Wednesday, August 24, 2011
Sambil
Sunday, August 21, 2011
Sang Relabantutapitertipu

Friday, August 12, 2011
Belai
Mungkin belaian terakhir atau kedua akhir. Tapi ketiga akhir macam sudah terlambat dan lebih tepat tidak mungkin. Semoga yang baik ambil tirulah untuk kebaikan pada sesiapa sahaja dan kiranya kekurangan atau yang bersifat negatif tinggalkan ia dalam sedikit renungan. Ia tentang Sutoori ini.
Semakin mahu tinggalkan tanah jawa ini, kian juga bertambah rasa indah untuk kenangan dan penghormatan buat kamu. Benar, mungkin anda tidak tahu saya sangat hormat kamu dalam diam hati ini. Hormat demi sebuah harapan masa depan kita dan kamu-kamu itu. Mereka ramai-ramai datang sampaikan hasrat mahu datang berbuka rumah sewa cikgu bujang. Menyatakan hasrat sedih mahu berpisah dengan ssdl. Melahirkan mahu bersama makan berteman cikgu. Ya cikgu yang akan menghabiskan LMPK selama 3 bulan bersama mereka.
Ibu-ibu mereka mahu masak dan supaya mereka dapat bawa dan tidak mahu menyusahkan cikgu mereka. Mungkin agaknya mereka faham betapa cikgu bujang seorang di rumah sewa tidak punya lengkapan masak untuk populasi yang besar, “toomoiimasu...” . Tapi cikgu keseorangan tetap mahu juga masak apa-apa untuk mereka, juga buat 3 jug air minum mereka dan beli tambah beberapa juadah lagi demi buat mereka. 3 insan yang datang awal rumah cikgu dan bawa tempe khas dan goreng di rumah cikgu, katanya tak mahu goreng di rumahnya bimbang cikgu makan yang sejuk. Katanya cikgu akan makan yang sedap kalau masih panas-panas. Aduhhh……aku kaku bibir terdiam kejap-semeta dan secepat kilas senyuman sepucuk ringkas.
Terharunya saya. Inilah yang saya ajar, kata cakap, didik dan yakinkan anda dalam pelbagai kaedah dan cara bahawa anda sebenarnya cerdik, potensi tinggi dan punyai pelbagai ruang kiranya anda faham cara strategi yang saya rancang khas buat anda. Saya gembira dengan kerja ini untuk kamu-kamu. Inikah berkat doa harian saya, atau satu permulaan tahap tengah untuk bangunkan anda, atau petunjuk sesuatu buat kita semua.
Allah telah memberi saya rasa di hujung ini, satu rasa apa yang selama ini saya suka sebutkan istilah terkesan. Walaupun kamu kelas hujung-hujung belakang dibubuh label status, walaupun kamu sangat nakal kadang-kadang, walaupun kamu anggap aku garang @ bekeng dan ada juga terdengar dulunya aku di label singokelate, tapi akhirnya kamu sangat hormat cikgu. Inikah yang dikatakan cikgu sudah berjaya jinakkan kamu??? Sehingga jenayah merokok pun kamu sudi ikhlas mengaku dengan cikgu tanpa segan???. Dan cebisan nota dari kamu-kamu setiap satu buat cikgu yang cikgu baca tadi sungguh mengharu-birukan lagi melodi di sanubari cikgu ini.
Betapa cikgu gembira berjaya jinakkan kamu. Kamu tak segan dan takut pada yang garang ini, kamu mahu sudi datang, kamu sudi goreng untuk cikgu agar cikgu merasa yang sedap panas-panas, kamu datang ramai-ramai rumah sewa cikgu mahu iftar berbuka bersama, kamu mahu solat magrib dengan cikgu bersama, kamu mahu cikgu tazkirah kamu, kamu mahu cikgu pesanpesan lagi itu ini.
Sesungguhnya kamu telah melukis satu warna baru pada qalbu cikgu yang mana warna itu kalau dicari pada papan asas kotak pensil warna jenama LUNA mahupun SWAN, warna baru itu tidak akan kamu ketemu. Kerna ia benar-benar satu warna baru. Cikgu akan sentiasa doakan kamu-kamu. Maafkan cikgu kerna perlu berangkat dulu.
Wednesday, August 10, 2011
Cinta Antara Benua
Tuesday, August 9, 2011
Ebi
Ditanya pada mengapa siangan semalam kepala sangat pening berpusing meligat sehingga ke malam. Atama ga itakatta node,……tapi masih boleh tahan. Syukran Ya Allah kerana masih beri kekuatan untuk hasilkan 2 menu berasaskan ebi idaman sebelah petang.
Dan bila direndam lamunan, benar-benar kunikmatikah juadah yang pulun sediakan berharapan dalam putaran peningan itu dikala ku santap dalam kepeningan yang masih bergelutan erat di neuron. Ditanya atau tertanya….atau ada maksud disebalik rasa. Antara ebi dan atama.

Saturday, August 6, 2011
Frangipani Putih
Terima kasih di atas setia kasih sayang mu sahabat itu yang biarpun di saat aku susah dulu sebelum kembali sambung musim jelajah ilmu tapi kamu setia kenali diriku. Yang tidak anjak berubah sikapmu. Yang bercambah seperti skala sebelum. Yang sebenarnya dirimu mampu olehi yang wali hebat-hebat dan bukannya aku yang sekadar Si pencari sekerap tongkol-tongkol berbau. Yang terus kau berikan semangat murni kerap acap-acap. Yang kamu seolah tahu akan perubahan bakal aku terlaku. Yang semacam kamu faham rancangan murni aku dalam sepi belakang tabir putih di saat orang-orang sinis ejek akan aku.
Yang akhirnya aku tahu betapa harga kuntum yang itu. Yang juga menjadikan aku mampu belajar perkara baru iaitu menilai banding beza orang-orang yang memberi sesuatu sumbangsaran macam ikhlas sangat-sangat tapi mengharap amat balasan berlebih-lebihan yang sebenarnya telah dilayan tapi apabila masih tidak mampu melunaskan nafsu memperajakan dia, maka yang ulung bekasan ejekan dianggap lupa daratan. Yang sebenarnya transparensi kepada Al-Wajhu diri dia-dia tu. Kalaulah kamu melihat dengan mata warna bunga daisi, bunga bakawali, bunga melur, bunga serombong dan bunga frangipani….memang benar putih belaka warnanya, tapi bilangan kelopak dan coraknya ada beda. Begitulah hati-hati manusia, mungkin ramai berwarna putih niat baiknya sama, tapi cara luahannya tak sama.
Oh seimbangnya kelopak putih frangipani yang berlima. Jua betapa pentingnya harga bagi sebuah dokuritsu shita.
*dokuritsu shita (independent)
Thursday, August 4, 2011
Yoi Tamashi
Sang julung yang tumbuh diperantara dua musim itu. Spesis hanya diantara musim hujung bertukar. Yang menyimpan sebuah Sutoori pilu ku dihujung kembara dulu sebelum badai simbah lalu. Realistik benih mu tetap berpaku dan terbang. Mungkin boleh jadi asas tunggul untuk bantu lerai buntu tomodachi lama itu, yang dihubungi baru sekejap lalu. Berehat sebentar dulu wahai sahabat dulu-dulu. Bukan hanya kamu, aku juga punyai koleksi dosa-dosa sendiri yang perlu pada doa-doa yang tulus datang dari yoi tamashi.
Tuesday, August 2, 2011
Cerita 1 Ramadhan dan Perginya Wak Yang Abid
Bulan Al-Mubarak kunjung datang lagi. Masih genki desu. Alhamdulillah syukur dengan peluang yang masih kau kurniakan Ya Illahi. Pertamanya ingin mengucapkan Salam Al-Mubarak kepada semua ahli keluarga, sahabat dan seluruh kenalan dan tetamu SSDL tanpa kira-kira di mana jua kalian berada. Saya sebagai hamba yang lemah dan banyak melakukan dosa, memohan panjat doa-doa moga dikuatkan iman yang sangat lemah ini.
Dengan berbaki kurang lebih 18 hari lagi di selatan ini, Alhamdulillah badan masih sihat dan dapat berlari rutini hari-hari yang didamba. Tidak selindung, jua ada rasa sedih untuk tinggalkan tanah selatan ini lebih-lebih lagi jiran-jiran warga tua emas sangat baik. Bulan sebelum Ramadhan lalu, boleh dikatakan mainichi (setiap hari) mereka hulurkan juadah buat bujang senang sepi ini. Wak Minah paling kerap, Wak Nisah dan Safari juga antara paling kerap ditambah pula dengan peramahnya Wak Samuri dan isteri, pakcik Hamdan sekeluarga memang tidak boleh dinafi keluarga baik hati.
Di Surau, semua tua-tua emas itu baik-baik belaka. Maafkan saya tidak dapat tunaikan minta-minta warga Wak-Wak emas sekalian untuk saya beraya di sini nanti kerna ssdl perlu pulang ke dalaman Cik Siti Wan Kembang bila tengahan Mubarak nanti. Dan, kepada Wak Nisah dan Suami, saya juga perlu minta maaf kerana soalan Wak tentang saiz baju melayu saya yang beberapa kali ditanya, masih saya tidak jawab dan sangat kerap saya berdalih tukar topik bicara. Wak, percayalah saya macam-macam-macam faham maksud wak, saya menulus nya saya tidak mahu susahkan wagra Wak.
1 Ramadhan kelmarin, terima kasih di atas 3 jemputan dari orang kampung sekalian yang satu pun saya tidak dapat tunaikan. Bukan tidak sudi, tapi saya sudah terjanji dengan kawan untuk berbuka puasa di luar. InsyaAllah, ini hari dan lain-lain hari saya akan terima datang jemputan. Pulang dari surau subuh 1Ramadhan itu, Wak Samuri memaklumkan bahawa Wak Yang Abid (pangkat saya iktiraf anggap) telah kembali ke Rahmatullah malam tadi. Agak terkejut tapi jauh di sudut hati bahawa bagusnya kehidupan Wak Yang Abid, dijemput Illahi dalam bulan yang sangat mulia. Semoga roh Wak Yang Abid ditempatkan bersama golongan insan-insan beriman Amin.
Pulang berbuka puasa di luar malam itu, setelah selesai mandi dan menunaikan 4 rakaat yang wajib. Wak Minah datang bersalam sahut dari luar., membawa tempe goreng berempah sama sambal kicap enak, nasi dan sayur berlauk. Terima kasih Wak, biarpun saya pulang dari satu janji bersama teman, tapi Wak masih simpan juadah yang masih panas biarpun malam yang nian saya pulang. Alhamdulillah, syukur Ya Rabb, nemukan sang bujang senang sepi di rantau orang bersama wali-wali baik hati.
* Ya Allah, sempena bulan baik mulia tinggi ini, kau ampunkanlah dosa-dosa banyak yang aku terlaku, juga yang terlibat pada ayah bonda dan saudara ku, kuatkanlah iman kami semua, kau tabahkanlah hatiku, jadikanlah aku anak yang soleh dan berbakalkanlah aku suami yang mithali kelak kiranya jodoh ku tiba, didiklah jiwaku ke arah kebaikan dan semakin menjauhi kemungkaran, terus tambah selalu kan lah install banyak rasa kasih sayang dan jiwa penyayang dalam diri ku ini agar ku bias tongkah arus hidup dengan penuh makna pada insan sepatutnya, murahkanlah rezeki ku dan keluargaku, dan aman tenang aslikanlah hidupku. Kepada Mu aku sangat sangat sangat memohon dan mendamba. Ya Allah.