Wednesday, November 11, 2009

Antara Malu dan "Malu"

Sejak kebelakangan ini ramai pula yang bertanya aku bagaimana untuk mendapatkan keberanian bercakap dikhalayak ramai dan yakin dengan kebenaran yang ada dalam hati kita. Kesemuanya aku beri jawapan yang sama iaitu doa, berusaha dengan gigih, perbanyakkan ilmu dan bersedia untuk "malu". Maksudnya kalau seorang pelajar mereka perlu sedar waktu sekarang kita kena berani untuk cuba bercakap dikhalayak ramai, berkongsi idea dan pandangan dengan masyarakat walaupun terpaksa malu dan ditertawakan orang, kerana malu sekarang adalah malu yang tidak akan memalukan maruah dan nilai hidup. Tetapi,,,,!!! andaikata sekarang kita asyik malu-malu untuk mencuba (di saat masa belajar), maka tunggulah bahawa kita akan benar-benar malu @ dimalukan bila kita tidak dapat melakukan sesuatu semasa dalam realiti kehidupan kerja sebanar. Itulah malu yang benar2 memalukan muka dan wajah diri kita. Jadi pilih lah samada "MAHU MALU SEKARANG, ATAU MAHU MALU SUATU HARI NANTI"

p/s : - Aku juga banyak melalui peristiwa memalukan (tapi positif) tetapi manjadikan aku lebih dewasa. Pernah peristiwa memalukan yang berlaku pada diriku dijadikan satu kisah cerita contoh oleh seorang motivator di negeri cik siti wan kembang.

8 comments:

NJ said...

salam cikgu zam
memang benar..biar malu skrg dr malu kemudian hari..
pengalaman akak dulu - 2 tahun lepas penah join MLM..so kena la bagi talk time meeting..sbb dah ada skit la level kat situ..punya la gabra..gigil..nak bercakap mcm x de suara..tgok org depan lg la jadi kelu..tapi lama2 kita biasa kan jadi senang..so sebenarnya ia mengajar kita lebih berani kedepan dan dalam kelas2 seterusnya akak attend (kursus2)..mesti nak duk line depan sbb org kata..duk line depan lebih berjaya..alhamdulillah ilmu yg dpt pun senang nak implement kalau kita dgar betol2..

MALU ada tempat dan caranya kan..
wallahualam

cikmanggis said...

untuk bercakap di depan khalayak ramai ni memerlukan self confident yang tinggi.kena buat homework ,persediaan yang sewajarnya baru tak cuak.

Anonymous said...

Salam Cikgu Zam...
Bagus kalau ada sifat keberanian mcm Cikgu ni... seboleh bolehnya biar ramai lagi yg bersikap mcm tu..

@xiM said...

tu lah..orang kata malu bertanya sesat jalan..kalau kita duk malu jaa sampai bila bila pun sesatkan..:)

*salam perkenalan jua!

rudy bluehikari said...

malu bertanya bak kata axim my fren itu, pasti sesat jalan. Lagi2 bakal cikgu kena tahu serba serbi sblm malu dpn anak murid xboleh jawba soalan mereka :)

Solehah said...

saya pun kadanga2 rasa rendah diri dan malu bila ditertawakan...ambil masa untuk jadi positif lepas ditertawakan..

Cikgu Zam said...

NJ
betul tu kak,kekuatan hanya dapat kita bina melalui sikap kita sendiri

cikmanggis
persediaan yang mantap akan membuahkan hasil yang sangat menakjubkan


blogresipi
saya biasa je, cuma suka mencuba. tapi pada firasat saya blogresipi seorang yang hebat kan


axim,
tapi masih ramai manusia memilih untuk sesat jugak kan, aduhh,,


rudybluehikai,

Tuan nak tau tak, bile kita cakap pada kawan tentang tanggjwb guru,dieoarg mcm perlekehkan je. sedih rasa,


solehah,
takpe, jangan risau. Yang penting kita kene berani mencuba. InsyaAllah boleh. teruskan usaha murni, kuatkan semangat wahai muslimah solehan

fusarium solani said...

Salam,

Cikgu Zam,

Bila rasa malu atau segan nak berhadapan orang ramai saya pakai kaedah bayangkan semua orang yang dengar kita bercakap itu sama sahaja paras(level) dengan kita. Baru hilang gemuruh.