Wednesday, May 25, 2011

Bertuah Meja Itu

Sebelum lelap mata semalam,Terbayang di suatu ketika dulu…. memoir 7 tahun dahulu, pernah ku hadiahkan sehelai tudung labuh buat seorang gadis cantik yang pada kacamata ku…ku rasa sangat lagi lagi bertambah cantik dan ayu sekiranya dia memakai tudung labuh itu. Tapi sayangnya tudung labuh itu tidak dipakai bahkan dicadangkan dan dilihat oleh mereka seperti sangat sesuai dibuat alas meja. Aku mampu tersenyum buat gadis yang pernah dulu ku didetik minat. Maklumlah, dulu siapalah aku.


Sebelum lelap mata semalam, Teringat satu saat di mana ku pernah nasihati seorang gadis baik dan cantik tentang ketat seksi pakaiannya dan alangkah sangat rugi bagi gadis baik secantik dia memakai sebegitu. Tapi akhirnya aku dihambur kata sinis “ jangan jaga tapi kain orang dan ruang kubur lain-lain”.


Sebelum lelap mata semalam,Terkenang satu, aku teringat pelajar-pelajar kelainan upaya yang ku observe senyap-senyap setiap hari psikologi perilaku mereka memandangkan pejabatku sebelah sahaja dengan 3 station mereka. Aku sangat simpati, walaupun ku sedar hembusan doa insan jahil seperti ku belum tentu diterima. Bila ku jeling beserta senyum pada anak-anak itu, ternyata mereka senyum balas juga walau mungkin lain makna senyum mereka.


* Jauh disudut penjuru hati, aku gembira dengan kalau tidak silap khabarnyanya, khabarnya spesis tudung jenis itu kini tidak lagi di erti sesuai untuk alas meja bagi si dia, bahkan realiti ditempat yang penuh erti-erti suci. Harap ia berita benar . Dan pada yang lain upaya, aku ku cuba sentiasa cuba menyelam dalam lubuk Qalbu anda. Nantikan sentuhan manja dari saya. Terima kasih kepada yang sebenar-benar kenal Ropi, dan bukan yang mencipta Ropi 1, Ropi 2, Ropi 3 dan seterusnya.

11 comments:

cikmanggis said...

salam zam..lama tak singgah ke blog Zam ni.apa khabar?tak apalah jajni kita dah tunaikan tanggung jawab kita sebagai seorang muslim.Semoga Allah berikan kekuatan pada kita ya...bukan senang nak ajak orang kepada kebaikan....

Cikli said...

wah, cikgu memang pemberani yang romantika d'amour

Dahlia said...

semoga cikgu zam mendapat apa yang diimpikan

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Cikgu,

Ini kisah betul atau kiasan.

Tak mudah nak mengubah seseorang dalam waktu yang singkat.

Cikguzam said...

salam cikmanggis,
Thanks for visiting ssdl. Semoga makcik sekeluarga sentiasa sihat walafiat, InsyaAllah.

salam Cikli,
Ambo sekadar insan biaso jahhh.... "masih mencari mentari yang sentiasa memancar"....

salam Dahlia,
InsyaAllah, Terima kasih banyak2. Segala doa yang ucapkan, semoga benar2 menjadi kenyataan.

salam Kunang-kunang,
Ya, memang semuanya kisah benar dan betul, lagi asli. Sememangnya sangat tidak mudah untuk menjurus kepada kebaikan dan kadang2 kita terpaksa menongkah lawan arus demi sebuah kebaikan walau disalah tafsirkan.

NzA said...

salam.....

mengubah seseorg perlukan kesabaran yg tinggi dan xboleh cpt putus asa....

Abd Razak said...

Assalamualaikum cikgu...

Ya, guru saya pernah berkata, kalau mahu mendidik generasi seperti sahabat-sahabat Nabi, didiklah mereka seawal usianya dan jangan pernah merasa berputus asa kerana hasilnya barangkali tercetus puluhan tahun dan mungkin pada masa itu kita hanya dapat melihat kejayaannya ketika kita sudah berada di alam barzakh

Pn Kartini said...

assalamualaikum :)

Alhamdulillah...
sekurang2nya cikguZam ada rasa tanggungjawab utk membimbing mereka yang sedikit tersasar..InsyaAllah..niat & usaha murni dipermudahkanNya...

:)

shaniza said...

Salam
Tegurlah dengan berhemah kerana teguran sebegitu berupa mengubah seseorg...teruskan perjuangan!

Anonymous said...

salam

Cikguzam said...

salam NZA,
Ye, batul kata puan, kadang2 kita perlu bersedih dan makan hati sendiri.

salam Abd Razak,
terima kasih banyak2 tuan. Gemar membaca penulisan2 ilmiah tuan. bangga mengenali ilmuan seperti tuan.

salam Pn.Kartini,
Ye, sekadar berusaha setelah terlintas di hati. Sayang kan gadis cantik tapi tak pandai jaga aurat....... InsyaAllah kita sama2 berbakti, Amin.

salam Shaniza,
Benar kata puan, kita perlu sangat sangat dan sangat untuk berhemah agar mereka taj jauh dari pkr maaruf.

salam Anonymous,
Wslmm......... ya, ada apa2 yang saya boleh bantu...???????