Monday, October 24, 2011

Bisik-bisik Gemersik

Membuka kotak kecil minda 2007. Pada masa tanggal ke-4 dalam musim Julai. Bersempena dengan hari keramat lahiriah sendiri. Kalaulah ia menjadi kenyataan sebelum menghembuskan nafas nafas nafas akhir ketika mahu meninggalkan fana ini kelak.


Masih bugar ingatan pada ketika itu, memikirkan dan menyimpan hasrat berniat pada suatu hari nanti, kiranya punyai rezeki restu Illahi….mahu sahaja menubuhkan sebuah rumah kebajikan anak yatim yang indah mesra alam milik sendiri. Bercirikan taman-taman indah sekeliling, kebun sayuran, padang ragut kecil yang menempatkan beberapa populasi hayawan Sunnah…kambing dan bebiri, kolam free-shape berwakafkan keluarga itik-itik bersih yang mandi-mandi dan disulami anak-anak penghuni yang baik akhlak budi pekerti. Meskipun, mungkin masih jauh untuk dicapai, namun tidak salah rasanya menyuburkan kembali impian ketiga ini di kala periuk-periuk lamunan kembali berdendang dan menyentuh gemersik hati. Ya Allah, tunaikanlah impian niat ini suatu masa nanti, padaMu aku memohon dan berserah.


Gemersik hati 2011 ini pula sekadar mencipta satu inovasi diri mungkin untuk 2012. Merisik hati bertanya diri, samada “Sesuaikah kalau sebiji Kek Pernikahan yang kebiasaanya disulam dakwat krim aising dengan ayat Selamat Pengantin Baru menggunakan tulisan romaji itu ditukar ganti dengan menggunakan Khat Jawi Thuluth atau Diwani. Rasa-rasanya lagi indah, cantik dan berseri dan yang pasti ia lain dari yang telah banyak diaplikasi. Harus terus memikir agaknya barangkali.

4 comments:

Cikli said...

teruskan niat yang baik cikgu. cikgu di mana sekarang lokasinya.

K.ijan said...

Salam cikgu,
Apa khabar cikgu?
Apa salahnye kalau ubah gaya penulisan kan. Lebih bermakna mungkin :)

SURIHATI said...

salam..
good idea!
mcm tak pernah tengok org buat
blh jadi perintis.hahah

Cikgu Zam said...

Salam Cikli,
InsyaAllah saya akan teruskan niat murni tu dan sentiasa berusaha ke arah itu. Mohon doakan kejayaan saya dan marilah kita sama-sama memartabatkan sesama insan.Ohya sekarang saya di kampung(kelate), and waiting for teacher posting, but right now still dibekukan. Dan sementara waktu, kerja2 kampung dan try to give something pada jemputan program2 pelajar sekolah, kalau dipanggil.

Salam Kak Ijan,
Alhamdulillah saya sihat puan. Ya, hajatnye nak ubah gaya penulisan klu mereka setuju lah InsyaAllah. Harap ia bener benar benar ada makna unik, hehhehe.. Ohya, apa khbar puan sekeluarga di sana? harap sentiasa sihat lah ye. Resipi kamben tu semakin manjadi-jadi, beruntung Mikael, semoga cepat membesar dengan baik, sihat dan sempurna, Amin.

Salam Surihati,
Wslm..... Ye, saya pun tak pernah tgk org buat and just thought last month. Hajat ia menjadi kenyataan bila tipa sama nya yang taktau bila lagi heheheheh.............. Bersama memartabatkan apa yang sebaiknya, Amin.