Saturday, February 26, 2011
Mentari Buat Si Tabah
Friday, February 25, 2011
Sengaja Membutakan Teras Hati...???
Kita memang perlu berdoa agar tidak berlaku perkara@kejadian negative nan malang dalam hidup kita. Kita wajib didik diri kita bantu insan malang dengan seikhlas-ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran dunia. Dua ayat mudah di atas adalah mukadimah saya.
Dan setelah kita tapi-tapi tapis halus-halusi serbuk-menyerbuk sarikata hati, Kenapa ya sesetengah insan berlagak bijak pandai menonjolkan cara hidup yang menggambarkan seolah-olah mereka tidak akan sakit? Semacam mereka tidak akan mati? Bagaikan mereka sudah diberi geran tetap bahawa pada masa ke depan mereka ‘confirm’ tidak akan sakit langsung, tidak akan terlantar di hospital (misalannya), tidak akan mati, tidak akan ada orang gali liang lahat mereka atau usung mereka ke kubur, mereka macam tidak akan susah langsung (ya mungkin sekarang mereka sedang nikmati kesenangan org tua mereka), mereka macam sangat yakin hidup mereka hanya mereka boleh buat semua( tidak perlu pertolongan orang lain) = seolah-olah "macam" sombong dengan yang Maha Pencipta.
*Selingan…… Sedih bila mata saya nampak dipaparkan gambar mereka bersama pesakit kritikal yang sedang memakai pakaian pesakit di hospital itu dipaparkan di laman sosial umum. Lebih-lebih lagi kalau tanpa kebenaran si pesakit yang budiman. Ohhh kalaulah mereka tahu bahawa sangat tidak baik berbuat begitu kerana menurut buku-buku ilmu, ia bagai mengeruh maruah pesakit yang kita tidak faham 100% dalam kepalanya apa yang dilema,juga keluarganya. Dan ia juga memberi kesan pada ciri lubuk hati kita.
Tuesday, February 22, 2011
Rajuk Yang Kurang Sesuai
Sejak pulang dari Sakuragaoka, ramai pula teman ingin mengambil kesempatan untuk merajuk dan mahu dilayan lebih-lebih untuk@kepada mereka. Letih lah kalau sorang perlu layan extra kepada wakil dari 14 negeri dan 2 wilayah, lebih-lebih lagi antara perkara baru yang saya diasuh didik di sana adalah berlaku adil mensamaratakan hormat orang.
10x kita sms tanya khabar, juga sapa melalui YM, lagi hantar email tapi beberapa gelintir buat ‘ala-ala sombong’. Kononnya mahu saya layan lebih lagi. Tetapi bila mereka hantar satu sms, kita wajib balas terus, pantang terlupa balas yang tunggal tu,terus kita dianggap sombong la itu ini laaaa. Semua nak kaitkan sebab pulang dari Nihon. Semua kita perlu layan lebih-lebih. Letih kita jadinya. Padahal kita dah cuba sedaya upaya layan dengan baik, buat seperti sedia kala macam kita dulu-dulu, dan style kekampungan je gaya hidup kita. Bercakap pun macam dulu lah jugak.
Dah!!!, maaf banyak-banyak kepada yang nak mengada-ngada lebih tu, teruskanlah tabiat anda tu. Saya minta maaf sebab saya dah malas nak layan, lebih baik saya tumpukan kepada sahabat-sahabat yang memerlukan pertolongan dari saya, nasihat dan pandangan saya, memahami erti jiwa, keadaan dan tanggungjawab saya. Saya juga macam orang lain, ada urusan itu ini dan pelbagai tanggungjawab wajib saya. Dan kepada sahabat serta kawan-kawan yang faham saya, dan benar-benar kenal saya, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan diatas sikap anda yang menunujukkan “hati anda memahami saya". Kepada yang tidak faham tu, takpelah……saya maafkan.
Friday, February 18, 2011
Tegami "Buat-buat Sibuk"
Wahid )
Selepas melalui U1 Pedagogi KM(SP) hari ini, Alhamdulillah dapat segera gegas diri ke HKL lawati si dia. Gembira kerana punyai kesempatan seperti yang dijanjikan pada diri sendiri tempoh hari. Seperti biasa nasihat dan dorongan sebagai ubat tenangkan hati jiwanya.
Isnani )
Solat Jummat di Masjid HKL. Suasana padat dengan jemaah, penuh dan mungkin ada baiknya kalau-kalau pihak pentadbiran hospital fikir dan rancang untuk tambahkan lagi kawasan untuk keselesaan dalam menunaikan ibadah, InsyaAllah.
Salasah )
Terus kembara Jumaat lapanbelasjanuari ini dengan bergerak ke International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Jalan Elmu, Off Jalan University, Kuala Lumpur. Ada jemputan untuk hadiri seminar yang bertajuk Japanese Global Perspective on the Study of Islam : An Alternative to Western Perspective. Alhamdulillah dapat sedikit ilmu untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat, InsyaAllah.
Arba’ah )
Pulang ke Serdang Green Campus dan berehat lebih kurang sejam. Selepas itu bertolak ke Selayang (ke rumah abang patik). Kerana hajat untuk ke sana hujung minggu ini demi kukuhkan ukhwah Silaturahim.
Thursday, February 17, 2011
Salju
Monday, February 14, 2011
Genkidesyou ne
Sunday, February 13, 2011
Alhamdulillah, Syukran, Terima kasih, Doomo Arigatou Gozaimasu, Trimokasehbanyoklaaadeh
Buka perenggan satu dan Ingin terus mula, ucap cakap bawa maksud satu harga penghargaan untuk semua yang terlibat.
Terima kasih kepada kepada Fakulti Pengajian Pendidikan kerana luluskan segera hajat saya mohon pengankutan untuk bawa sahabat ke Hospital Kuala Lumpur pagi Isnin, Arigatou gozaimasu buat PM Dr. Azizan dan setiausaha nya dalam membantu juga bersama Encik Aris dan Encik Zofan yang juga mudahkan urusan (pengankutan), Arigatou buat PM Dr.Ramlah kerana sangat banyak bantu dan bagi tunda pada saya untuk U1 KMSP pada Isnin, Arigatou juga buat Dr. Aminuddin kerana bagi tunda juga untuk U1 F.of.SS pada Isnin. Dan jua Doomo Arigatou Gozaimasu buat sahabat-sahabat yang sentiasa bersama-sama dalam membantu si dia. Ya, tanggungjawab kita bersama kan?
Alhamdulillah, maka dengan semua urusan dipermudahkan dengan baiknya seperti di atas, maka saya sangat rasa gembira dapat bersama-sama membawa@menemani@turutsama sahabat saya atas dasar urusan yang perlu disegerakan utk ke HKL berjumpa Dr. pakar di sana dalam segala urusan rawatan dan kemungkinan yang segera, terkini laksana rawatan seperti yang digazetkan chances tinggi utk dilakukan itu. Kepada
Dr.Ho, walaupun baru sahaja mengenali anda, tapi saya ingin luahkan pandangan bhw anda seorang yang baik hati. Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih pada anda, anda seorang yang sangat baik, ada ihsan, prihatin dan sungguh bersemangat ingin lakukan yang terbaik, dan membantu merawat sahabat saya ini. Begitulah juga harapan selepas ini apabila bertemu pakar Dr.Ramesh yang akan menyambung hal ini ke arah yang lebih serius bagi treatment di HKL. Inilah yang kita mahu, walau kita berlainan agama, tetapi semangat ingin tolong dan berbaik-baik sangat dianjurkan untuk kesejahteraan alam sejagat. Dalam Islam juga ada menyeru saran agar sentiasa membuat baik pada warga non-muslim, dan begitu juga mereka. Inilah yang harus kita teruskan amal budayakan dalam hidup saling hormat dan tolong-menolong. Hari ini jumpa di sini, harap esok-esok ada dan ada lagi.
Kesimpulan kedua akhir mudah sahaja, memang perlu kawan temankan dia kerana kritikal untuk nya selesaikan beberapa perkara. Dan kesimpulan terakhir yang saya mahu garis-garis tulis di sisi sini adalah , mungkin banyak perkara boleh disimpulkan, tetapi saya mahu sebut yang satu ini, “marilah kita sama-sama berdoa untuk diri kita, keluarga kita dan jua kepada si dia” TITIK…!
p/s : kepada yang baru singgah di taman SSDL, entry ini adalah dari sinangsambung 3 enrty di bawah. Silalah tatap baca kepada yang mahu ye……
Friday, February 11, 2011
Masih

Wednesday, February 9, 2011
Sambungan kisah........"Mata"
Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin merakamkan kesyukuran yang amat tinggi dan terima kasih kepada pihak2 yang menghantar email dan menyatakan hasrat kesudian untuk memberi sumbangan kepada sahabat saya yang memerlukan. Kisah mata awal boleh rujuk di sini atau sila lihat entry sebelum ini. Buat masa ini, sumbangan masih dikumpul dan akan diserahkan pada awal Mei 2011, InsyaAllah. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.
Minggu ini, saya sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh sahabat saya ini keputusan pemeriksaan tentang keadaan sakit beliau (tidak mahu saya sebut di sini atas sebab beberapa faktor), Cuma yang dapat saya kongsikan adalah keadaan sangat kritikal dan dalam proses utk treatment pada peringkat tinggi.
Malam beliau meluahkan pada saya, saya mengajak nya keluar minum dan kami berbual tentang apa yang diperkatakan oleh medical doctor di siang tadi. Sedih, sedih dan sedih…….. saya cuba tenangkan beliau, minta banyak bersabar dan teruskan perjuangan ini. Saya cuba membantu dalam merancang beberapa perkara untuknye melibatkan pengajian akademik, kemungkinan pertukaran plan latihan mengajar dan kemungkinan-kemungkinan lain.
Dan Alhamdulillah nampaknya beliau bertambah yakin dan faham penjelasan saya. Dalam perbincangan itu, saya agak tersentak dengan kata-kata beliau yang memberi pesan dan amanah satu wasiat yang dia mahu saya sampaikan sekiranya dia terpaksa ‘pergi dahulu’……., saya cuba tenangkan hatinya dan alih content perbualan dan minta dia agar jangan utamakan fikir tentang wasiat itu dahulu. Ya lah, kita yang pada hari ini masih lagi Alhamdulillah sihat ini, mungkin kita boleh cakap macam-macam, tapi bagaimana yang sedang menaggung derita?? Peritkan mereka??. Ya Allah, permudahkan lah urusan-urusan bantuan yang sedang kami usaha dan ikhtiar kan ini. Hanya padaMu Ya Rabb,,,kami mohon pertolongan dan kami yakin pada kekuasaanMu Ya Allah.
Saya sebagai hamba yang daif dengan rasa rendah diri memohon agar tetamu SSDL sekalian agar dapat mendoakan sahabat saya ini (disamping kita mendoakan diri dan keluarga kita) dan dapat menyebarkan khabar kongsi dari saya ini kepada sahabat, saudara-mara dan rakan blogger yang lain,……..kerana InsyaAllah bertambah insan-insan pemurah yang ingin menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban sahabat saya ini, boleh terus emailkan pada saya dialamat berikut : doazamasjid_4004@yahoo.com.my
Sekian.