Tuesday, February 22, 2011

Rajuk Yang Kurang Sesuai

Sejak pulang dari Sakuragaoka, ramai pula teman ingin mengambil kesempatan untuk merajuk dan mahu dilayan lebih-lebih untuk@kepada mereka. Letih lah kalau sorang perlu layan extra kepada wakil dari 14 negeri dan 2 wilayah, lebih-lebih lagi antara perkara baru yang saya diasuh didik di sana adalah berlaku adil mensamaratakan hormat orang.

10x kita sms tanya khabar, juga sapa melalui YM, lagi hantar email tapi beberapa gelintir buat ‘ala-ala sombong’. Kononnya mahu saya layan lebih lagi. Tetapi bila mereka hantar satu sms, kita wajib balas terus, pantang terlupa balas yang tunggal tu,terus kita dianggap sombong la itu ini laaaa. Semua nak kaitkan sebab pulang dari Nihon. Semua kita perlu layan lebih-lebih. Letih kita jadinya. Padahal kita dah cuba sedaya upaya layan dengan baik, buat seperti sedia kala macam kita dulu-dulu, dan style kekampungan je gaya hidup kita. Bercakap pun macam dulu lah jugak.

Dah!!!, maaf banyak-banyak kepada yang nak mengada-ngada lebih tu, teruskanlah tabiat anda tu. Saya minta maaf sebab saya dah malas nak layan, lebih baik saya tumpukan kepada sahabat-sahabat yang memerlukan pertolongan dari saya, nasihat dan pandangan saya, memahami erti jiwa, keadaan dan tanggungjawab saya. Saya juga macam orang lain, ada urusan itu ini dan pelbagai tanggungjawab wajib saya. Dan kepada sahabat serta kawan-kawan yang faham saya, dan benar-benar kenal saya, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan diatas sikap anda yang menunujukkan “hati anda memahami saya". Kepada yang tidak faham tu, takpelah……saya maafkan.

9 comments:

Cikli said...

cikgu,

orang besar kalau merajuk payah nak pujuk..

Azian Elias said...

tak perlu layan, beb..

Anonymous said...

besarnye kasih sayang :)

Werdah said...

Assalamu'alaikum cikgu zam

merajuk tentunya pada yang sayang..

kak su said...

salam..
mcm2 ragam..
yg merajuk minta dipujuk..
sgt memenatkan..penat jiwa & raga..

Cikgu Zam said...

salam cikli,
Betul tu cikli. saya kecewa juga mereka pandai2 nak merajuk kita pula dikatakan sombong. Aduhhhhh, kononya sejak balik dari jepun kita ni sombong, padahal saya tak buat ape pun, kita tegur mereka buat endah tak endah, begitu lah juga klu kita sms ke atau Ym,. tapi balik2 kita pulak yang dianggap sombong. Last2 saya terpaksa tak layan dan buat tak tau je lah. Biarlah mereka dengan tanggapan mereka tu. yang kenal saya betul2 mereka faham sefaham fahamya.

salam kak yan,
Ya, setuju dengan kaka yan. bila kita dah cuba layan layan layan dengan baik, tapi tup tup org nak anggap kita sombinbg juga terpulanglah. Memang kita tak mampu dan tak boleh nak memperajakan mereka. Sekarang mmg saya ambil pendekatan mendiamkan diri dan cuba berbakti pada insan2 yg memerlukan sekiranya mereka perlukan saya., InsyaAllah.

Salam Dahlia,
KAsih sayang mmg indah maknanaya. kita kasih kan sahabat dalam erti kata untuk sahabat. jadi kite perlu berlaku adil untuk semua, InsyaAllah saya tidak akan layan pada yangmengada-ngada nak jual mahal kononya, pastu cakap kita sombong lak. Pelik, kita dah layan dengan baik, dieorg kata kita sombong????

salam kak werdah,
Entahla kak, buntu kepala saya. Sayang ni pun banyak maksud, contohnya sudah pasti sayang seorang isteri berbeza dengan sayang pada sahabat. Tapi org ni saja mencari alasana sebab saya baru pulang dari Nippon, dan tak lebih-lebih layan mereka, terus kita kene cop sombong. bagaimana pula hak kawan2 yang lain?????

salam kak su,
Kak Su apa khabar sekaarang? Semoga pegajian masters UKM berjaya dengan cemerlang lah ye. Klu berhubung dengan kawan2 kerja kita dahulu, sampaikan salam saya banyak2 pada mereka ye.
Ya, mmg sangat memenatkan kita klu nak memperajakan individu tertentu sahaja, mereka nak kita sentiasa faham mereka tapi mereka takak cuba-cuba faham kita. Susahhhh....

cikmanggis said...

Kesiannya.Ya..kadang kadang kita pun tak larat nak layan jika rajuk berpanjangan dan tidak bertempat.Tapikan..kita boleh merajuk pada tempatnya.Merajuk pada yang sayang ehehe.

Cikgu Zam said...

salam makcikmanggis,
Ya, setuju dengan makcik. Merajuk klu kene pada tempat memang sesuai dan bagus la kan. Contohnya pada pasangan sah masing2, hehheh. Romantik akan bertambah, dan romantik suami isteri ni satu ibadah dalam Islam. K saya stop, takleh lebih2 heheh,... harap makcik sihat selalu k.

ijan said...

Salam Cikgu,
Macam2 pe'el orang ni. Dah besar2 nak merajuk apa lagi nye. hehehe