Thursday, January 26, 2012

Kota Bharu

Malam-malam rehat seorang di penginapan Wisma Kafa, agak sedikit sunyi. Lantas kerapi keluar memandu melihat gelagat manusia pelbagai ragam bicara, singgah di warung minum dan lempar senyum pada yang memandang. Itu antara rutin malam-malam di Kota Bharu kini. Destinasi antara pilihan kerap, memandu perlahan ala-ala rileks di persekitaran Hospital Kubang Kerian. Kerna saya banyak kenangan dulu-dulu di sana, soal bicara bersama sang tua-tua dan muda separa, soal disapa dari belakang oleh kenalan lama seorang muslimah baik yang kini telah menjadi isteri solehah milik si suami bertuah, soal hilangnya tapak lama pasar malam yang dulunya menjanjikan Kuih Manja Berinti Kaya lazat, dan macam-macam lagi. Ramalan mungkin 5 bulan akan berKota Bharu di sini. Berakit-rakit ku dari Hulu ke mari, berenang-renang ku kerap tak menjadi….. BerKota-kota Bharu dahulu ku seorang di sini, kerna selepas ini ku mungkin ke lain destinasi.


Imbas. Ditakdirkan Januari 2012 dijodohkan untuk bersama sebuah NGO. Mungkin peluang untuk menabur bakti sebelum merubah destinasi atau meninggalkan pergi, agaknya selepas ini. Sehari selepas temu awal di Kota Bharu, esoknya Tan Sri Presiden mahu terus bertemu kembali, maka kudrat sangkancil tua dikerah lagi ke Kota dari jauh. Malamnya pulang memandu seorang ke jauh di lubuk kampung pedalaman bersama segulung tanggungjawab berharapan.


Tan Sri mahu teruna kampung ini memikul tanggungjawab untuk Berfikir, Merancang dan Follow-up Program Pembangunan persatuan sukan ini agar kita sama-sama kecapi manfaat baik untuk semua. Saya terima dengan penuh buka hati diatas tanggungjawab dan amanah ini. Sebagai ahli akademik, saya tidak boleh lari dari tunjang teras asal. Biarpun ditanggungjawabkan untuk plan pembangunan program sukan Bola Sepak, saya sentiasa alirkan irama itu bersama isi-isian akademik, manfaat untuk pelajar sekolah dan masyarakat. Alhamdulillah, Tan Sri terima plan dan paper saya dan ia diklasifikasikan untuk charity event kelak, InyaAllah.Jauh, dalam sudut hati…saya memasang impian yang ada tetap, biarpun gembeleng terkudrat di saraf memikir, hatimahu saya sentiasa ada yakin bahawa sukan mampu memupuk silaturahim jitu dan biarpun kekadang dilihat berdifat pelik, saya akan tetap mJustify Fullerancang pembangunan bola sepak yang seiring dengan pembanguan akademik, sekurang-kurangnya saya mahu buktikan bahawa kebajikan persatuan bola sepak mampu menyumbang kepada kebaikan untuk masyarakat.

Semoga hari-hari di Kota Bharu ini akan sentiasa terisi selagi khidmatku diperlukan di sini, sebelum bakal ku tinggal pergi.

2 comments:

tengku azri said...

nanti cek emel demo

kak ijan said...

Kemana agaknye cikgu nak pergi lepas ni ye? nak sambung belajar ke?