Friday, February 11, 2011

Masih

Masih tentang mata dan dalam mindanya. Kesinangsambungan entry dua dibawah lagi. Dan masih lagi SSDL menulis tentang dia. Dia yang saya sahabati. Hari ini, Jumaat sebelasfebduaribusebelas tadi, jam 7.30 pagi saya bawa nya ke Hospital Serdang. Menemani dan bawa si dia untuk menjalani rawatan pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Setelah selesai MRI dan beberapa rawatan lain, saya juga berjumpa medical doctor itu untuk berbincang sedikit. Kata Dr. Ho, beliau kini sedang berbincang dengan pihak Hospital Kuala Lumpur tentang keputusan terbaru MRI dan mereka akan putuskan tarikh terhadap operate yang akan dilaksanakan. Dan kami berbincang beberapa perkara lain sedikit lagi yang melibatkan pengajian sahabat saya ini. Lebih kurang jam sebelas pagi, kami keluar dari hospital dan terus pulang. Dalam perjalanan pulang saya bercakap beberapa perkara kepada si dia di dalam sang kancil tua setia,antaranya ialah “Man, buat masa ini , aku mahu kau letakkan satu perkara dalam minda, iaitu sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia untuk rawatan hebat itu demi masa depan, pada hari ini, rawatan secepat mungkin adalah perkara utama, pengajian juga perkara utama tetapi persaingan dengan rawatan memerlukan pengajian ke tepi sekejap, bukan lama”. Ya Allah, aku hamba Mu yang sanga lemah, lemahnya diriku tersangatlah daif,. Hanya padaMu aku berserah..seserah serahnyaaaa – coret dilubuk hati wangian Jumaat ini.



HOSPITAL SERDANG JAM 11.10 PAGI 11/2/2011




4 comments:

Cikli said...

cikgu,

ente seorang sahabat yang baik. sahabati.
semoga Allah murahkan rezeki cikgu.

Pn Kartini said...

Salam..

Syukur kerana anda semmgnya sahabat yang baik & prihatin...

Maaf lama tidak menziarahi ke sini..:)Banyak tertinggal cerita dan kisah
Dalam apa jua..
Moga dipermudahkan segalaNya..

cikmanggis said...

beruntung kerana mempunyai sahabat seperti Zam..sahabat ketika susah bukan senang di cari.Semoga akan dipermudahkanNya

ummu said...

assalamualaikum saudara
semoga Allah memudahkan urusanmu
"berat mata memandang
berat lagu bahu memikul"
dan sahabat sejati,
sahabat yang bersama ketika susah,
ketika memerlukan teguran, bimbingan dan doa...di situlah erti persahabatan sejati.
moga ada sinar dalam hidup kita...selamanya.