Friday, April 16, 2010

Sumitomo Mitsui

Aku perlu membuka akaun bank di Jepun bagi memudahkan segala urusan kewangan ku dan sebagai langkah penjimatan. Begitu jua yang disarankan oleh Furuta-san. Furuta-san memberi tahu tentang proses tersebut dan beliau mempelawa dirinya untuk menemaniku bagi membantu aku untuk urusan tersebut bila masa kami sama-sama free. Tetapi aku menolak pelawaan nya, kerana aku tahu Furuta-san pastinya sibuk dan aku sebolehnya tidak mahu menggangu masa beliau di pejabat. Furutan-san sebenanya telah banyak membantu ku dan aku sangat menghargai kesanggupan beliau tetapi dalam masa yang sama aku mengharapkan adalah lebih baik sekiranya aku mencuba sendirian dan tidak mahu menambah beban kerja beliau. Jadi, aku meminta Furuta-san agar melakar peta secara kasar jalan untuk ke sana (berdekatan Kyodo Station-Train) dan aku akan cuba untuk pergi sendirian. Furuta-san menulis sedikit nota sebagai langkah pertama aku berurusan di bank nanti. Di bank aku menghadapi sedikit kesulitan dalam berbahasa jepun kerana masih terlalu awal staying in japan. Di bank aku menggunakan bahasa inggeris dan Staff di bank tersebut tidak faham bahasa inggeris dan tahu berbahasa inggeris, dan aku pula baru belajar bahasa jepun. Kami hanya saling berpandangan lebih kurang 3 minit lebih sama-sama tidak tahu bahasa apa yang hendak digunakan hahaha (can you imagine that situation?) Walaubagaimanapun, keajaiban berlaku. Alhamdulillah, berkat usaha agaknya dan kami hanya bercakap bagaikan “ayam bercakap dengan itik” tetapi kerana “sikap pegawai itu ingin membantu” maka aku berjaya melalui semua proses dan berjaya membuka akaun bank di Japan. Everything melibatkan semua borang dan hal-hal lain berjaya di atasi, tapi berlaku beberapa peristiwa yang sangat melucukan antara kami semasa proses itu berlaku. Akhir nya kami sama-tersenyum gembira. Selepas itu semasa ingin pulang, hujan turun dan pegawai berkenaan bersusah payah mencari payung dan memberi kepada ku untuk digunakan semasa pulang. Alhamdulillah, walaupun aku redah seorang diri, tetapi akhirnya berjaya jua aku selesaikan. Aku gembira pelbagai perkara, pertama kerana berjaya tidak menyusahkan Furuta-san, kedua berjaya membuka akaun bank dalam situasi sukar berbahasa, ketiga pegawai bank itu begitu mengambil berat tentang pelanggannya sehingga kepada urusan aku ingin pulang semasa hujan, dan yang paling penting ialah “SIKAP MAMPU MERUBAH PERKARA YANG SUKAR KEPADA SENANG”
- Cikgu Zam, Sakuragaoka, setagaya-ku

11 comments:

melatidaisy said...

salam alaik ..

dah lama x jenguk sini..tau2 cikgu zam dah kat sana..alhamdulillah..

semoga Allah mempermudahkan segala urusan cikgu zam di sana..amin..

azian said...

Salam Cikgu Zam.
Tahniah kerana akhirnya tercapai jua hasrat ke Jepun itu. Semuga tabah menghadapi dugaan dan cabaran di sana.
Mungkin Cikgu Zam akan lebih menghadapi cabaran berbahasa berbanding anak saya yang juga menyertai student exchange program selama 6 bulan di USA tahun lalu.
Apapun, gapai peluang sebaik mungkin, ambil gambar banyak-banyak dan sentiasa buat yang terbaik. Insya Allah akan berjaya.

cikmanggis said...

salam zam..semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.

muhammad tahir said...

pengalaman yg sgt bermakna! :D

cikTi said...

salam cikgu zam,.,

payah jgk nk communicate ngn keadaan mcm tu.,.,.,

tapi,d mn ada kmahuan d situ ada jln lah kan,.,

Solehah said...

Alhamdulillah..Cikgu zam dah dekat Japun rupanya..setuju tu cikgu, kita patut ambil pendekatan mcm org dlm cerita ni.

Dahlia Nawi said...

salam cikgu zam.
alhamdulillah akhirnye, cikgu zam dh kat jepun.
best je bace cite ni. tp cmner tu, x de org fhm ke bahase inggeris kat bank tu. cincai je la ye..hahha..tapi jadi gak ye. bagus la. sikap org sane mmg blh puji kan. siap kasi payung lagi.
klu kat malaysia ni agaknye, ade tak yg bg payung kat pelanggannye. klu kt kg adela. kt bank bagi muka masam je adela.yg terkena la.harap ade lagi org baik dlm malaysia ni.

Anonymous said...

salam..
Ak agak tersentuh da terharu dengan semua pengorbanan ko di sana..seriously,kalo ak,mmg dah banyak dugaan dan pasti akan menyedihkan ak..tapi ko,dgn berkat usaha ko dan doa dr sini,semuanya buat masa ini lancar..alhamdulilah.agak rasa kehilangan ko disini,ak pasti ko akan jadi 'somebody' one day yeah.i wil be here to support wateva stuf u do over there..fad

Anonymous said...

salam..
Ak agak tersentuh da terharu dengan semua pengorbanan ko di sana..seriously,kalo ak,mmg dah banyak dugaan dan pasti akan menyedihkan ak..tapi ko,dgn berkat usaha ko dan doa dr sini,semuanya buat masa ini lancar..alhamdulilah.agak rasa kehilangan ko disini,ak pasti ko akan jadi 'somebody' one day yeah.i wil be here to support wateva stuf u do over there..fad

CIKGU ZAM said...

salam fad, terima kasih di atas lawatan ke Sesumur Sawah Di Ladang. Maklumlah, bila datang berseorangan dan semuanya perlu belajar. Perlu usaha kan. Aku kat sini selalu teringatkan korang semua gak, aku doakan gak korang sentiasa bahagia dan berjaya. Apepun kita sama2lah berusaha. Cume, aku hanya insan dan pelajar biasa sahaja lahh, takde yang istimewa pun..... Kau banyak tolong aku masa kita sama2 kat UPM dulu....Thanks a lot...

semiey said...

salam kemah staro ni sek kitow...gomo jepun gomo ....jupo tegur,jange pecoh sek kitow...kecek kelate jah boh...aja2 sikit2 sek jepun lamo2 expert la tu....apo crito sano boh..arap2 kemah smace sek kitow...jange lupo make budu byk2..beyeh sek kitow