Sunday, November 20, 2011

Mendung

Hembusan nafas akhir bakal isteri solehah, disaat tinggal sehari sebelum di ijabqabulkan.

Sedih pilu selubungi bakal suami dan keluarga. Kenduri walimatulurus bertukar warna, terbina urus baru, kenduri tahlil secara Isshoni. Damailah roh Allahyarhamah di sana. Inori dari kami-kami buat arwah moga tempat himpunan baik-baik dilandaskan dan tenang aman. Aman dalam kerehatan yang diberkat. Kepada bakal suaminya, semoga tabahlah. Perit ujian duga itu, tapi pasti Allah ada hikmah sayang kamu berdua dalam dua kala beda. Siapapun yang teralami, pasti terdiam diri bersama menungan rindu semat-semat abadi. Kerna hanya tinggal sehari bakal bergelar Suami kepada Isteri yang telah pergi. Ya Allah, aku sendiri terkedu dalam hati bila mengenangkan nasib menimpa saudara yang merupakan karib sendiri. Semoga genangan memberikan satu cetus baru dalam insafi...buat kita yang masih bernyawa kini. Esok belum pasti.

Ya Rabb, hikmahkanlah karunia hebat-hebat dari Al-Imran bait-bait tujuh dan lapan.

Isuramu no tame ni inoru. Isuramu (イスラム) is Islam. Inori is Doa, (Inoru = Mari berdoa)

4 comments:

Cikli said...

tragis. apa sebenarnya berlaku cikgu. semoga tabah

Melatidaisy said...

innalillahi wa inna ilaihi raaji'un..

Cikguzam said...

Salam Cikli,
perginya bakal pengantin baru (seorang gadis baik) selang sehari sebelum diijabqabulkan pada 11.11.11 baru ni, Al-Fatihah

Salam melatidaisy,
Terima kasih melati.

yogurtstrawberi said...

salam cikgu zam..macam dlm drama pulak.x blh nk terima rasenye.al-fatihah buatnya.