Thursday, June 27, 2013

Rindu 1995

Mencoret kembali yang telah sekian lama ditinggalkan adalah tidak sesenang zaman aktif dahulu. Teknik dan lenggok kaedah cara. Ia tentang sabar, perihal wajib tekun tanpa rasa jemu dan praktis selalu.

Melebih lagi bila ada permintaan beberapa pihak tertentu mahu datang berguru ilmu. 

Kiranya tiada halangan, InsyaAllah hamba akan turutkan. Demi sebuah tanggungjawab untuk warga tuan dan puan. Ku jirus siram segarkan ilmu kenali 1995 dulu untuk membantu tunjuk ajar insan memerlu. Kerna kamu-kamu, ilmu ku terbongkok-bongkok tekun dahulu, kini bakal terabadi di sini.

Beribu hikmah dan rahsia jati diri terukir disebalik halusi kotoba warisan ini. Itu yang hamba dididik tekuni dulu-dulu, dan kini tiba masa untuk diwarisi buat kamu (setakat yang hamba tahu, kerna daif diri ini amatlah kurang ilmu).







1 comment:

tengku azri said...

chomey khat demo ...