Monday, March 7, 2011

Dimensi Rindu

Polarisasi hati mulus yang rasanya sudah berpaut dalam teras suri hati. Ya Allah, aku gembira dalam-dalam Qalbu pinjaman ini hakikat nikmat rasa restu rindu yang telah kau fitrahkan buat insani. Ya Rabb, sekiranya sekuntum bunga zaujah bakal diamanahkan padaku kelak hari, kurniakanlah srikandi solehah yang mana sejuknya hati ku nikmati dalam redhaMu, cerdik gaya fikirnya dan bonus mungkin kiranya kalau penyeyum manis pada zauj’ nya antara sumbangan impian hati mahu. Ya Allah, tanamkan lah benih rasa cinta yang suci bak lantaran kau berkati.

Ironinya, aku rasa sangat malu untuk melafazkan rasa rindu pada insan yang mungkin tidak tahu dia dirindu. Terdamba rindu di satu dimensi, dimensi yang bukan filkullimakan, dimensi yang tiada jatah.

Mungkinkah ia satu dimensi baru romantik cinta anugerahMu…..? Atau aku hanya percaya mimpi rindu dinihari subuh itu…..?

*jatah = kuota

8 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum cikguzam

Semoga dikurniakan pasangan yang akan memberikan sakinah, mawaddah dan rahmah buatmu.. amiin

Cikli said...

absence makes the heart grow ponder.
lafazkan sebelum terlambat.
michael learns to rock pun terlewat 25 minit sahaja. melepas dia.

Anonymous said...

salam cikgu zam...
sy ade dgr satu lagu yg slalu jgk lak dlm iklan tv..die kate..

"klu dh berkenan jangan tunggu lama2"cepatla jpa org tuanya.hahahha

CiK Nik @ keNek :) said...

waaa cikgu zam...
mcm dilambung lambung ombak rindu gayanye... :D

cikmanggis said...

wah hati zam telah dimiliki:)semoga dirahmati Allah hendaknya....

Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya “Wanita dikahwini kerana empat perkara:kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu beruntung dan berbahagia.

Cikgu Zam said...

salam makcik werdah,
Wslmm makcik, Terima kasih sangat doa makcik untuk saya. Saya harap impian tu menjadi kenyataan dan menjadiakn saya insan yang lebih bersyukur, Amin.

salam Cikli,
Betul tu cikli, tapi saya ni lelaki selagi ekonomi tak stabil dan mantap, mungkin sukar kut.... Apapun saya harap rezeki ada InsyaAllah dan doa kita dimakbulkan, Amin. Saya berhajat nak nikah sebelum umur 26 masuk. Maknanya sekitar umur 25 tahun la dan tak kisah 25 tahun berapa bulan pun, asalkan dalam 25 (sebelum masuk 26 tahun). nak ambil sunnah hajatnya. Tapi taktau la tercapai ke tidak sebab sekarang sedang menjalani 25 dah ni, tinggal lagi 5 bulan nak masuk 26 hehehheh. Tapi org tua-tua cakap klu nka jadi tu, sekelip mata boleh jadi kan, rezeki datang melimpah ruah dan boleh nikah dalam yang kita niat nak sunnah tu. So, harap ada keajaiban berlaku dalam tempoh 5 bulan lagi ni heheehhe. tapi klu terlepas takpelah, InsyaAllah ada hikmah yang besar dari Allah kan? (",)

salam Dahlia,
Emmmmm hajat dihati mmg nak cepat, tapi ada bebrapa kekangan yang masih perlu diberi perhatian, maklumat lanjut boleh baca pada respon saya utk cikli di atas. Terima kasih banyak2.

salam cik Nik @ kenek
heheheheheh, dan hehe. Ye sedang melambung -lambung rindu, tapi malu la jugak kan nak menyebut statement "rindu" pada insan tu hehehhe. Susah nak ckp malu yang macam mane.

salam cik manggis,
Terima kasih banyak2 ilmu yang makcik sharing tu. HAjatnye mcm tu lah makcik....impian yang mengunung dalam jiwa ketika ini. Dilamun lamun........

kak ijan said...

Salam cikgu,
Love is always inspiring... apa lagi cikgu... hehehhe :D

Anonymous said...

errmmm...alhamdulillah...sape la insan bertuah tuu.....