Saturday, May 29, 2010

Pecutan Lejang Manusia

Assalamualikum dan salam siraman senyuman.

Cabaran baru mendatang, memerlukan kekuatan ketajaman minda dan "kesusilaan" pemikiran yang disusun dan dirancang dengan lebih konsisten. Diri bagaikan sedang membuat pecutan yang memerlukan kudrat dikerah untuk sama-sama berlari seperti mereka, apabila diri makin hampir dekat dengan mereka yang hanya berlari anak sahaja, mereka akan membuat sedikit kelajuan larian dan mereka masih di depan, sedangkan diri masih perlu terus membuat pecutan untuk terus memberi saingan, kalau diri perlahankan pecutan, maka akan jauh ketinggalan. Begitulah perbezaan diri yang hanya memulakan "penjiwaan nihonngo di sini" berbanding mereka yang sudah "mentelaah nihonggo di laman mereka beberapa tahun yang sudah sebelum berjinak di negara matahari terbit" tetapi kami ditempatkan di kuliah dan level yang sama "di sini". Sedikit gangguan kesihatan baru-baru ini (Ujian Allah) membuatkan pecutanku sedikit terpaksa dikurangkan kelajuan. Alhamdulillah kini badan sudah sihat dan pulih. Maka diri hanya tiada pilihan, selain memecut dan terus memecut, walau lelah, walau letih, pecutan terus akan dilakukan. Yang penting "trek" sentiasa ada.

8 comments:

Azian said...

Salam Cikgu Zam,
Semuga sudah sihat sepenuhnya.Begitulah lumrah alam untuk berjaya.Diharap dapat memecut setara mereka dan sekalipun belum mampu menggapai mereka, anda tidak tertinggal jauh.Selamat berusaha!

melatidaisy said...

salam alaik..

teruskan pecutan bersematkan azam dan brpayungkan doa kehadratNya sentiasa :)

cikTi said...

salam..


lama x intai blog ckgu..
lama x bkak blog..


mcm mana kt jpon?
abg cikti pon stdy kt sane gk..

CIKGU ZAM said...

salam Azian,
Alhamdulillah dah agak sihat 98 %. saya akan cuba pecut gak dan hajat nye nak potong suatu hari nanti.

Salam melatidaisy,
InsyaAllah, saya kan teruskan perjuagan ini, terima kasih doa saudari melati.

salam cikti,
Oyha ka? sedang belajar sekarang atau sudah abis? tinggal di kawasan mane?. saya Alhamdulillah ok

laki cikgu kimia said...

keep on track cikgu!

semiey said...

salam cikgu
apo cito jepun loni cuaca molek ko.....pecut sedak gak pi...

Dahlia Nawi said...

salam...
pecut di landasan yang betul, teruskan usaha jgn rebah di tengah2. klu dahaga minum air 100 plus, byk elektrolit tuk bekalkan tenaga yg hilang.

melatidaisy said...

salam alaik cikgu zam,

jemput dtg ambil award d blog sy ya :)