Wednesday, May 5, 2010

Terima Kasih Dr.Inaizumi

Terharu dan banyak-banyak berterima kasih kepada My Supervisor kerana sentiasa bertanyakan tentang saya masa saya ingin solat semasa lawatan ke Tokyo National Museum (bagi menjalankan pemerhatian terhadap sejarah perkembanagn pendidikan Jepun). Sejak di Chitose Funabashi Station, beliau sudah tanya dan macam bimbang klu aku tidak dapat solat, dan semasa dalam train beliau masih lagi tanya dan sentiasa mengambil berat tentang itu. Katanya "amat penting kan awak untuk solat dalam kehidupan awak sebagai muslim?-terjemahan melayu". Hati ini sangat terharu, dan akhirnya aku menunaikan solat zohor dalam museum kerana aku sudah bawa sejadah dalam beg dan kompas kiblat. Walaupun orang ramai lalu lalang lihat tetapi aku hanya buat tak endah sahaja, kerana yang penting solat wajib dilaksanakan. Dr. Inaizumi ini mmg sangat bagus sbb beliau juga sentiasa menawarkan aku untuk solat di dalam pejabat di bilik nya dan juga membenarkan dan tiada masalah aku untuk solat di sekitar mana-mana sudut bangunan di Jabatan kerana tiada surau di sini. Pernah sekali beliau terserempak dengan aku yang sedang mengambil wuduk di bilik air bangunan jabatan dan beliau bertanyakan aku tentang aku mahu solat dan melemparkan senyuman. Sensei Doomo arigato gozaimasu kerana walaupun bukan muslim tetapi memahami dan menghormati muslim dan tanggungjawab seorang muslim.

Sunday, April 25, 2010

Basikal Tua yang Muda




Diri membuat keputusan untuk membeli basikal tua yang muda ini kerana beberapa sebab yang sangat penting. Untuk ke masjid solat jumaat adalah sangat jauh (perlu naik basikal atau jalan kaki selama 15-20 minit ke Kyodo Station, dan kemudiannya menaiki train dari Kyodo ke Yoyogi Euhara). Lagipun kelas pada hari jumaat bermula 9 am sehingga 12.10pm dan ini memerlukan aku cepat utk ke masjid yg terletak jauh dari sakuragaoka. Sambil itu dapat digunakan untuk keluar membeli barang atau bahan mentah. Pelbagai urusan juga yang perlu ke sana-sini dan amat sukar sekiranya tiada transport. Boleh juga aku ronda-ronda menikmati pemandangan yang pelbagai ragam sambil melayan rindu-rindu Malaysia. Aku harap dapat membawa basikal "sahabat tercinta" ini pulang ke kampung halaman nanti sebagai kenangan di di hari depan. Semoga impian jadi kenyataan.



Thursday, April 22, 2010

Perlukah Tidak Tidur........

Entah mengapa, pelajaran dua, tiga kuliah yang lepas kursus nihongo aku gagal fahami dengan baik, bila belajar sendiri dan ulangkaji namun masih terasa sukar. Aku bimbang, kerana esok ada ujian Lesson 1 dan Lesson 2. Alangkah kecewa nya andai aku gagal menjawab soalan esok......

Tuesday, April 20, 2010

Mimpi Semalam

Sungguh indah apabila mimpi semalam membawa diri bertemu keluarga di kampung.Makan bersama dan berbual bersama.Semua ada, dan sempat sedikit ketika mimpi membawa diri dan abah memetik buah salak di depan rumah.

Friday, April 16, 2010

Sumitomo Mitsui

Aku perlu membuka akaun bank di Jepun bagi memudahkan segala urusan kewangan ku dan sebagai langkah penjimatan. Begitu jua yang disarankan oleh Furuta-san. Furuta-san memberi tahu tentang proses tersebut dan beliau mempelawa dirinya untuk menemaniku bagi membantu aku untuk urusan tersebut bila masa kami sama-sama free. Tetapi aku menolak pelawaan nya, kerana aku tahu Furuta-san pastinya sibuk dan aku sebolehnya tidak mahu menggangu masa beliau di pejabat. Furutan-san sebenanya telah banyak membantu ku dan aku sangat menghargai kesanggupan beliau tetapi dalam masa yang sama aku mengharapkan adalah lebih baik sekiranya aku mencuba sendirian dan tidak mahu menambah beban kerja beliau. Jadi, aku meminta Furuta-san agar melakar peta secara kasar jalan untuk ke sana (berdekatan Kyodo Station-Train) dan aku akan cuba untuk pergi sendirian. Furuta-san menulis sedikit nota sebagai langkah pertama aku berurusan di bank nanti. Di bank aku menghadapi sedikit kesulitan dalam berbahasa jepun kerana masih terlalu awal staying in japan. Di bank aku menggunakan bahasa inggeris dan Staff di bank tersebut tidak faham bahasa inggeris dan tahu berbahasa inggeris, dan aku pula baru belajar bahasa jepun. Kami hanya saling berpandangan lebih kurang 3 minit lebih sama-sama tidak tahu bahasa apa yang hendak digunakan hahaha (can you imagine that situation?) Walaubagaimanapun, keajaiban berlaku. Alhamdulillah, berkat usaha agaknya dan kami hanya bercakap bagaikan “ayam bercakap dengan itik” tetapi kerana “sikap pegawai itu ingin membantu” maka aku berjaya melalui semua proses dan berjaya membuka akaun bank di Japan. Everything melibatkan semua borang dan hal-hal lain berjaya di atasi, tapi berlaku beberapa peristiwa yang sangat melucukan antara kami semasa proses itu berlaku. Akhir nya kami sama-tersenyum gembira. Selepas itu semasa ingin pulang, hujan turun dan pegawai berkenaan bersusah payah mencari payung dan memberi kepada ku untuk digunakan semasa pulang. Alhamdulillah, walaupun aku redah seorang diri, tetapi akhirnya berjaya jua aku selesaikan. Aku gembira pelbagai perkara, pertama kerana berjaya tidak menyusahkan Furuta-san, kedua berjaya membuka akaun bank dalam situasi sukar berbahasa, ketiga pegawai bank itu begitu mengambil berat tentang pelanggannya sehingga kepada urusan aku ingin pulang semasa hujan, dan yang paling penting ialah “SIKAP MAMPU MERUBAH PERKARA YANG SUKAR KEPADA SENANG”
- Cikgu Zam, Sakuragaoka, setagaya-ku

Sunday, March 14, 2010

Kita Alpa

Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai berita sedih yang menyentuh hati. Kes penderaan kanak-kanak kembali menggegarkan bumi bertuah ini. Entahlah, di mana sifat kewarasan manusia yang sering dibangga-banggakan oleh manusia sebagai makhluk tertinggi darjatnya. Ilmu dan jiwa cintai sesama insan dan sayangi keluarga perlu dipupuk pada setiap lapisan umur insan, apa yang penting adalah bagaimana pengisian dan kaedah pelaksanaan bagi setiap tahap itu dilakukan. Yang sedihnya apabila orang bijak pandai yang sangat sibuk dengan hal keilmuan dan kewangan, kerjaya dan sebagainya tetapi lupa mencari ilmu dan penghayatan tentang "jiwa kasih sayang dalam keluarga, khas untuk diri sendiri". Yang masih bujang dewasa dengan angkuhnya melemparkan kata-kata "sekarang bukan masa nya untuk mencari ilmu itu". Angkuh, bongkak, sombong yang bakal memakan diri sendiri. Ada anak muda dewasa yang sibuk dengan arena politik yang hebat dan mantap. Ke sana sini melangkah luas untuk membela pelbagai perkara, tetapi lupa perisai diri, tanggungjawab diri sendiri dan ilmu yang wajib diri cari. Kulit sahaja nampak hebat, tetapi isinya tiada...........

Wednesday, February 10, 2010

Dilema...dilema...dilema....

Minggu lepas antara saat gembira datang mencuit hati dan sanubari pabila usaha ku semenjak semester lalu telah bertunas hasil apabila aku mendapat tawaran daripada
"TOKYO UNIVERSITY OF AGRICULTURE" untuk belajar di sana selama 6 bulan (April-September 2010) - as a International Student for Exchange Programme. Tapi aku dilema dan kian dilema kerana hanya mendapat tajaan untuk wang persediaan dan tiket pergi balik sahaja. Dan perbelanjaan selebihnya terutama wang sara diri perlu aku dapatkan sponsor dari pihak lain. Semenjak mendapat tawaran itu, aku terus berusaha mancari penaja lain untuk memastikan impian ku untuk mencari ilmu di bumi matahari terbit terlaksana. Namun sehingga kini, penaja yang aku harapkan masih belum menampakkan tanda2 positif. Aduhhhh,,,,,,aku benar2 dilema dan sukar untuk melelapkan mata. Walau apapun yang terjadi, aku redha dengan takdir Illahi, walaupun mungkin impian budak kampung pedalaman ini hanya terpaksa dibatalkan dan menyimpan "Surat Tawaran" sebagai kenangan. Setinggi penghargaan beberapa pihak yang bertungkus-lumus berusaha membantu saya untuk mendapatkan dana. Jasa kalian semua tidak akan saya lupakan. Saya terharu dan sangat berterima kasih kepada yang sedang berusaha dan memahami impian anak muda ini. Wasalamm-

Thursday, January 14, 2010

Al-Fatihah Buat Ibu Saudaraku

Assalamualaikum semua, salam bertemu kembali....
Sekembalinya ke kampus agak lewat semester ini kerana menemani ibu saudara yang sakit tenat dan telah kembali ke RAhmatullah pada 30 Disember 2009. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman, Aminn... Begitulah jua kita semua, bila sudah sampai masanya kita akan meninggalkan segalanya kecuali iman dan amal.

Wednesday, December 16, 2009

Cikgu Zam Pulang Ke Kampung


Assalamualaikum dan salam tautan ukhwah kepada semua pengunjung nukilan SSDL. Setelah selesai kursus bahasa Jepun bahasa peringkat awal, saya akan pulang ke kampung halaman untuk bercuti bermula esok dan akan kembali ke bertemu kalian semula pada 27 Disember ini. Saya ingin merekamkan setinnggi penghargaan kepada semua pengunjung yang sudi bertaman di SSDL ini dan entri KASIH SAYANG akan kekal untuk dikongsi dan dibincangkan sehinngga CikguZan kembali nanti. Kalian yang dikasihi sekalian digalakkan untuk menjemput kenalan anda semua bagi berkongsi pengalaman masing2 dalam post Kasih Sayang di bawah untuk kita sama2 mencari nikmat hidup di masa akan datang. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua tetamu SSDL yang sudi berkongsi dengan saya pelbagai pengalaman masing2. InsyaAllah kita jumpa lagi minggu hadapan, Amin.


*jaga diri baik2 semua ye (",)- salam tautan ukhwah dari anak kampung di pedalaman.

Sunday, December 13, 2009

Kasih Sayang

Assalamualaikum pengunjung semua, terima kasih kepada pengunjung setia, penghargaan tinggi buat anda semua.
Post ini CikguZam nak kongsi sinopsis satu drama melayu dalam TV3 smlm. Mengisahkan konflik yang berlaku dalam rumah tangga. Dipendekan cerita ianya berlaku kerana salah faham, ketidakbertanggungjawaban, kecurangan, perubahan sikap kerana kenaikan pangkat dan pentingkan diri sendiri. Diselitkan dengan satu kisah pedoman bahawa seorang ahli ibadah yang taat pada agama yang akhirnya terjebak dengan perbuatan zina setelah "dihasut" penangan arak..(walaupun menolak zina pada awalnnya). Akhirnya keluarga itu dapat diselamatkan kerana kuatnya kasih sayang suami isteri. Bak kata "drama" ini, .................. Orang dewasa yang telah kasih sayang antara satu sama lain, walaupun bergaduh atau berkonflik, tetapi ia tidak membawa maksud membenci tetapi masih sangat kasih dan sayang antara satu sama lain. Jom kita renung bersama

Kesimpulan dan pandangan peribadi cikguzam melalui observation and reading = Hidup ini (terutamanya bagi orang muda-including me) kita tidak boleh sentiasa membayangkan semuaaaa nya perkara indah-indah sahaja dalam hidup ini dan our future tetapi kene "gemar" dan bimbang kebarangkalian atau musibah yang mungkin akan menimpa kita-BECAUSE ANYTHING CAN HAPPEN. Maka, melalui persediaan mental dan amalan hidup demikian, InsyaAllah future kita akan TENANG, AMAN, BAHAGIA, INDAH ROMANTIK BERPANJANGAN, DIBERKATI DAN NIKMAT,,,,,,,,, Aminn (",)