Monday, September 20, 2010

Murtabak "Small-Small" Untuk Japan

Aura summer season semakin meninggalkan kami di sini. Bisikan Autumm season sudah mula mengukir gambar bersama cuaca yang sangat indah dan menyamankan. Masa Ropi sudah semakin singkat di bumi samurai ini. Ropi sedang mengatur sedikit perancangan untuk menjelajah ke Nikko, Tochigi (samada keseorangan atau bersama kenalan) kerana dikatakan “ada indah di situ sempena Autumm” bermula minggu kedua Oktober. Mungkin Nikko adalah destinasi terakhir sebelum berangkat pulang meninggalkan kenangan pahit manis masam dan kelat sepanjang bergelumang di Nihon. 5 ayat dibelakang adalah sebagai mukadimah entry.

Murtabak“small-small” memulakan perkongsian di sini.Di permatangan antara akhir Ramadhan dan kedatangan Eidul Fitr yang lalu, si Ropi yakin bahawa selain dari urusan rasmi (menyertai kursus dan kuliah, terlibat dalam perbincangan seminar, menghadiri sidang kemuncak pelajar antarabangsa, presentation dan pelbagai urusan berkaitan) sebagai peranan watak Ropi dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara kampus tercinta Ropi di Malaysia dengan University di Tokyo ini, maka saya yakin juga bahawa sentuhan tidak rasmi dan bukan wajib juga memainkan peranan agar hubungan erat dapat kekal utuh, sekaligus ingin hadiahkan kesan manis letinnggg serta manfaat untuk pewaris (junior) akan datang agar mereka selepas ini “lebih mudah keluar” selepas saya tinggalkan gelanggang cari ilmu saya tahun depan di UPM. Maka saya cari bahan ke sana sini, refresh resipi dan terus tumis, masak dan uli. Kebetulan si Ropi juga teringin idam mahu nikmati, maka Murtabak “small-small” telah dihasilkan. Yang di dalam pinggan adalah untuk dimakan dan yang di dalam bekas untuk pegawai Japan CIP yang menjaga saya di sini. Semoga sedikit juadah Malaya saya ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita dua negara berbeza sama benua. CINTA MALAYSIA!!!!!!!

*** Sedikit imej Raya & Terima kasih kpd warga kerja akhbar krn memilih diri utk lead ucapan perkongsian terbitan KOSMO! pada lebaran 1 Syawal 1431 lalu.



27 comments:

hana said...

salam zam... selamat hari raya. maap zahir batin. sronok nampk raya kat sana tuh.. kretip sungguh la kamu nih ade murtabak lep lep lg gtu! klu makwe yg dpt tuh, kompom kombang lobang idong! kikiki....

waa sgt spesel kuor paper kosmo! tahniahh! glemer glemer.. kekekekeke

Werdah said...

Salam Cikgu Zam.

Merahnya Raya di perantauan.. yang special tu untuk sape..

Selamat Hari Raya.. semoga Allah terima amalan kita.

cikmanggis said...

Salam zam..selamat hari raya.Wah pandai tu buat murtabak sendiri.Makcik ucapkan selamat maju jaya ..bila balik msia jangan lupa hubungi makcik ya..upm tu sangat dekat dgn rumah kami.

abu muaz said...

Salam... selamat hari raya.

Anonymous said...

salam.slmt ari raya..
pandai cikgu zam masak
boleh bukak business murtabak lps ni
blh jd rakan kongsi niaga gni.hihihi

Unknown said...

Selamat eidul fitri..maaf zahir batin..
Sedap bila nampak mertabak tu...

Anonymous said...

salam alaik..

uik ade murtabak bentuk love..bleh tempah ni..hehe

alhamdulillah nmpaknya kemeriahan aidilfitri ttp ada di sana walaupn berjauhan dgn yg tersayang..

semoga terus di berikan kekuatan utk meneruskan perjuangan yg bersisa di sana :)

-melatidaisy-

Cikgu Zam said...

salam kak hana,
selamat hari raya agak ye,bukan kretip sgt kak, saje cari inspirasi dari ilham murtabak di raja yang dibuat berlapis2 tu, so try buat bentuk jiwang ckit, tanda rindu MALAYSIA, hehehe

salam werdah,
hihih merah ye, warna sebenr purple tu, yang speacial tu utk diir sendiri, hahaah, selamat hari raya ye pada akaak sekeluarga.

salam makcikmanggis,
Ok beres makcik, nanti saya bgtau, saya dijangka pulang ke tanah air pada 22 Oktober InsyaAllah. Terima kasih banyak2 dengan uacapan dan doa dari makcik tu ye.

salam Abu muaz,
selamat hari raya maaf zahir dan batin, semoga tuan dan sekeluarga sentiasa bahagia ye,Amin.

salam Dahlia,
hahaha, takde la pandai sangat pun.biase je. saje "memandai-mandai" kah kah kih kih, Selamat berhari raya bersama keluarga tercinta.

salam Lana~bulu
selamat hari raya eid fitr, alaaaa yang kt MALAYSIA confirmmmmmmmmmmmmm lagi besttttttttt.

salam Melaty,
selamat hari raya eid Fitr, terima kasih dorongan dan doa yang diterjemahkan. semoga saudari begitu jua. Tempahan masih belum dibuka, hihihihi.

ain said...

salam zam..selamat hr raya. semoga sambutan di sana juga meriah!

Pn Kartini said...

Salam Cikgu Zam..:):)
Selamat Hari Raya..:)

tersenyum akak tgk murtabak cute tuu..:):)
kiranya pandai cikgu zam buat yaa..ala2 chef gitu:):)

Biarpun jauh diperantauan..namun itulah pengorbanan demi menimba ilmu:)

Azian Elias said...

SAlam Zam,

selamat hari raya. rajin betul dgn murtabak tu.. akak pakai beli je wak.. Tp yg lebih sedap lagi murtabak Johor..

Azian Elias said...

SAlam Zam,

selamat hari raya. rajin betul dgn murtabak tu.. akak pakai beli je wak.. Tp yg lebih sedap lagi murtabak Johor..

Cikgu Zam said...

Salam Ain,
Selamat hari raya juga, semoga di sana pasti meriah hahaha, .Anyway, yg penting kesihatan kene sentiasa jaga k.

Salam PnKartini,
Selamat hari raya buat puan sekeluarga ala bukan ala cheff pun, main taram jee, hihihi..

Salam kak Yan,
Selamat hari raya jugak dari SSDL.
mcm mene tu murtabak Johor?? saya tak pernah merasa kut, yg saya tau murtabak biasa dan murtabak diRaja tu je , hehhehheh..

kak ijan said...

Salam Cikgu.
Wah gambar terpampang kat kosmo. ramai la lepas ni kontek2 nak minta nasihat :)

Murtabak small small mentuk love tu nak kasi kat sape cikgu? hehe..special bebenar bubuh dalam kotak lain kot.hehe... ni, rail dah siap cepat hntar kan murtabak small small mai kuopio! hehe

fusarium solani said...

Salam,

Cikgu Zam.

He!he! murtabak love? Menarik. Pandainya kamu memasak. Sebelum ini kuih butir nangka, satay, kini murtabak pula. Untung bakal isteri ni.

Sudah nak pulang ya? hargai setiap masa dan ketika yang anda ada. Sukar peluang baik jadi dua kali.

Selamat Hari Raya Cikgu Zam.

fusarium solani said...

Salam,

Cikgu Zam.

He!he! murtabak love? Menarik. Pandainya kamu memasak. Sebelum ini kuih butir nangka, satay, kini murtabak pula. Untung bakal isteri ni.

Sudah nak pulang ya? hargai setiap masa dan ketika yang anda ada. Sukar peluang baik jadi dua kali.

Selamat Hari Raya Cikgu Zam.

sekamar rindu said...

salam...


lihat mertabak tu..teringat bulan puasa..tiap2 hari beli mertabak masa buka puasa..

tq singgah komen di blog saya

Cikgu Zam said...

salam kak ijan,
yang mentuk love tu untuk diri sendiri hahahhaha,
kene antar kek keretapi dulu gune trail tu, baru boleh balas ngan murtabak.........ke dah antar tak sampai lagi sbb jauh?? hikhik... keretapi letrik ke arang batu tu ,
hahhaha,

salam Fusarium solani,
Alaihaiii tuan, saya ni biase je, bukan pandai masak sangat pun, lagipin untuk makan sendiri dan bagi pada pegawai yang jage saya ni haa,,,bg die rase la kan malaysian food hihihih.... mane la tau die nak datang Malaysia< bertambah elancong negara kite ahak ahak ahak,
ye dah tak lame kat sini, dah hampir masa uyk pulang,
terima kasih nasihat dari Tuan untuk saya.

salam sekamar rindu,
ya saya pun mmng `hantu murtabak` gak klu duk malaysia hehhe, tapi kat sini tak merasa sangat la sssbb takde jual kan, klu nak makan kene g cari bahan mentah halal dan masak sendiri je lahh, hahhaha, jadi tak jadi pun itu je lahh.

Azian Elias said...

Salam Zam,

murtabak Johor, inti diasingkan dengan telur. Tabur dulu bawang besar kuib, then inti daging, then pecahkan dan ratakan telur atasnya. then goreng api kuali mcm biasa. then buat lagi satu layer, balutkan yg sudah digoreng tu..buat lah berapa layer yg suka..Cam tu lahh

Anonymous said...

selamat hari rayo ke 15 boh..ambo susun 20 jari mitok maaf banyok la ko demo..apo cito rayo deknu...smart te cikgu loni...po woh lanah ni...demo masuk paper ko..xde nok tgk kawe ..aduii rugi....

Annur_syahmah said...

salam,lama xmenjenguk di sini..xterlewat kut,slamat hari raya,maaf atas segala slah & silap..ewah2..semua baru,kamera baru,fesyen baru nampak...(^_^),kami menunggu kepulangan nta ke tanah air...hehe...=p,semoga slamat pulang.

budak kampung said...

salam.
bertuah mak ade ank mcm cikgu zam ni..dh la pandai belajar, masak pun pandai.

dh nk pulang ye cikgu.selamat la ye. berbakti plk paada rkyat kita. semoga cikgu menjadi seorng guru yg baik.

Cikgu Zam said...

salam kak yan,
Oh, klu macam tu hampir sama dengan murtabak raja di Kelantan lah ye,

salam samad,
rayo sini ala-ala sekodar jah la ore kato, kok-kok mano pun sedakk rayo alik pak kito lah jugok nyorr, kacawalii mari duk sini belako rakyak jelato kito, ambo lani nyorr byok duk koya nok kelih jah doh....hati ddebar dubb...dub..dubb... hahha

salam annursyahmah,
Camera baru??? takde baru nyerr, yg dalam gambar tergantung tu kawan punya, we change at that time so that he will take my picture with my camera n i take their pictr using their camera. So, I still use my "OLD INVALUABLE CAMERA"

salan budak kampung,
waaauuuu same lah kiterrr, I also budak kampung jugak, "Rumah saya keliling hutan, hutan keliling umah saya" hahhaha,. No matter who ever we are, but the important is "we have to understand about our future and how to "love" the meaning of "Alhamdulillah".

Cikli said...

sensei salam,

boleh bisnes murtabak sebelum balik malaysia.

1000yen 3 keping. 1 bentuk love.

Annur_syahmah said...

autumn ni,nta ambik gambaq pemandangan banyak2 deh..yang cantik2,lepas2,share dengan ana...hehe...ana bagi cd nanti...

Cikgu Zam said...

salam Cikli,
hahhah, klu ade peluang boleh buat bisnes betul niii, harga kene ikut pasaran Jepun, cepat kaya nih....

salam Annursyahmah.
Emm gambar permandangan yg tiada "orang" je kut boleh share utk kawan-kawan semua. Tapi klu "gambar berorang" rase sukar utk dikongsikan sbb bimbang menimbulkan fitnah dan salah-sangka. InsyaAllah yag boleh dikongsi akan dikongsi utk kawan-kawan.

Annur_syahmah said...

yelah..yang tiada oranglah..yang ada orang buat ape..