Sunday, January 23, 2011

Terbit

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah….
Tanggal 19 Januari 2011 lalu, perbincangan Ilmiah dengan Ilmuan itu sangat memberangsangkan dan dengan harapan menjadikan SSDL insan yang lebih bersyukur. Pada hari yang sama, penulisan draf jurnal awal dilakukan sebagai momentum usul sentuhan pertama dalam panghasilan sebuah buku. Ya, satu bidang baru yang SSDL ceburi kini sebagai langkah tambahan koleksi pendekatan menyebarkan ilmu kepada bangsa cinta pertama. Memandangkan kesibukan dalam tugasan wajib laku-ku-buat-dulu, maka SSDL telah ukir papan target yang dirancang adalah sebelum Disember 2011, dokumen ilmiah itu akan diterbitkan, InsyaAllah, Amin Amin Amin. Ini adalah sasaran tajam. Antara matlamat kasar, penulisan kreatif merupakan impian, dan pengolahan penceritaan pengalaman kembara solo ke bumi Nihon akan diaduk-olah-dan diterjemahkan dalam konteks dan konsep berbentuk motivasi berserta ditemani teori-teori related. Niat bersulamkan hajat cukup mudah, iaitu dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran motivasi, keyakinan dan kejelikan cara berfikir muda-mudi dan extra fokus untuk memartabatkan populasi masyarakat di pedalaman terutamanya yang berada dalam kategori SES (Sosio Ekonomi Status) rendah. SSDL juga akan mencari penaja yang mana kita juga menanam impian untuk memberikan secara percuma kepada mereka yang berada di tahap SES rendah ini. Biar mereka gembira, berilmu dan masing-masing kita ubah dunia yang harmoni ini bertambah nikmat kita rasa benar-benar sifat harmoninya. Dikala detik hati rasa gembira, ikan dikali mungkin sudah tiada, tetapi kekatak masih melompat seperti sedia kala, bagi beburung yang sayapnya sempurna sudah pasti tiada masalah mahu terbang ke mana, tetapi bagaimana pula sang gajah yang besar telinganya tapi sudah rosak system sound nya??? Yang pasti, anak itik gembira sekiranya tuan itik sudi sediakan kolam walaupun cetek untuk mereka bermain tatih belajar berenang. Kepada tetamu SSDL yang saya hormati dan kasihi sekalian, tak kira samada tetamu konkrit atau maya, mohon doakan impian usaha ini terlaksana dengan sebaik mungkin walau tidak sempurna. Sebagai insan yang sangat lemah, saya percaya bahawa, doa kalian yang budiman antara penyumbang nilai peratusan makna apa itu kejayaan. Itu saya iktiraf. Doomo Arigato Gozaimasu.

11 comments:

Anonymous said...

salam cikgu zam..
amboi cikgu, cukup ke minum tu, byk lagi nak ulangkaji tu.:)hehehe

ape2pun.sy doakan semoga cikgu zam berjaya melaksanakan azam baru cikgu zam tu..
gambateh!!

Anonymous said...

salam boh..tu dio cikgu..tok caro ko minum air doh kalu tengoh sedak duk ngaji gak...sedak gak piiiii

cikmanggis said...

bagus bagus..mula mula bertatih kemuadian berjalan perlahan lahan..bangun dan berlari lari anak...menuju cita cita dan azam.Selamat maju jaya:)

Cikli said...

subaretsu desu

Idalara said...

Assalamualikum..
muga cikgu Zam maju jaya dn hdup dlm keberkatan NYA.

hana said...

zam... akak suker tgk header baru ko tuh... sakura menggamit kenangan gtu! rasa nak menangis dah nih nak meninggalkan bumi sakura.... sob sob sob...

gud luck zam!

Werdah said...

Assalamu'alaikum cikguZam

Alhamdulillah, kerana dilorongkan usaha untuk menghasilkan buku.. pernah juga terlibat dalam penulisan buku teks.. pernah juga jadi editor.. cita-cita masih ada untuk menghasilkan buku tp tak bermula lagi.. sdgkn sudah senja.. apa-apapun makcik ucapkan semoga berjaya dan usah berhenti berusaha...

Solehah said...

harap usaha cikgu membuahkan hasil..amin..

Annur_syahmah said...

salam...wah..bags,1 langkah maju kehadapan..ana sokong 100%...yang penting2,xkira apepun,buku2 nanti,diskaun 50 pratus...(^^,),boleh tuan penulis?

asuhara sue said...

salam,
sensei, gambate ne!

Melatidaisy said...

salam cikgu zam,

good luck..semoga Allah merahmati usaha murni kamu :)