Friday, November 23, 2012

Inoru Untuk Palestin

Biarpun genjatan bedilan kini berjaya dihentikan, namum kita masih diunggun cemburu busuk hati mereka yang mahu menghancurkan Islam dan Palestin. 

Kini semoga umat Islam sepelusok dunia terus usaha dan berpulun doa-doa. Bukanlah hanya sekadar mogok sana sini, demonstra rata ratus tapi harus disulami dengan sentiasa sunat hajat buat mereka siang dan malam dan jalani kehidupan yang menonjolkan prihatin
asli fahami mereka. Bukan sedih menangis dari jauh tapi kita di sini perkara asas ugama pun dibuat mainmain. Ada juga yang sangat hebat gaya memartabatkan Islam dan Palestin, tapi solat lima yang asas wajib ditinggal abai. Ini terkadang kita sedih. 

Sebenarnya, kita dibimbangi serangan kembali "sekejap lagi". Terkedu kah lagi tangis anak kecil berlumur hemoglobin merah itu....?

Wednesday, October 17, 2012

Jiran

Terima kasih jiran-jiran dari pelbagai sudut. Dekat, separa dekat, sedikit jauh dan agak jauh. 

Ada yang datang bawa kek coklat, ada yang beri mangga lemak, ada yang sampaikan pisang tanduk, ada yang beri sup ayam kampung, daging Payau dan sebagainya. Kekadang berbekal dan berkelah di pantai. Semua baik-baik belaka. Dan sebab itu antara sebab kenapa saya memecut laju pulang ke rumah dari pekan pabila mereka menelefon mahu ke rumah untuk minta tolong sembelihkan ayam kampung. Myzaujah turut gembira.

Monday, October 15, 2012

Di Beranda Surau

Akhirnya kesan najis dan darah anjing itu disamak jua setelah beberapa kali "berperang" untuk menggapainya. Bukan senang bila "dilarang dan diganggu". Semoga 1 air tanah dan 6 air mutlak semalam menjadi pemangkin kepada perkembangan baru di situ. Amin.

Wednesday, October 10, 2012

Cinta An-Nahl @ Mitsubachi

Cinta An-Nahl sejak 2010 yang subur kian berjangkit. Biarpun ia berputik setelah sakura berlalu pergi pada ketika itu, namun ia sudah cukup ditatang hati setelah 2 ayat An-Nahl terpugau di hati ketika meronda Kota Yokohama. Segalanya dicatat cermat persetua itu. 

Kini, di saat terus mahu mendalami tentang uniknya mitsubachi sehingga Yang Maha Esa perkenankan dua ayat tentangnya pada siri 68 dan 69 An-Nahl, saya yang gemar akan menuturkan beberapa keajaiban mitsubachi dalam mana-mana ceramah atau tazkirah yang disampaikan, bagaikan Allah membuka satu lembaran baru bila satu kotoba jemputan yang diterima. Ia tentang persidangan Mitsubachi AAA Conference (Scientific Asian Bee Conference) yang dilangsungkan di TeganuDemo. Namun, air mata sedikit sedih kerna tidak mendapat pelepasan untuk pulang terbang hadir persidangan ini. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini dan semoga Allah sentiasa perkenankan doa hamba lemah ini moga-moga dipermudahkan urusan mencari ilmu dan mahu berbakti bantu ini. Hatimahu akan terus memburu ilmu yang itu.

*Teringat kenangan@kinen no tame indah Allah temu kan dan jatuh hati pada dua ayat AnNahl itu semasa observation hujung musim di Yokohama dulu.


Tuesday, September 18, 2012

Ralik-Ralik

Dulu ada orang terpempan. Kini ada hamba terpisat-pisat bebola mata. Biar apa pun, adakah sedikit sinar ruang yang diminta mendamba-damba siang dan malam agar dimudahkan sedikit urusan bersama pakej  agama dalam berbakti yang sentiasa dimohon makbulkan. 

Untuk Sarawakian...kian baik-baik. Disaat pernah rasa kecewa dek disalah tafsir anggap minggu pertama, kemudianya seterusnya dipandang serong oleh sedikit oportunis, kini ada lega-lega sedikit. Semoga usaha dari air mata biru hijau kuning merah putih ini dierti tanpa cuai. Ingin ku mencurah bakti ke mangkuk berdinding epidermis kesat.....kapilari dalamnya bersalur licin. Semoga menunggan "ralik-ralik" petang 2 minggu sudah jadi air nyata.

Monday, August 27, 2012

Kemalangan @ Kootsuu Jiko

Suaranya dalam bualan selepas kejadian, sungguh sedih, suara bersulam air kelopak mata. Kejadian pagi tadi semasa hendak ke tempat kerja. Alhamdulillah kecederaan sakitnya agak terkawal, biarpun gambar yang dihantar menunjukkan beberapa luka dan lebam kelihatan. Kawan zaujah pula masih lagi ditahan di ward dan seperti "lupa dan tidak ingat" banyak perkara yang past tense.

Terasa mahu ku pulang bertemu kembali isteri biarpun baru semalam kami bersulam lambai di terbangan lapang. Baru sahaja Zaujah tersayang menemani di Airport kelmarin. Masih segar lambaian kasih sayang dan 3 kucupan istimewa sebelum berangkat terbang. Hati suami ini rela berhabis untuk zaujah dan keluarga, namun zaujah melarang aku terbang pulang kerana katanya "sayang semakin baik".

Semoga myzaujah cepat sepenuhnya sembuh dari kootsuu jiko langgar lari itu. Dikaulah zaujah tabah, dikaulah zaujah setiaikhlasjujur, dikaulah zaujah solehah,dikaulah zaujah baik lembut, dikaulah zaujah srikandi surihati, dikaulah yang ku dambakan dalam doa-doa mainichi ku, dikaulah zaujah yang sentiasa di taman hati. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, permudahkanlah segala urusan dan tunaikanlah hajat ku untuk membawa Zaujah ku ke mari sedikit masa lagi agar bisa ku menjaganya dengan baik dan kurniakanlah keberkatan kepada kami dan keluarga, Ameen.

*Termenung luahannya dari jauh....kepedihan luka ketika wuduk menyentuh epidermis kulit, sakit-sakit dan hanya bersolat secara duduk buat masa ini. Myzaujah no tame ni, inoru. Aishiteru...!!!. 

* Menjadi pendidik di sini pula sungguh penuh dugaan dan cabaran, sukarnya ingin menjadi pendidik akademik dalam masa yang sama mahu membantu muslim di sini, sungguh banyak cabaran dan dugaan, kekadang terpaksa makan hati sendiri, namun perlu tabah. Semoga Islam terus terpancar. Mungkin ada sebab mengapa aku dihantar kemari ke sini. Hanya Allah yang Maha Tahui.

Saturday, August 18, 2012

Eid, Zauj dan Zaujah

Beberapa kurang jam sebelum bertolak terbang untuk bertemu Isteri dan Keluarga tersayang. Segalanya kerana cinta salam penuh lebaran pada Eid kali ini. Tidak sabar rasanya. Terima kasih buat zaujah tersayang kerana sudi tunggu abang di dataran pendaratan. 

Kepada yang Miskin dan Dhoif, kita adalah sama serupa. Saya dan Zaujah akan sentiasa mendoakan kalian. Semoga Allah sentiasa bersama kita, bersama berbondong hikmat-hikmah berkat dalam kita melayari tanggungjawab di alam ini. Akan sentiasa hati ini bersama memartabatkan insan malang dan yang kurang bernasib baik. 

Ya Rabb, aku hambaMu sangat bersyukur di atas kurniaanMu yang pelbagai kepada hambaMu. Aku bersyukur di atas mimpi-mimpi ilmiahmu yang sentiasa Engkau hadiahkan kepadaku dalam lena tidurku selari dengan doa yang sentiasa aku dambakan kepadaMu, aku bersyukur kerana Engkau memberikan rezeki di hamparan ini, yang merealisasikan  hasrat Zakatfitrah tanggungjawab suciku, pelbagai buah tangan buat Keluarga Tersayang dan juga dengan izinMu dapat ke belikan pakaian indah suci buat Zaujah tersayangku yang pastinya bakal membuatkan hati manja itu gembira, tersenyum dan bahagia. Ya Allah, sesungguhnya aku benar-benar mahu menjadi seorang Zauj yang sentiasa dapat melunaskan kasih sayang kepada Zaujah ku, romantik kan suasana aku dan dia sebagai suamisteri. Ya Allah kepadaMu aku memohon. Amin.....titik. 

Tuesday, August 7, 2012

MyZaujah

Dingin semalam membelek kotak es-em-es yang dihantar myzaujah. 

Katanya, "Abang, sayang tengok TV cerita resipi Sunnah...masak lempeng dengan susu kambing, lepas tu masak kari kambing guna susu kambing juga dan makan dengan lempeng tadi, mesti abang suka kan...",. Dari jauh lantas ku ukir senyum rindu buat myzaujah tersayang. Menghitung hari-hari didamba untuk pulang lagi.

Cantik-cantik Intan Baiduri, indah memanis lagi Intan Jauhari. Kita hanyalah  Khalifah jelata.

Saturday, August 4, 2012

Nomu Soya

Untuk hati mereka,dibawa pulang dan merasa semasa berbuka. Sempena dengan Bulan AlMubarak ini, satu amali Sains Pertanian tambahan dilaksanakan untuk mereka, menghasilkan nomu soya segar dari produk pertanian kacang soya. Semoga mereka gembira bersama hati-hati nurani lagi murni. 

Segalanya untuk menggembirakan hati kamu dengan amali tambahan ini. Tanoshikatta....!!!


 






Friday, July 27, 2012

Mula

Seakan tiada abar untuknya. Dengan rela hatinya tanpa disuruh, dia sudah mula berpuasa secara senyap tanpa pengetahuan keluarganya. Sungguh rasa terharu. "Takpalah awak cuba-cuba lah belajar berpuasa walaupun tanpa sahur dahulu, tidak mengapa untuk belajar. Awak makanlah sarapan pagi dan berpuasalah",celah ssdl. 

Harap suatu hari nanti dia akan memakai cerpu menyentuh wuduk.