru,mereka mabuk kerana terlalu banyak minum bersama dalam party tambahan itu. Kebetulan drama mabuk minum keterlaluan itu dijalankan di bilik depan bilik saya, dan semasa saya baru mahu masuk bilik setelah pulang dari party ryugakusee, beliau dalam keadaan mabuk itu menyekat saya dan mengajak saya menyertai mereka untuk minum-minum dan tari-menari gila itu. Saya cuba menolak dengan baik dan menyatakan bahawa saya tidak boleh menyertai anda kerana saya adalah Muslim dan haram sama sekali bagi saya untuk gelumang sama. Dia yang masih mabuk itu terus memujuk saya dan saya terpaksa mengambil masa hampir 45 minit untuk melayan kerenahnya di depan pintu bilik peribadi saya dan beberapa kali terpaksa menerangkan apa dan kenapa saya tidak boleh walau cuba-cuba. Dia sedetik ketika bagai sudah faham tetapi masih memaksa saya agar cuba dan marilah bersama. Ikut rasa cas negatif hati, ingin sahaja saya berkeras kasar melayannya, tetapi bila renung jenak kembali bahawa kedatangan saya kembara ini adalah ada nilai hubungan dua daigaku (universiti) dan kesan nya amat besar juga, maka saya cuba jaga tatasusila Malaya agar tiada buruk pandang berlaku pada jejak nokhtak pulang ke laman si lubok bongor nanti. Akhirnya saya berjaya meloloskan diri dengan secubit senyuman beriring ucapan oyasuminasai (selamat malam). Esoknya si dia yang mabuk semalamnya, kelihatan seperti ingin melarikan diri dari saya, dia seakan sangat malu pada saya, hasrat nya yang mengila ingin berkawan dengan saya bagai berkabus bayang sudah. Terserempak di kawasan kampus, dia cepat segera paling wajah arah berbeda. Suatu ketika datang dia hampiri saya dan meminta maaf kerana sikapnya ketika mabuk itu, katanya dia sangat malu dengan saya. Saya lantas berkata , jangan lah risau saudara, saya faham kehidupan anda, tidak perlu malu pada saya, cuma saya tidak boleh menyertai anda pada saat itu. Dan minggu lalu kami kembali akrab semula. Saya tahu betapa ada harga hormat antara kita, lebih-lebih lagi pada insan tiada agama. Maafkan saya, ajak-ajak arak anda sekurang-kurangya menguji saya bila jarak sekadar 2 pembaris panjang sahaja dengan tombol pintu saya.


23 comments:

piewahid said...

alhamdulillah... prinsip dan pendekatan yg bagus. saya tumpang bangga. teruskan berdakwah. sekurang2nya kita meninggalkan secubit ketukan kebenaran di sudut hatinya.

cikmanggis said...

alhamdulillah.Makcik sangat bangga Zam.Semoga anda sentiasa dirahmati Allah.Sayu pulak bila dengar alunan muzik yang zam letakkan ni.Jaga diri,jaga maruah dan yang pentingnya jaga harta kita..islam.

Anonymous said...

Alhamdulillah.. syabas adikku.. aku abangmu di sini terlalu bangga dengan caramu untuk meloloskan diri dari 'nila' yang boleh merubah susu yang kau kumpul dan hampir penuh itu... andainya aku disana.. mungkin..mungkin.. jepun itu dapat menikmati dan kenal apa itu silat melayu.... eeyahhhhhhhh..

Annur_syahmah said...

salam,alhamdulillah,moga di teguhkan imanmu sahabat..dalam menghadapi cabaran dan dugaan di rantauan...itulah tarbiyah dariNYA buat nta..be a mujahid muttaqen.

abu muaz said...

salam dan tahniah. moga anda dilindungi ALLAH dari perkara yang membawa keburukan pada diri dan agama tercinta ini.

Islam ia datang dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang.

Seri said...

sungguh besar dugaan di negara orang

seri cadangkan cikgu zam buat perenggan pada entri. sekadar memberi cadangan supaya lebih mudah kami membacanya

Cikli said...

salam sensei-san,

in matters of style, swim with the current. in matters of principle, stand like a rock.

ini kata-kata thomas jefferson.

shaniza said...

Salam..
Alhamdulillah..moga dakwah begitu boleh menarik hatinya nanti utk lebih mengenali cikgu zam dan yang penting Islam.. insyaAllah.

Dahlia Nawi said...

alhamdulillah. cikgu zam, telah menunjukkan islam itu indah.kuatkan lagi hati spy tidak mudah terpesong..

CIKGU ZAM said...

salam Piewahid,
Terima kasih tuan diatas sokongan yang diberikan, semoga dia tahu itu nilai Islam dan uniknya pati di dalam,

salam cikmanggis,
saya juga bangga dengan makcik dalam sentuhan masak-memasak di dapur, semuanya masakan makcik sangat sedap.
Terima kasih doa dari makcik, saya sangat menghargainya,

salam Abang,
Ahahha, geram juga dengan sikap dia yang memaksa sebenarnya, tetapi kene sabar dan layan dengan baik juga, supaya dapat tinggalkan kesan bahawa org Malaya yang mereka jajah suatu ketika dahulu ada nila tersendiri yang dipelihara

salam Annursyahmah,
terima kasih sahabat yang trut mendoakan perjalanan saya di sini,
semoga kejayaan milik enti jua di sana dan masa depan yang diberkati InsyaAllah,

salam Abu Muaz,
ya saya sangat setuju dengan pandangan tuan, kita harus memelihara Islam yang datang dengan jalan dagang ini. Islam tetap dihati sanubari

salam seri
Terima kasih banyak-banyak cadangan yang seri bagi tu, saya setuju dan sokong (",) InsyaAllah dalam perkongsian nukilan yang loain saya akan tunaikan cadangan seri. saya mengalu-alu kan sebarang cadanagn lain sekiranya ada sebagai penambah baikan untuk manfaat ramai.

salam Cikli
Terim akasih banyak-bnayak. Prinsip yamg menraik untuk kita renung dalam kehidupan lebih2 lagi merantau solo di tempat orang, Alhamdulillah terima kasih tuan kerana sudi kongsi dengan insan ceruk desa ini

salam Shaniza,
Terima kasih kak, InsyaAllah semoga harapan itun berjaya direalitikan, kita rancang, usaha dan berdoa dan mohon pada yang Esa agar buka ruang dan petunjuk

CIKGU ZAM said...

salam Dahlia,
Terima ksaih di atas sokongan dan galakan yang diberi. kadang-kadang tidak dinafikan bahawa bimbang juga dengan pelbagai dugaan dan cabaran datang dan pergi, datang dan pergi?????

laki cikgu kimia said...

ujian ada di mana2. terserah kita..

piewahid said...

"Selamat menjalani ibadah puasa dgn sempurna. Semoga segala amalan dan doa diterima-Nya. Ampun maaf atas segala kesilapan & kesalahan"

CIKGU ZAM said...

salam laki cikgu kimia,
bagaimana dengan kesihatan tuan sekarang?? harapnya sudah sembuh dan sihat walafiat

salam Piewahid,
Saya ucapkan juga selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al- Mubarak kepada Tuan sekeluarga, semoga semuanya gembira di bulan mulia ini dan seterusnya kegembiraan dan keberkatan berpanjangan di bulan-bulan yang seterusnya, Amin

Arianni said...

Salam..

Salam Ramadhan buat anda dan selamat menjalani ibadah puasa di perantauan..semoga kita menjadi umat yang bersabar dan bersyukur..

Werdah said...

Salam Cikgu Zam.

Alhamdulillah tidak terpengaruh dengan ajakannya.

Semoga Allah terus melindungimu daripada hal-hal seperti ini.

Mudah2an bila dia ingin bersahabat, dapatlah dia meneladani sifat-sfat cikgu Zam ini.

DrSam said...

Salam Ramadhan almubarak. Semoga dikurniakan keafiatan dan kekuatan di dalam menjalani ibadah puasa kali ini.

blogresipi said...

Selamat berpuasa untuk Cikgu Zam daripada Abang Zul dan Kak Ijan serta Mikael. Semoga puasa di rantau orang kali ini bawa satu pengalaman baru dalam lembaran hidup Cikgu.

semiey said...

salam cikgu,
kemah sek kito."ingat soko hok mok pese nak2 kali ambo nok turun jale".jupo tegur jange pecoh..
Selamat berpuasa sek kitow..kawe baru nok sahur meta2 lagi ni..terawih apo cerito sano..

geraugebang said...

Salam....Cikgu

Akak dah agak dah.Mesti Cikgu dah sampai Jepun...betul!!!!! pandai akak teka...Selamat merantau, selamat belajar, moga berjaya...di dunia dan di akhirat...Kak gerau doakan kejayaan adik...Nanti senang-senang, boleh lah menjelajah Jepun cari Puan Hana kat Jepun tu...mesti dia kasi awak makan best-best...

Solehah said...

Cabaran dan dugaan datang dalam pelbagai bentuk ya Cikgu Zam. Alahmdulillah..bangga dengan cara dan pendirian cikgu.
~Selamat berpuasa ya~

CIKGU ZAM said...

salam Ariani
setuji sanagt dengan anda. Semoga kita menjadi insan bersyukur, syukur dengan nikamt kurniaan Illahi,

salam Werdah
Terima aksih banyak-banayk, begitulah harapnya, semoga menfaat buat kita bersama,

salam DrSam
semoga kekuatan yang diharapkan dan didambakan dalam bulan yang Mulia ini milik kita bersama,Amin Amin Amin

salam Kak Ijan
selamat berpuasa juga dari saya buat kka ijan sekeluarga, semoga semuanya gembira, bahagia dan diberkati InsyaAllah, Mikael bagaimana sekarang??? semakin berisi ke??

salam semiey
Beres miey, demo jage diri molek jugok, lamo demo memerintah tanah atas bukit glamour di Ibu Kota tu, raya ni balik ko dok miey??

salam kaka gerau
Alhamdulillah kak, saya dah lebih 4bulan di sini bersendirian, InsyaAllah di penghujung Oktober ni saya akan pulang le tanah air tercinta. Puan Hana masak best ke???? Boleh gak hehee (",)

salam solehah
Terim kasih banyak, begitula bila datang solo ni banyak abaran dan dugaan yang menanti, harap2 nya yang akan mendatang pun dapat saya tempuhi dengan sebaik mungkin.

semiey said...

salam sep kitow..kawe jadi tuk ngulu doh sini ni...tentu la balik boh..rayo poso tu..kawe cuti 9 ari..demo xdok xsedap ahh..tidok buleh g rempit rata panje dohhh..cari stud 6 pulok..kemahhh sep kitoww