Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada adik perempuan ku yang baru sahaja melangsungkan maslis pernikahan dan kenduri pernikahan pada hari ini . Abang mu ini mohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama di hari berbahagia itu kerana berada sangat jauh dan tidak dapat pulang ke halaman kampung. Apapun, doa dari jauh ini semoga ada berkat dan kebahagiaan sentiasa mengiringi dan berkekalan hendaknya, Amin. Kepada Ayahanda dan Bonda, selamat menerima menantu baru, semoga kebahagiaan dan keceriaan didamping selalu. Anakanda di sini juga sentiasa mendoakan semoga ayahanda dan bonda sentiasa sihat walafiat, Amin, Amin,Amin. Justeru itu memandangkan diri tidak dapat menjamah gulai yang sudah pasti nya sedap di kampung nun di sana, maka ku telah pun naik train berjauh perjalanan pergi membeli daging kambing halal frozen food (lepas solat jumaat) di shin okubo dan ku bawa pulang, maka hari ini diri masak kerutut kambing dan sedikit kuih idaman, heheeheh. Hidup ini kita mesti pandai men"deria-ceria"kan diri dan memeriahkan suasana untuk diri kita dan orang lain. Kyou, nihonggo ga, benkyo shite orimasu kara, honno sukoshi wa, gambbate ne.....!!! Wassalam.
13 comments:
salam..
selamat pengantin baru buat adik cikgu zam, smoga bahagia dan berkekalan hingga ke syurga..
wah..pandai nye masak kerutuk daging.. cikgu zam mmg hebat di dapur..tahniah :))
Salam..
Mesti sedih krn tak dpt menghadiri majlis tu kan. Lepas ni boleh la cikgu zam masak kerutuk daging dan rendang pedas rusa utk majlis perkahwinan cikgu zam sendiri..
Selamat penganting baru utk adik cikgu zam, semoga berbahagia hingga akhir hayat.
salam melatidaisy,
eh takde lah, saya biase je lahh, tak pandai sgt pun, syerrdikit-syerrrdikit shj, hehhe
salam shaniza,
hahhaha, biase lah tu kan, saya lambat lg kut nak nikah nye , tak tau bile lgi, study pun belum abis lagi haa
salam ziarah dan salam perkenalan :)
wah3 terer2 masak, bleh blaja ni...
eerrr kerutuk daging tu mende?
fuyohh, nihongo hanashimasu.. ehehe..
teringat ada youtube pak arab kecek kelate tewww.. uhuks
salam zam..selamat pengantin baru buat adik zam ya..wah bagusnya anak bujang ni pandai masak kerutub kelantan ...dah lama makcik tak masak kerutub ni...
selamat pengantin buat adik cikgu zam.sabar ye cikgu zam tak dpt tgk real , tgk gbr pun ok la kan.
ehemmm..dasyat ar cikgu zam masak ketutub daging tu,betul ke ni??hehehe.jangan ckp rempah segera dh la ye..
salam hasrul nizam,
haaaa???? tak pernak mkan ke kerutut gtu, ish ish ish keseiannn, welcome to kelantan ye, ahak2 ahakss.
salam en_me
terima kasih kerana sudi melawat laman SSDL,. wou anda juga boleh bercakap bahasa jepun ye?
salam cikmanggis,
masak ala ala bujang je makcik, hahah, belajar dari bonda semasa di laman kampung
salam Dahlia, ishh mesti laaaa rempah asli, hahahah.
slmt pngtin baru jg kat adik tu...
msti sdih jgk sbb abgnya xdpt pulang,..
doa ajela yg tbaik.
laaa.. langkah bendul.. abang dapat sepersalinan tak? hehe.. selamat berjaya dalam urusan anda encik.. :D
salam CikTi,
emm sedih la jugak, berdoa je lahhhh kan, yg terbaik,
salam laki cikgu kimia,
hahhaha, saya tak kisah, no problem, tk berkira pun, hahahha, tak sabar nak tiba time saya lak, ishhh ishhh ishhhhh, entah bile, huhuhuhuhuh
samekom
mcm penah nampak je kuih gelang tue..
tp kat mane ek..:-)
salamu cikgu zam, adik demo nikoh do ko xoyak pun kawe..kalu x leh jd ngapit adk demo..huhuhu
Post a Comment