Wednesday, May 4, 2011

Andrew

Alhamdulillah dan aku mampu senyum kerana niatku dimakbulkan. Aku memandang langit jauh nan tinggi…..aku melukis petah-petah kata Qalbu “ukhwah dan persahabatan demi saling hormati” dengan beberapa titis air mata muda. Selamat merenung dan menimba lumut putih di lantai kisah ini.


Masjid senibina Turki, Yoyogi Uehara Tokyo, Japan menjadi saksi, sebuah lampiran cerita dua sahabat berlainan agama, budaya dan topografi antara Negara. Diceritakan sebuah kisah benar oleh pemilik Sesumur Sawah Di Landang. Kisah menghadiahkan pandangan pertama buat Andrew menatap dirgahayu Masjid Yoyogi Uehara dalam Ramadhan lalu.


Andrew adalah antara sahabat sekuliah di Jepun, kami mengambil beberapa kursus yang sama dan tinggal di apartment yang sama. Tidak dinafikan, biarpun kami berlainan agama tetapi Andrew sentiasa hormat Islam ku. Kesudian Andrew bersama-sama aku ke beberapa singgah sana di satu musim itu adalah antara cerita persahabatan aku dan Andrew. Biarpun aku pernah menolak beberapa ajakannya untuk minum arak, sake, beer dan berpesta, tetapi Andrew tidak ambil hati dan setelah aku alaskan dengan sebab batasan ku sebagai muslim, nampaknya Andrew faham dan hormat.


Ramadhan itu…. Yang kebiasaannya keseorangan aku mengayuh jitensya dan menaiki keretapi setiap hari untuk breakfasting di Masjid Camii Turki, Yoyogi Uehara, Tokyo. Yang suatu ketika aku mempelawa Andrew untuk ke masjid itu, yang ku jemput untuk sama-sama menikmati juadah berbuka puasa bersama muslim di sana, yang ku nyatakan dalam bentuk imbuhan kata pengalaman untuk kamu melihat suasana muslim berbuka puasa dan menunaikan ibadah bersama (Jamaah). Andrew pada mulanya segan dan malu, takut katanya….. “Ropizam-san, is it really ok non-muslin like me go to mosque and anter the mosque?????” tanya Andrew. Setelah aku meyakinkan bahawa tiada masalah untuk itu dan kami sentiasa mempelawa bangsa beragama lain untuk mengunjungi dan melawat masjid asalkan mengikut adab dan tatatertib untuk masuk ke dalam masjid. Berkebetulan juga dengan persediaan pihak masjid itu yang mengeluarkan iklan menjemput masyarakat bukan Islam di Jepun untuk turut serta merasai pengalaman berbuka puasa bersama orang Islam, maka menguatkan lagi semangat ku untuk menjemput dan membawa Andrew.


Dan akhirnya, Andrew setuju. Andrew mahu ikuti ku ke destinasi Yoyogi Uehara itu. Alhamdulillah dan aku mampu senyum kerana niatku dimakbulkan. Aku memandang langit jauh nan tinggi…..aku melukis perkataan “ukhwah dan persahabatan demi saling hormati” dengan beberapa titis air mata muda. Aku petang asar itu mengayuh jitensya bersama Andrew ke Eki train. Kami bersama menaiki Odakyu Ekspress Train dari Kyodo Eki menghala ke destinasi itu.


Aku gembira dapat membawa Andrew ke masjid itu, makan bersama aku dan muslim yang lain, Akhirnya, Andrew telah berpengalaman menikmati juadah berbuka puasa. Di saat mahu kami menunaikan solat berjemaah dalam masjid itu, Andrew turut ku jemput ke dalam dan duduk di belakang, dan aku sempat mengilas toleh ke arah Andrew….. Andrew turut masuk ke dalam masjid tetapi duduk di belakang, melihat pandang kami, menoleh kanan dan kiri mendongak ke atas ratapi bentuk kubah di dalam dan sekadar diam. Kata-kata Andrew pada ku di saat pulang dari masjid itu…. “Ropizam-san, this is my first time visit Mosque and anter inside the real mosque, that’s my friend because of willing invite me and make me experienced about that”.


Aku hanya senyum, dan hanya mampu melukis satu rasa lagi dalam hati.. Masjid Camii Yoyogi Uehara, Tokyo semestinya meninggalkan banyak lagi faharasat rahsia yang akan ku bongkar. Kisah antara temunya gharib yang mulus.


5 comments:

Makcikmanggis said...

Terkenang kembali bagaimana kami suami isteri selalu menerima tetamu yang belum muslim ketika awal perkahwinan kami dulu..jemput datang kerumah,makan-makan....bawa mereka ke masjid dan ada diantaranya telah memeluk islam.Alhamdulillah.

Sekarang telah ada tempat iaitu MACMA atau persatuan Cina Muslim Malaysia untuk didatangi mereka yang berminat dan ingin mendalamai islam.Alhamdulillah.sila lah kunjungi pejabat Macma di bangunan Perkim jalan Ipoh.ada kelas pengajian islam.

Lana~Bulu said...

Moga hidayah NYA akan bersama kawan cikgu tu...forever bersama kita semuanya...

werdah said...

Assalamu'alaikum cikguzam

Semoga dibukakan pintu hidayah buat Andrew.

Cikli said...

ropizam-san,
terima kasih kerana menunjukkan keindahan Islam kepada andrew-san.

bawa dia tengok masjid di malaysia pulak. kalau dia ragu-ragu, katakan,
andrew-san, as long as you are not a dap member, it's ok.

zaty luvlianncezzz said...

islam..sgt indah. moga suma yg belom dpt hidayah iberikan petunjuk

Mari menghayati di cni
mentua vs menantu