Saturday, April 2, 2011

Rajuk

Halal Food sangat susah juga, tidak tahu di mana mahu ku cari, teman masih tiada ketika itu, nak berbahasa tidak tahu dan hanya kamus teman aku. Ya, lantas aku merajuk. Merajuk pada diri ku sendiri kerana tiada tempat untuk ku mengadu. Rajuk di minggu-minggu awal di Nihon. Kerana ku merantau solo segala-galanya boleh dikatakan sendiri. Lebih kurang 3 hari pertama… asagohan (breakfast), hirugohan (lunch) dan bangohan (dinner) hanyalah ku ketip biskut, karipap mini dan minum Nescafe 3 in 1 n milo yang ku bawa dari Malaysia.


Begitulah pagi petang siang malam. Ditambah dengan stress untuk kuasai dgn cepat bahasa Jepun… bukanlah tugas mudah bagi aku si budak kampung. Intai website IPIJ dan cari maklumat makanan segera halal di Jepun dan aku jumpa sejenis roti yang genzairyou wa subete shoukubutstu desu (kandungan bahan buatan semua dari tumbuhan). Plastik bungkusan nya warna hijau. Dan aku terus berjalan kaki seorang diri di mata-mata Bandar Sakuragaoka Setagaya-ku Tokyo untuk mencari premis bersih itu yang menyediakan roti itu.


Alhamdulillah, aku jumpa dan aku gembira. Aku beli agak banyak, dan 3 hari berturut-turut juga boleh dikatakan aku beli dan makan roti itu. Ada juga saat sedih, aku merajuk tidak mahu pulang ke apartment, dan aku hanya beli roti si kulit hijau dan coffee drink tin itu dan aku hanya duduk di makmal computer di Jabatan dan berseorangan sehingga 1 am ku berlatih tatih asah asuh diri untuk bahasa nihon itu. Aduh, masih terbayang saat stress, letih dan perit sendiri itu.


8 comments:

Pn Kartini said...

Assalamualaikum:)
...kagum akak dengan kegigihan anak bangsa di rantau orang...
peritnya untuk sebuah kejayaan..namun bertemu manisnya bila membuahkan hasilnya...

:)syabas yaa:)

melatidaisy said...

salam alaik..

dan akhirnya "saat stress, letih dan perit sendiri itu" kini menjadi hadiah dan kenangan manis buat diri cikguzam kan :)

Cikli said...

kenangan stress boleh menghilangkan stress.

itu semangat anak melayu Islam. susah macam manapun, keredhaan Allah yang diutamakan.

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu zam......
Rajuk bkn sebarang rajuk tu....ia menciptakan kenangan yg bermakna apabila dikenang,kn..Apapun...syabas ....

azian said...

Tahniah kerana berjaya menggapai segala peluang yang ada termasuk rajuk itu...
Sesuatu yang tidak singgah pada diri setiap insan!

cikmanggis said...

satu pengalaman yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit atau emas permata.Semoga Zam lebih tabah untuk meneruskan perjuangan yg belum selesai..selamat maju jaya:)

Cikguzam said...

salam Pn.Kartini,
Wslm.......
Kita mungkin perlu bekorban utk berbakti. Sebenarnya nikmat rasa dihati klu kita dapat berbakti pada yang memerlukan. Ya, sekarang manis rs rajuk dulu.....

salam Melatidaisy,
Wslm,ya benar kata melati.....kini stress telah memberi seribu makna pada saya, wlpun perit tapi satu kisah yang berlaku pada diri yang saya hargai.

salam Cikli,
Pandai betul cikli mengungkap kan kata-kata. Semangat budaka kampung je saya ni hehehe. InsyaAllah keredhaan Allah diutamakan, Amin.

salam Anonymous,
Ya, mmg rajuk yang bukan sebarang rajuk, rajuk hanya pada diri sendiri ketika itu kerana tiada tempat nak mengadu.. Arigatou gozaimasu......

salam Kak Azian,
Sesuatu yang bermakna bagi saya setelah melalui nya dahulu. tapi pada masa itu peritnya sukar utk digambarkan..... segalanya tinggal kenangan.

salam cikmanggis,
terima kasih banyak2 doa dari makcik. InsyaAllah sama-sama kita berbakti dan menyumbang pada alam ini selagi diberikan peluang dan dihadiahkan ruang. Semoga makcik sentiasa sihat ya.

Anonymous said...

skrg dh x merajuk2 lagi,kn
ni kn Malaysia...he2..ape maksud arigatou gozaimasu tu....:-(.