Tuesday, June 15, 2010

"Gurauan" Dakwat Merah Itu

Hari ini ke sebuah sekolah, melihat (observe) suasana pembelajaran pelajar sekolah di Nihon. Banyak perkara menarik yang ingin di kongsi. Kita fokus yang satu ini. Apabila aku memasuki dan "jenguk" ke dalam kelas kaligrafi tulisan kanji nihonggo, kelihatan semua pelajar diam tunduk senyap menumpu pada seni penulisan masing-masing. Di sebelah kanan mereka banyak susunan kertas berdakwat hitam tulisan yang ada sikit-sikit coretan tumpangan dakwat merah(hasil yang sudah kelihatan sempurna tetapi perlu dibaiki lagi-dakwat merah adalah pembetulan dari sensei(guru). Di sebelah kiri pula kertas hanya berdakwat hitam banyak dilipatkan (hasil yang siap tak jadi yang disedari oleh pelajar sendiri). Setiap pelajar menggunakan terlalu banyak kertas hanya untuk berlatih menyempurnakan seni tulisan kaligrafi mereka. Mereka tekun dan tumpu. Mereka tidak putus asa. Mereka senyap seribu bahasa dan hanya buat kerja. Satu ketika seorang pelajar yang kelihatan sudah yakin dengan hasilnya (setelah banyak kali diperbetulkan seni tulisannya) meluru dengan hasil barunya untuk di nilai sebelum dibenarkan meniru meloret yang lain pula, dia tampak yakin.,,kelihatan sensei sedang memeriksa, dan secara tiba-tiba si pelajar tekun itu tunduk kecewa lagi, kerana hasilnya kini hanya tercoret sedikit sahaja dakwah merah lagi, aku sempat jeling, hanya sedikit, dan dia pulang ke tempat nya dan terus capai kertas baru dan buat semula, dia masih tekun mahu hasilkan semula. Tunduk kecewa nya hanya di situ tadi sekejap sahaja, dia kembali dan terus membuat semula, tanpa rungutan. Mungkin mereka telah ditanam satu perasaan betapa penting nilai seni pada kaligrafi tulisan mereka dipelihara. Selamat berjaya wahai si anak mentah muda.

3 comments:

cikmanggis said...

begitulah sifat yang ditanam pada org jepun ni..tekun,tak main-main...cuba bandingkan dengan pelajar-pelajar kita hmm camana nak maju?selamat maju jaya zam:)

CIKGU ZAM said...

salam makcik,
thanks byk2 ye, selamat maju jaya juga utk makcik, dan yang penting adalah kesihatan.

Anonymous said...

setujuuuuuu..............