Monday, June 27, 2011

Menanti

Puas ku mencari, aku benar-benar mengharap akan tertemu kembali. Sejak malam sebelum siang tadi, aku merata jejaki, cuba ingat kembali sebelum detik kira berlakunya hilang ia. Aku ulang kembali ke rumah KA, rumah SG, ke sekolah di tapak hari amal tempoh hari, Restoren Pak Ngadino dan juga sudah puas banyak intai-intai di celah dalam badan kancil 660. Tapi semuanya hampa dan tiada.

Ya Allah, tunaikanlah hajat ku dalam sunat hajat di malam ini, maqbulkan lah doa hamba daif lemah ini. Aku benar-benar rindu pada Qur'an kecil keramat itu, yang benar-benar aku sayang nan cinta. Entah di mana aku tercicir. Rindu kitab kecil ku itu, yang telah sangat lama menjadi teman hingga ke Sakuragaoka dulu, tapi kini entah di mana.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha tahu isi teras qalbu ini.


*Seingat minda, kali terakhir dalam kocek sebelah kanan malam itu ke warung Pak Ngadino, sebelum ke rumah KA dan rumah SG, dan esoknya awal pagi ke program hari amal. Atau mungkinkah, takdir menetapkan ku perlu beli baru ? Aku pasrah dengan penuh berserah dan dengan segala ketentuan dari yang sangat Maha Maha Maha Kuasa.

3 comments:

Anonymous said...

Sesuatu barang yang hilang, kadang2 bukan harga nak beli baru yang kita terkilan tapi kenangan bersamanya yang mahal.

Mudah2an jumpa kembali quran kecil tu.

Pn Kartini said...

InsyaAllah...selagi ada 'jodoh' dan rezekinya...insyaAllah..ketemu jua nanti...:)
Namun andai sebaliknya..mungkin itu ketetapanNya yang mungkin ia bukan lagi menjadi hak milik kita

Namun akak harap..quran kesayangan dijumpai nanti..InsyaAllah..:)

Cikgu Zam said...

salam Kunang-kunang,
Terima kasih doa dari puan. Akhirnya jumpa kembali. Keajaiban berkalu, Alhamdulillah.. Syukurrrrrrrrrrrr sangat2.

salam Pn Kartini,
Terima kasih juga kerana turut serta sama dalam mendoakan. Akhirnya bertemu kembali dan ada "jodoh". Alhamdulillahhh.....