Sunday, May 1, 2011

Unggun Api Madu

Jangan ditanya mengapa unggun api madu malam itu sangat istimewa. Di puncak bukit mendatar, berhimpunya watak-watak Husnul Qalbi bakal peneraju kelongsong ilmiah yang berjiwa amanatun.


Tiada yang paling percik perasaan nikmat dingin dalam jiwa melainkan dapat melihat gembiranya suasana ceria terpamir dari raut wajah-wajah mereka…….mereka berkata-kata sambil melaku kerja bersama, mereka bersuka ria, mereka ketawa, mereka berbual indah tentang masa depan dan mereka terus dengan gelagat terjaga positif mereka. Petangnya, di saat penghujung mentari mula menjadi malu dan mahu menyimpan diri, datangnya malam berunggung api madu setelah semua selesai solat di surau bukit lapang itu jelas menggambarceritakan bahawa makna ukhwah itu amat penting disamping kami saling berpesan dan mendalami lagi apa itu makna masa depan yang asas. Unggun api madu di bawah sepohon flora itu juga menjadi saksi keramat apa itu makna perlunya berdoa untuk semua, pentingnya berjaya itu ramai penglibatannya. Kerana unggun api madu telah mendengar bahawa kenapa susahnya hidup kalau sikitnya orang berjaya.


Terima kasih wahai si unggun api madu yang menemani kami-kami dalam sebuah kisah cerita ukhwah di penghujung bab yang berironi ini.

3 comments:

Damia Syaza (Iqah) said...

Wah,, ayat sangat puitis.. boleh jadi pengganti A.Samad Said.. suka baca.. Nice entry.. Semoga berjaya dalam semua lapangan kehidupan dan menjadi guru cemerlang yang mendidik bukan sekadar kata di mulut tetapi mendidik dengan hati...

Cikli said...

baca sambil ternganga...

Cikguzam said...

Salam Damia Syaza (Iqah)
Thanksss kerana melawat ke sini. Saya ni ilmu tiada sangat, sekadar menulis untuk berkongsi kepada yang membaca,... Good luck too.

Salam Cikli,
Jangan ternganga Tuan, bahaya hehehehe. Maafa agak kesibukan baru-baru ni tak sempat nak menyinggah di laman tuan. Genkide...!!!