Monday, September 26, 2011
Rose-coloured Spectacles
Wednesday, September 21, 2011
Dukung Rasa
Perjalananan seharian solo memandu 2 jam 20 minit ke Kota Bharu kelmarin punya pelbagai makna. Selesaikan urusan tertangguh 8 hari sudah. Menghabiskan petang dengan menyinggah ke beberapa lokasi. Mungkin antara pilihan untuk power nap selain mengamalkan day napping.
Dua butik busana muslimah antara pilihan premis yang dihabiskan agak banyak masa juga. Melihat, memilih, merenung dan kalau tidak silap sedikit tersenyum. Pelbagai pilihan jubah muslimah cantik. Lebih-lebih yang berwarna putih bercorak sulam serta labuci dan cream colour juga berlabuci dan sulaman indah. Sangat cantik dan sesuai jika dihadiahkan kepada gadis untuk majlis pertunangan…toomoiimasu. Tapi mungkin……………ya, melepaskan dahulu busana-busana itu adalah jawapan terbaik kini dan beredar dari butik itu dan terus memecut laju. InsyaAllah, kiranya ada rezeki dan jodoh, akan ku lakukan terindah yang terbaik termampu qudrat suatu hari nanti. Buat si muslimah yang dijodohkan nanti, InsyaAllah, Amin Amin Amin.
Hampir senja bertolak pulang dari Kota Bharu lama itu. Sedikit sesak di jalanan dan ini yang sedikit semua orang kurang mahu. Separuh perjalanan bertemu sudah malam dan pemanduan sedikit perlu diperlahankan kerna ada sedikit letih terkurnia. Memandu jauh keseorangan di waktu malam agak sedikit membosankan namun antara saat terbaik untuk imbau kenangan. Lagi indah ditemankan dendangan dari suara radio berputar yang dihantar dari gelombang tanpa prangko.
Ya Allah, aku mendambakan panjat doa-doa hati padaMu, siang dan malam, petang dan pagi, senja dan dinihari, tanpa rasa sekelumit tanda-tanda bosan dalam hati. Menanti sinar yang akan datang dalam ketabahan. Ketabahan yang ada kaitan rasa seperti mana peritnya ku merantau dulu di bumi orang. Kurniakanlah teman hidup setabah Zulaikha yang kuat azam solehahnya, begitu jua bertuahnya si suami Fadhlina yang cerdik bijak menjaga aurat dan rumahtangga. Fadhlina sahabat lama.
Lewat malam tiba, di dukuh halaman. Alhamdulillah selamat perjalanan.
* Prangko = setem / dalam Bahasa Jepun setem adalah “kitte”.
Wednesday, September 14, 2011
Kiasan Sinkopasi....Memoir Luka Tadi
Sunday, September 11, 2011
Untukmu

Thursday, September 1, 2011
Eid
Masih ada ramai yang menanti hari lebaran dengan penuh kesukaran. Masih ramai yang menangisi di lebaran kerana perginya insan tersayang. Masih ada yang benar-benar dalam kedoifan makan dan minum biarpun akan tiba hari Eidfitri. Masih yang dijauh mahu pulang tapi terkudrat hanya rinduan. Masih ada yang anak-anaknya ramai menanti pakaian baru yang belum pasti mampu ditunaikan. Masih ada yang bersedih duka dek kerna apa yang ada hilang dalam tertikam. Masih ada yang bencikan hutang tapi terpaksa berhutang. Masih ada yang dihina kerna kekurangan warasan yang tidak diminta. Masih ada yang terpaksa memilih makanan lebihan orang-orang. Masih ada bersimpul siuh senyum dalam duka besar dipinggang.
Bersyukurlah pada Allah wahai yang sedikit senang, sederhana senang dan sangat mewah senang. Yakini boleh bergembira tapi alangkah manisnya kalau tersamping jua ingat masa pada yang masih-masih ada-ada itu. Selamat Menyambut EidFitr, Maaf Zahir dan Batin. Semoga semua ingat pada yang dalam masih kesusahan dan keperitan yang lain jua.
Mohon mohon mohon.