Antara saat yang menggembirakan apabila bungkusan barang yang terbang dari Malaysia berjaya mendarat di Sakuragaoka pada 17 Mei. Macam-macam ada. Ya, kini selera makan ku kian bertambah kerana banyak rempah ratus kegemaranku sudah ada. Tidak ketinggalan. Aku semakin semangat dan kerap memasak. Terima kasih my family kerana mengirim barang-barang ini. Kembara si anak muda budak kampung yang merantau seorang diri mencari ilmu di bumi Japan. So, bujang la katakan, masak cincai-cincai sahaja sudah memadai, hehehehe (",) Malaysian staying in Japan = we have to eat (Japanese Food + Malaysian Food) halal.
Thursday, May 20, 2010
Sunday, May 16, 2010
Nekad
Esok exam kanji nihonggo Lesson 3 dan Lesson 4 pula. Banyak juga perlu aku study buat latihan study buat latihan. Esok juga aku perlu bentangkan dalam seminar tentang "open system" yang dilaksanakan dalam sejarah pendidikan Jepun sekitar tahun 1945 untuk dibincangkan dan dilihat dalam pelbagai aspek dan perspektif. Jadi mungkin malam ni aku tidak boleh tidur, InsyaAllah, balik dari bangunan Jabatan ini aku perlu buat Nescafe pekat agaknya, agar impian berjaga malam ini jadi kenyataan, Semoga kesihatan tubuh badan dan minda sentiasa memayungi diriku di sini... Amin.
Thursday, May 13, 2010
Monday, May 10, 2010
Happyakuyonju
Ketika ingin cepat segera ke masjid selepas kuliah nihongo jumaat lalu dan terbaru, hati diri diduga dan pasrah apabila "si tua yang muda" pancit scr tiba2. Lantas ku kayuh kaki bersama larian anak-anak kecil menuju ke Kyodo Station untuk ke Masjid di Yoyogu Uehara. Sedikit berpeluh kerana perlu cepat untuk diri dapatkan train agar sempat mendengar khutbah jumaat itu. Alhamdulillah walau pun agak tergesa kerana "si tua yang muda perlu rehat", sempat jugadiri nikmati khutbah penuh itu. Si tua yang muda di bawa untuk menerima rawatan, dan rawatan menggantikan perut angin beroda ini bernilai happyakuyonju ( 840 yen = lbh kurang RM 32).Alhamdulillah, si tua yang muda itu kembali sihat.
Wednesday, May 5, 2010
Terima Kasih Dr.Inaizumi
Terharu dan banyak-banyak berterima kasih kepada My Supervisor kerana sentiasa bertanyakan tentang saya masa saya ingin solat semasa lawatan ke Tokyo National Museum (bagi menjalankan pemerhatian terhadap sejarah perkembanagn pendidikan Jepun). Sejak di Chitose Funabashi Station, beliau sudah tanya dan macam bimbang klu aku tidak dapat solat, dan semasa dalam train beliau masih lagi tanya dan sentiasa mengambil berat tentang itu. Katanya "amat penting kan awak untuk solat dalam kehidupan awak sebagai muslim?-terjemahan melayu". Hati ini sangat terharu, dan akhirnya aku menunaikan solat zohor dalam museum kerana aku sudah bawa sejadah dalam beg dan kompas kiblat. Walaupun orang ramai lalu lalang lihat tetapi aku hanya buat tak endah sahaja, kerana yang penting solat wajib dilaksanakan. Dr. Inaizumi ini mmg sangat bagus sbb beliau juga sentiasa menawarkan aku untuk solat di dalam pejabat di bilik nya dan juga membenarkan dan tiada masalah aku untuk solat di sekitar mana-mana sudut bangunan di Jabatan kerana tiada surau di sini. Pernah sekali beliau terserempak dengan aku yang sedang mengambil wuduk di bilik air bangunan jabatan dan beliau bertanyakan aku tentang aku mahu solat dan melemparkan senyuman. Sensei Doomo arigato gozaimasu kerana walaupun bukan muslim tetapi memahami dan menghormati muslim dan tanggungjawab seorang muslim.
Sunday, April 25, 2010
Basikal Tua yang Muda
Diri membuat keputusan untuk membeli basikal tua yang muda ini kerana beberapa sebab yang sangat penting. Untuk ke masjid solat jumaat adalah sangat jauh (perlu naik basikal atau jalan kaki selama 15-20 minit ke Kyodo Station, dan kemudiannya menaiki train dari Kyodo ke Yoyogi Euhara). Lagipun kelas pada hari jumaat bermula 9 am sehingga 12.10pm dan ini memerlukan aku cepat utk ke masjid yg terletak jauh dari sakuragaoka. Sambil itu dapat digunakan untuk keluar membeli barang atau bahan mentah. Pelbagai urusan juga yang perlu ke sana-sini dan amat sukar sekiranya tiada transport. Boleh juga aku ronda-ronda menikmati pemandangan yang pelbagai ragam sambil melayan rindu-rindu Malaysia. Aku harap dapat membawa basikal "sahabat tercinta" ini pulang ke kampung halaman nanti sebagai kenangan di di hari depan. Semoga impian jadi kenyataan.
Thursday, April 22, 2010
Perlukah Tidak Tidur........
Entah mengapa, pelajaran dua, tiga kuliah yang lepas kursus nihongo aku gagal fahami dengan baik, bila belajar sendiri dan ulangkaji namun masih terasa sukar. Aku bimbang, kerana esok ada ujian Lesson 1 dan Lesson 2. Alangkah kecewa nya andai aku gagal menjawab soalan esok......
Tuesday, April 20, 2010
Mimpi Semalam
Sungguh indah apabila mimpi semalam membawa diri bertemu keluarga di kampung.Makan bersama dan berbual bersama.Semua ada, dan sempat sedikit ketika mimpi membawa diri dan abah memetik buah salak di depan rumah.
Friday, April 16, 2010
Sumitomo Mitsui
Aku perlu membuka akaun bank di Jepun bagi memudahkan segala urusan kewangan ku dan sebagai langkah penjimatan. Begitu jua yang disarankan oleh Furuta-san. Furuta-san memberi tahu tentang proses tersebut dan beliau mempelawa dirinya untuk menemaniku bagi membantu aku untuk urusan tersebut bila masa kami sama-sama free. Tetapi aku menolak pelawaan nya, kerana aku tahu Furuta-san pastinya sibuk dan aku sebolehnya tidak mahu menggangu masa beliau di pejabat. Furutan-san sebenanya telah banyak membantu ku dan aku sangat menghargai kesanggupan beliau tetapi dalam masa yang sama aku mengharapkan adalah lebih baik sekiranya aku mencuba sendirian dan tidak mahu menambah beban kerja beliau. Jadi, aku meminta Furuta-san agar melakar peta secara kasar jalan untuk ke sana (berdekatan Kyodo Station-Train) dan aku akan cuba untuk pergi sendirian. Furuta-san menulis sedikit nota sebagai langkah pertama aku berurusan di bank nanti. Di bank aku menghadapi sedikit kesulitan dalam berbahasa jepun kerana masih terlalu awal staying in japan. Di bank aku menggunakan bahasa inggeris dan Staff di bank tersebut tidak faham bahasa inggeris dan tahu berbahasa inggeris, dan aku pula baru belajar bahasa jepun. Kami hanya saling berpandangan lebih kurang 3 minit lebih sama-sama tidak tahu bahasa apa yang hendak digunakan hahaha (can you imagine that situation?) Walaubagaimanapun, keajaiban berlaku. Alhamdulillah, berkat usaha agaknya dan kami hanya bercakap bagaikan “ayam bercakap dengan itik” tetapi kerana “sikap pegawai itu ingin membantu” maka aku berjaya melalui semua proses dan berjaya membuka akaun bank di Japan. Everything melibatkan semua borang dan hal-hal lain berjaya di atasi, tapi berlaku beberapa peristiwa yang sangat melucukan antara kami semasa proses itu berlaku. Akhir nya kami sama-tersenyum gembira. Selepas itu semasa ingin pulang, hujan turun dan pegawai berkenaan bersusah payah mencari payung dan memberi kepada ku untuk digunakan semasa pulang. Alhamdulillah, walaupun aku redah seorang diri, tetapi akhirnya berjaya jua aku selesaikan. Aku gembira pelbagai perkara, pertama kerana berjaya tidak menyusahkan Furuta-san, kedua berjaya membuka akaun bank dalam situasi sukar berbahasa, ketiga pegawai bank itu begitu mengambil berat tentang pelanggannya sehingga kepada urusan aku ingin pulang semasa hujan, dan yang paling penting ialah “SIKAP MAMPU MERUBAH PERKARA YANG SUKAR KEPADA SENANG”
- Cikgu Zam, Sakuragaoka, setagaya-ku
Sunday, March 14, 2010
Kita Alpa
Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai berita sedih yang menyentuh hati. Kes penderaan kanak-kanak kembali menggegarkan bumi bertuah ini. Entahlah, di mana sifat kewarasan manusia yang sering dibangga-banggakan oleh manusia sebagai makhluk tertinggi darjatnya. Ilmu dan jiwa cintai sesama insan dan sayangi keluarga perlu dipupuk pada setiap lapisan umur insan, apa yang penting adalah bagaimana pengisian dan kaedah pelaksanaan bagi setiap tahap itu dilakukan. Yang sedihnya apabila orang bijak pandai yang sangat sibuk dengan hal keilmuan dan kewangan, kerjaya dan sebagainya tetapi lupa mencari ilmu dan penghayatan tentang "jiwa kasih sayang dalam keluarga, khas untuk diri sendiri". Yang masih bujang dewasa dengan angkuhnya melemparkan kata-kata "sekarang bukan masa nya untuk mencari ilmu itu". Angkuh, bongkak, sombong yang bakal memakan diri sendiri. Ada anak muda dewasa yang sibuk dengan arena politik yang hebat dan mantap. Ke sana sini melangkah luas untuk membela pelbagai perkara, tetapi lupa perisai diri, tanggungjawab diri sendiri dan ilmu yang wajib diri cari. Kulit sahaja nampak hebat, tetapi isinya tiada...........
Subscribe to:
Posts (Atom)