Tuesday, March 22, 2011

Tsunami 2, Sotsugyoushiki wa chuushi desu

Sayu hati ku. Bila terima dan baca email-email luahan Nihonjin tentang gauman tsunami dan terjahan gempa totemo ooki itu. Walaupun kawasan Tokyo ku tiada dilibas ombak, tetapi hadirnya gegaran kuat dan hayunan goncang itu sudah cukup mencemaskan dan mentabur porak peranda kan barang-barang dalam rumah, tambah Furuta Wakako (Officer, Centre of International Programs, Tokyo University of Agriculture) lagi,peralatan rumahnya serta buku-buku jatuh bertaburan, terkeluar dari tingkap dan ada yang rosak dan musnah. Ungkap beliau lagi, mereka sangat terkejut dengan bencana tertimpa ini, dasyat, sayu dan sangat menyedihkan. Menurut Furuta san juga, hampir 20 000 orang sebanarnya yang mati dan masih hilang.

Prof.Dr. Akimi Fujimoto (Director of International Programs, TUA, CEO, Joetsu Tokyo Nodai, Inc.) menyatakan beliau sekeluarga selamat dari bencana dan dalam keadaan baik, hulurkan terima kasih di atas kesudian bertanyakan khabar beliau, walaupun dalam keadaan musibah berat ini tetapi beliau sangat bersemangat untuk membantu mangsa di bahagia utara Jepun dan memulihkan kembali keadaan kawasan Jepun yang rosak seterusnya kembali pada kehidupan normal masyarakat Jepun.

Bagi Hiroki Inaizumi (Inaizumi sesnsei- my supervisor in Japan), keluarga beliau juga dalam keadaan selamat dan beliau bersama sensei-sensei lain sedang mengenalpasti pelajar-pelajar daigaku (University) yang berada dalam kesusahan terutamnya yang berada di bahagian Tohoku. Sensei sangat bimbang dengan keadaan pelajar berkenaan. Sensei sangat bersemangat untuk bersama-sama bangunkan kawasan Japan yang musnah dan rosak. Sotsugyoushiki wa chuushi desu (Majlis konvokesyen terpaksa dibatalkan@tunda) berkebetulan dengan cuaca masih sangat sejuk. Inaizumi sensei menyatakan bahawa keluarga beliau semuanya selamat cuma mereka masih dalam keadaan bimbang dan mengharapkan doa dari kita semua untuk keselamatan mereka, menyatakan betapa mereka perlu kuat untuk saling menolong antara satu sama lain dan segera membangunkan kawasan yang musnah. Semangat mereka sangat kuat dan bermotivasi tinggi.

Dr. Mokoto Suzuki sensei yang mana semasa kejadian, beliau berada dalam flight dari Washington selama 8 hari kursus di sana dan semasa Tsunami dan earthquake berlaku flight yang dinaiki baru sahaja ingin landing di Narita Airport, Tokyo tetapi tidak dapat mendarat kerana gempa tersebut dan terpaksa mendarat di Haneda Airport. Beliau terus gegas diri pulang ke rumah mendapatkan ahli keluarga dan gembira serta lega semua ahli keluarganya selamat, mereka semua berkumpul dalam rumah dan tidak keluar ke mana-mana. Suasana di Tokyo tidak teruk sangat tetapi banyak juga kemusnahan kesan gempa yang berlaku. Aktiviti di University terpaksa dibatalkann dan ditunda buat sementara waktu.

Dr. Keiko Natsuaki sensei sangat bimbang dan terkejut dengan gempa bumi dan Tsunami yang berlaku, gegaran kuat memang sangat menakutkan beliau sekeluarga. Sensei sangat sedih melihat mereka yang kehilangan keluarga dan kawan-kawan. Sensei juga mengharapkan doa dari Cikguzam untuk bersama mendoakan kesejahteraan masyarakat Japan.

Dr. Takayoshi Sato sensei dengan lafaz setinggi penghargaan gembira juga dapat mendengar khabar zam, menyatakan Tokyo University of Agriculture dalam keadaaan Ok, Cuma juga bimbang kepada pelajar-pelajar yang berada di Tohoku region.

Bagi Shimizu Tomoko sensei dan Reiko Oba sensei (my sensei that teach me Japanese Language in Tokyo, Japan), keadaaan mereka sekeluarga semuanya selamat tapi dalam keadaan tidak berapa baik kehidupan seharian. Mana tidaknya, bekalan elektrik terpakasa dicatu buat sementara waktu, sangat-sangat perlu berjimat kerana banyak kerosakan berlaku pada atomic plant power, harga barang juga meningkat dengan mendadak dengan cepat dan sangat laris habis dijual, walaubagaimnapun sensei-sensei bahasa jepun ku ini juga menyatakan mereka tetap bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk terus berjuang dan membangunkan semula Jepun.

Ohh tidak..kebimbangan sahabatku seorang ini yang sangat baik dan sentisa ingin membawaku bersiar-siar di Nihon terutamanya di kawasan Kamakura, kebimbangan Daisuke Yamauchi sehingga dia menyatakan padaku bahawa beliau sebolehnya mahu keluar dari Jepun buat seketika. Sedikit trauma mungkin dengan sentuhan dasyat dari pemilik dunia. Daisuke mahu terus berhubung dengan ku, kami cuba berbual melalui Skype phone. Daisuke melahirkan perasaan sangat sedihnya melihat kawasan yang musnah dan kematian kumpulan yang dasyat itu. Walaubagaimanapun keluarga beliau selamat.

Tapi kenapa Horino dan Kanako menyepi langsung??????, Selamat kah mereka????, bagaimana keadaan mereka sekeluarga, aku…dan masih aku menunggu berita dari kamu-kamu.

Watashi wa subete no Nihonjin wa gaman suru koto o negatte imasu. Watashi-tachi wa anata ni shite iru. Wareware wa tsuneni anata no doryoku o shikkari sapōto. Subete no Nihonsei ni Genkide.!!!!!!!!

9 comments:

Cikli said...

semoga mereka selamat cikgu.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
cikgu adik gua selamat di jepun..tak mau balik pulak tu..banyak makan susi kot

cikmanggis said...

mudah-mudahan semuanya selamat.Kepada mereka yang kehilangan orang orang tersayang semoga tabah...tak dapat bayangkan jika iannya berlaku pada kita.....semoga dijauhkanNya.

Cikgu Zam said...

salam Cikli,
Dalam Islam, tiada salahnya kita sebagai umat Islam mendoakan pada mereka untuk kesejahteraan dan kehidupan yang lebih baik. mudah-mudahan mereka mendapat hidayah dan petunjuk, InsyaAllah. Bersama kita mendoakan pada mereka. "Kalaulah orang-orang bagus mereka bersama agama kita". Terima kasih setinggi penghargaan buat tuan kerana sudi setia bersama SSDl.

salam brutalsolo,
Firstly, selamat datang ke laman SSDL dan terima aksih kerana sudi singgah di sini. Emmmm........ rasanya saya fahah faham dan sangat faham kenapa adik saudara tak mau balik....... Ohya, sebenarnya keadaan di utara Jepun shj teruk dan tempat lain ok dan mcm biasa sahaja. Cuma sesetangah media shj yang kecoh lebih-lebih nak jual "produk" mereka...

salam cikmanggis,
Begitulah hendaknya makcik, sedih sebenrnya melihat keadaan mereka terutamanya yang kehilangan org tersayang. Tapi saya yakin mereka akan tabah dan sangat bermotivasi untuk teruskan hidup serta bangunkan semula kawasan yang dilanda bencana.

Anonymous said...

sama-samalah kita mendoakan agar mereka selamat...Hanya itu yang termampu...........

Pn Kartini said...

Assalamualaikum Ckg Zam:)

Bila pernah org berbaik dan berjasa dgn kita pastinya kita akan kenang biarpun bukan seagama...Moga mereka di sana tabah menghadapi bencana ini...

p/s: Bagaimana ya berita teman
ckg zam, Horino dan Kanako yaa?Harap mereka selamat..

kak su said...

salam
dalam tmpoh 2 3 bulan ni saja byk peristiwa buruk berlaku.jepun dilanda tsunami n gempa. sblum tu, new zealand..n now myanmar pulak.
dinegara arab esp libya bergolak & terus bergolak tiada kesudahan..

semoga dijadikan iktibar n teladan buat kita yg serba kekurangan n byk kelemhan..sesungguhnya jnji Allah swt itu benar..x akan lewat sesaat atau x akan cepat sesaat..

Cikgu Zam said...

salam Anonymous,
Doa dari Muslim sangat bermakna, usaha murni yang Allah nilai walaupun kita gagal dalam mendapat hasil adalah usaha yang "cerdik dan menggunakan jalan terbaik". InsyaAllah.

salam Puan Kartini, yang paling terharu adalah walaupun mereka tiada agama, tetapi sentiasa tanya tentang solat kita dan bimbang klu kita tertinggal solat kerana mereka...... Semoga Horino dan Kanako selamat......., Amin.

salam kak su,
Ya, benar...banyak dugaan dari Allah utk kita semua sebagai hambanya dan tempat persinggahan di dunia ini hanyalah sementara, bersama kita mencari redhanya, InsyaAllah, Amin.

najah hijriah said...

harap kwn cikgu zam sume ok kat sane tu... malapetaka yg maha dahsyat... tentu ade sebab musabab kenape sume ni berlaku... utk peringatan buat manusia..