Wednesday, February 10, 2010

Dilema...dilema...dilema....

Minggu lepas antara saat gembira datang mencuit hati dan sanubari pabila usaha ku semenjak semester lalu telah bertunas hasil apabila aku mendapat tawaran daripada
"TOKYO UNIVERSITY OF AGRICULTURE" untuk belajar di sana selama 6 bulan (April-September 2010) - as a International Student for Exchange Programme. Tapi aku dilema dan kian dilema kerana hanya mendapat tajaan untuk wang persediaan dan tiket pergi balik sahaja. Dan perbelanjaan selebihnya terutama wang sara diri perlu aku dapatkan sponsor dari pihak lain. Semenjak mendapat tawaran itu, aku terus berusaha mancari penaja lain untuk memastikan impian ku untuk mencari ilmu di bumi matahari terbit terlaksana. Namun sehingga kini, penaja yang aku harapkan masih belum menampakkan tanda2 positif. Aduhhhh,,,,,,aku benar2 dilema dan sukar untuk melelapkan mata. Walau apapun yang terjadi, aku redha dengan takdir Illahi, walaupun mungkin impian budak kampung pedalaman ini hanya terpaksa dibatalkan dan menyimpan "Surat Tawaran" sebagai kenangan. Setinggi penghargaan beberapa pihak yang bertungkus-lumus berusaha membantu saya untuk mendapatkan dana. Jasa kalian semua tidak akan saya lupakan. Saya terharu dan sangat berterima kasih kepada yang sedang berusaha dan memahami impian anak muda ini. Wasalamm-

22 comments:

Fakhrul Islami said...

assalamualaikum...
tahniaha atas tawaran. JPA @ MARA tak support ke? dkt sini, sara hidup agak mahal.

melatidaisy said...

salam alaik..

tahniah..besar harapan tu..semoga Allah kabulkan impian cikgu zam..teruskan usaha utk dapatkn penaja..jangan putus asa :)

cikmanggis said...

salam Zam...jangan putus asa ..makcik doakan akan ada penajanya insyallah.

kak ijan said...

Salam cikgu,

pertama sekali, tahniah kerana mendapat tawaran utk ikuti program exchange student di jepun. peluang macam ni memang bagus. sayang sekali kalau tak dapat pergi kerana penajaan. cikgu dah cube tanya pihak universiti? yayasan negeri? atau kementerian pelajaran?

kak ijan harap cikgu dapat pergi. kalau tak dapat sponsor juga, mungkin boleh buat pinjaman. tak perlu byk utk 6 bulan. sayang kalau tak pergi.

best of luck!

Dahlia Nawi said...

salam cikgu zam,
tahniah dapat tawaran yg jarang student dapat.usaha ye, sentiasa berdoa, ade yang nk tolong nanti,Insyaallah.rezeki ade dimana2.klu kita ikhlas nak menuntut ilmu, Allah akan tolong kita.good luck :)

fusarium solani said...

Salam,

Cikgu Zam,

Begitulah saya dahulu, dilema kewangan. Sudahnya tidak mahu membeban pundak yan sedia berat!

Berusahalah!!!

shaniza said...

Salam..
Tahniah kerana mendpt tawaran. Sara hidup di sana memang tinggi. Berdoalah kpd Allah semoga dipermudahkan Allah segala urusan dan ditemukan seorg kaya yg bermurah hati utk menaja...

Arianni said...

Salam,

Tahniah dr sy..bukan semua org dpt peluang sebegini..jadi jgn dilepaskan dan disia-siakan begitu saja..
Berusahalah..berdoalah..moga semua dipermudahkan olehNya..
T/kasih sudi singgah blog sy :)

ummizafran said...

salam,
tahniah...jangan putus asa. tingkatkan usaha,perbanyakkan doa. semoga ada rezeki buat pizam,kalau bukan hari ini,mungkin suatu hari nanti...

Azian said...

Salam Cikgu Zam,
Jika sudah ada ikhtiar, tawakkal saja kpd Allah. Jika memang telah tersurat itu rezeki Cikgu Zam InsyaAllah ada jalan kearah itu....

laki cikgu kimia said...

tahniah n selamat berjaya zam.

Solehah said...

Tahniah..doakan ada kesudahan yang positif..teruskan cuba cari penaja ya..

geraugebang said...

pergilahhh, bila lagi nak pergi adik oooiii...usahakan...cari jalan...

Dilala said...

Tahniah cikgu!

Teruskan usaha. Banyakkan berdoa.
Tuhan pasti bantu.
Sambil2 bisnes mungkin membantu.
bisnes internet yg tgh hot sekarang.
jual barang dari Japan. Rezeki ada kat mana2. Usaha!
Jgn putus asa!

Wanita Itu said...

salam Cikgu Zam..

saya doakan Cikgu dapat pergi juga ke sana ya .. Amin :)

syahbandar87 said...

saya doakan muga saudara dpt lah.Besar tu mantaafnya..

Apa2pun jangan terlalu mengharap sngt sponsor tu.Cuma berusaha shja..Dan tanamakan di dalam diri "dapat pun x pe,x dpt pun x pe.Apa2pun keputusannya,itulah yg terbaik untuk diriku"

Mungkin juga cr ini menjadikn diri kita sentiasa redha&bersyurku dengan apa yang diperolehi.Kalau terlalu mengharap nanti tak dapat jadi frust sngt2 pula.Namun berusahalah bersungguh-sungguh kearahnya,tapi jngn terlalu berharap.

cuma pendapt shja..x semestinya betul kn.hehe..salam persahabatan:)

tengku azri said...

Tahniah...
Semoga ALLAH mudohke uruse...demo gi jah dulu, sak goba sangat pasa pitih tu...

Bwk Quran tu ... jange lupo...

Bele2 g sano tu kalu free2 wat la exchange silat demo dgn karate denu.. :)

tengku azri said...

Kawe sebena nya pelik dgn UPM, bakpo wat syarat lagu tu... takde full sponsorship...

saing2 kawe ada suruh demo try dengan Yayasan al-Bukhary... Try la google website dia...

Hok2 smale2 hok kawe ghoyak tu try laa jugok...

semiey said...

salam ore kito...kemah sek kitow....mitok tulun sedak gak p....


"jupo tegur,jange pecoh" sek kitow

semiey said...

salam ore kito...kemah sek kitow....mitok tulun sedak gak p....


"jupo tegur,jange pecoh" sek kitow

semiey said...

salam ore kito...kemah sek kitow....mitok tulun sedak gak p....


"jupo tegur,jange pecoh" sek kitow

semiey said...

salam ore kito...kemah sek kitow....mitok tulun sedak gak p....


"jupo tegur,jange pecoh" sek kitow