Saturday, April 23, 2011

Sejuk

Usah dipotong tali pada perahu cantik baik yang telah diikat berlabuh. Biarkan perahu cantik baik selesa berehat bersama pendayung Ala Syatil’il Bahri. Selamat tinggal Jaziratun sejuk bersama senyum tawa pepasir dan jirusan salju Maujatun. Berlembut bayulah wahai Maujatun. Kamu cukup dan amat sejuk.

5 comments:

Cikli said...

ini bahasa berbunga sakura berceri blossom bersalju fujiyama berelektronik akibahara

Cikli said...

ini bahasa berbunga sakura berceri blossom bersalju fujiyama berelektronik akibahara

cikmanggis said...

bahasa yang sungguh indah lagi puitis..terbit dari hati yang lembut,ikhlas dan penuh dengan rasa kasih sayang.

Terkenang zaman makcik muda-muda dulu dapat menghasilkan puisi yang indah-indah..tapi sekarang tiada lagi..ditelan dek usia tua..semoga anakanda Zam terus berkarya dan berkarya...

Abd Razak said...

Salam...

Sudah lama saya tidak singgah di sini...musim bunga sudah berlalu ker

Cikguzam said...

salam Cikli,
Thankas tuan telah mengamitkan memori lalu saya bersama cherry blossom itu di lapang sakura indah Nihon. Terkenang jua saat menjejaki Fujiyama dan masih terbayang-bayang suasana berelektronik di akihabara, tokyo.
Kisah "sejuk" itu ada satu maksud tersirat dalam yang cukup menyentuh jiwa........ terkenang dan terkenang. Ia mungkin satu pertemuan yang tak mampu dikali kedua kan.

salam cikmanggis,
Apa khabar makcik sekarang? Sudah pasti pengalaman yang luas makcik dalam menulis sangat hebat dan tak mampu saya tandingi. Saya yakin dan percaya, menulis mampu menyedarkan diri kita tentang di mana kita dan sejauh mana ingatan kita buat diri dan insan lain.

Salam Abd Razak,
Apa khabar tuan sekarang? Harap tuan sekeluarga sentiasa sihat walafiat dalm redha Illahi. Musim bunga sudah berlalu, tetapi "musim bunga lain" sedang hampiri dekati. Sangat mengharap petunjuk dari Illahi dalam meneliti musim bunga yang paling memberi erti.