Monday, June 13, 2011

Kinen no Tame

Dinihari gelap itu, mengingatkan warna beberapa bulan lalu sebelum batu pahat disinggah. Jam 4 pagi sering kali mainichi mainichi mainichi membangkitkan hatimahu, mencerahkan mata dan menyuntik semangat untuk ku buat juadah itu. Terima kasih rimba renjis semangat di awal pagi itu. Sekurang-kurangnya dengan ku sedia kuih itu secara mainichi untuk dihantar ke kedai, maka dapat jua ku mengkerapi subuhi surau agung itu. Kerana setelah siap ia tersedia, subuh datang bersambutan. Karipap tradisi membawa ku untuk kerapi subuhi surau di dinihari. Biasalah, warisan dari populasi dukuh lama.


* Iklan - Biar apapun tuduhan dan anggapan, janganlah dilayan dan diberi muka pada sang penipu besar, penyebar fitnah dan insan biadap dalam senyap. Thank you Allah, memberikan petunjuk…..rasanya masih tidak terkewat, InsyaAllah.




3 comments:

Cikli said...

lama menyepi diri,
datang bersama karipap..
huraikan misteri ini cikgu!

NzA said...

sedap tu...ttp byk maksud yg trsurat tu....

sy dh follow....

Cikguzam said...

salam cikli,
Apa khabar, maaaf lambat membalas, sibuk dan minda dalam dilema banyak benda. Alhamdulillah sedang baik pulih dari semasa ke semasa. Lama menyepi kerana bercuti. terima kasih banyak2 pada tuan kerana sentiasa singgah ke mari. Selamat menuju kejayaan Tuan.

salam NZA,
Emmmm tak la sedap sangat puan, biasa je. Yeada maksud2 di dalamnya. InsyaAllah bersama kita menuju kejaaan. Terima kasih banyak2 kerana sudi singgah di laman saya ye. Selamat maju jaya