Tuesday, October 4, 2016

🌸 Mungkin

Mungkin,
Airmata adik Fatznie menangis didalam hati, walau diluar nampak sepi senyum lagi. Bersabarlah...... Allah mungkin menguji tanda sayang kamu. Doa cikgu tetap bersamamu.

Mungkin,
Salahudin kian bahagia nikmati hijrah ketentuan Illahi. Doa cikgu moga cekal jiwa kamu.

Indah kamu kamu, keagungan sabar kamu kamu..... adalah tumpang nikmat bagi cikgu. Tidak lebih dari itu. Dari jauh rinduku madu untukmu.

Sunday, September 25, 2016

🌸 Drama Kita

Lihat drama tv atau wayang cerita yang berepisod, 
Baru tonton beberapa episod awal dan pertengahan, kita sudah boleh buat ramalan kesudahan drama tersebut nanti bagaimana. Manusia bijak meramal berdasarkan petanda.

Begitu juga dengan kehidupan, gaya jalan cerita yang kita dipilih, sebenarnya sudah beri gambaran kesudahan cerita yang bagaimana akhir cerita kita. Unless "Tuan Director " ikhlas mahu ubah gaya demi lebih kebaikan dituai episod akhir cerita.

Nampak macam simple tapi hakikatnya multiple. Hati, sungguh kau warni warna. Ibn Qayyim kata, bicara makna hati ada tiga. Hati sihat, hati sakit dan hati mati.

Aduhai....rasa rindu pada era kecil-kecil dulu.

Wednesday, September 21, 2016

🌸 Konotasi

Sungguh ramai srikandi teristimewa yang amat sayang arjuna nya, namun menjadi penyumbang utama dosa kepada arjuna.

Aurat, kau mungkin siram insan tersayang dengan bisikan asap panas kepadanya. Jadi, apa makna istimewa arjuna dihatimu?

Arjuna? Jangan lega. Bahu memikul segala-gala. Titik!


Tuesday, September 20, 2016

🌸 Keretapi Talhah

"Ayah, abang nak naik ketoapi, alaaa buleh laaa.....", Talhah.
"Alaaa ayah.....jom laaa, abang nak naik ketoapi ni...jom laaa", sambung Talhah. 

Humairah tersengihh.....sambil kata.... "nak aik api, nk aik piii....."

Talhah semakin mengenali ketaapi, byk kali sebut nak naik ketaaapi......, tapi ayahnya selalu sibuk. Keluar pagi, balik malam hari. Kadang-kadang ada cuti. Kini cuti raya haji.

"Oklah.... esok ayah dan ummi bawa abang ngan adik naik ketoapi k..., kita ke Beaufort". Malam ni kena tidur awal, esok nok bangun awal lepas subuh nok naik ketoapi kan...


Talhah tersenyum. Malam itu Talhah banyak berangan....nak tidur pun susah dan gelisah. Mulut sentiasa sebut ketoapi...ketoapi....ketoapi.......

Sebelum terlelap lena, Talhah sempat senyum dan menyanyi.... "hang pi mana, nak pi mana..nak pi mana...hang pi mana nak pi mana nak pi mana" ..... Akhirnya Talhah tertidur dalam senyum trsimpul.

Alhamdulillah, mujur takdir ada keretapi.

Friday, May 1, 2015

🌸 Bakal Terlepas

September singgah, untuk mengundur diri. Oktober kemari, memadam memori ilusi. November di penghujung, melepaskan pergi. Terbang bersama propolis asli. Hati, kau salju waktu dinihari.

Friday, April 3, 2015

🌸 Tetap Rindu

Setelah lebih sembilah bait dinasihati secara qalbu empat mata redup, kelopaknya mengandung air jernih. Ia bergenang padat namun tidak luruh mudah. 

Rindu kepada yang telah berubah. Disambar kepada yang masih mengharap untuk berubah. Patik dengan sembah takzim merendah diri, mendoakan anda akan ubah, atau berubah atau terubah, atau diubah. Setidaknya, lebih baik dari sebelum. 

Cinta dan sayang kadang-kadang terputik walau tanpa amalan Teraputik. Titik...!

* Kazoku ni Assalam o otsutae kudasai / kazoku ni Assalam 
   (Sampaikan salam saya untuk keluarga anda)
  

Thursday, March 26, 2015

🌸 Tertukar

Sebelum kelmarin pena ku hanya berwarna hitam. Tidak terlukis wajah ceria pelangi. Ironinya, petang itu ia mengalir bertukar wajah. Ya, esok ingin ku cuba melukis pelangi muda.

Qalbu ikhlas Ayub hanya anggap ujian itu "hanya disinggahi", kerna malu kalau-kalau iman dihati terbelah bahagi dua per satu.

Friday, August 1, 2014

🌸 Maqasid

Sukarnya mencari, bidang nan labuh buat sekuntum Zaujah tabah. Hakikat mencari bidangan enampuluh di KotaTerbiru tidak sama senangnya di Kota Bharu. Kota wakaru Maqasid Syariah. Lantas, petang itu kelongsong dibuka, dan Syukur Talhah mula membisikkan bait tanggungjawab pada bakal adiknya. Ayahnya diam menatap bahagia, Si Sulung riang gurau Umminya. 

Kotoba kudus perantauan tidak pulang "Eidulfitri Omedetou Gozaimasu". Titik tertulis disebalik menunggu Janji KotaKufi yang entah bila, datang kemari.

Sunday, July 13, 2014

🌸 Bersamamu Kasih

Alhamdulillah. 
Agaknya hikmah besar apabila sejak Januari ditugaskan mengetuai dan mengendalikan Lembaga Disiplin serentak Penasihat Persatuan Pelajar Islam. Sibuk memang sibuk, ditambah lagi campur tugas hakiki lain-lain wajib. Telah memungkinkan perancangan dibuat bagi memastikan bukan sahaja mereka belajar, bahkan terdidik, dan menyusuri aspek kemenjadian sahsiah akhlak yang ideal. Usaha perlu diteruskan biar lemah mana pun kita. Hukum alam memang begitu. Ada kesenimbungannya.

InsyaAllah seksok-seksok zuriat generasi sendiri juga menjadi, Ameen. Lebih-lebih lagi bila qalbu bernurani ingin menjadikan semua itu berlaku dalam hobi roh kasih sayang, hobi penyayang dan hobi disayang. Berbekalkan didikan daripada Literasi Undang-Undang pelajar, tawaran kursus JAKIM tentang kursus Pengurusan Perkhidmatan Runding Cara Keluarga, dan Sijil Tinggi Kaunseling Syarie, hatimahu merebahkan kudrat diri bagi mengandalikan bantu. Hatimahu cuba menggabungkan semua aspek dalam menggarap usaha. 

Bila menggabungkan semua elemen, Hatimahu bagai dilema mengendalikan pelbagai kes ringan, sederhana, dan agak berat kerana semua itu ada pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai perkara terdidik diri hatimahu. Simpati dan Empati dengan masalah keluarga mereka, cabaran jiwa kita dan mereka,punca, faktor,motivasi, galakan, peluang dan ruang. Sesekali kita bersahaja, sesekali kita perlu tenang dan rehat, sesekali kita perlu fokus, sesekali kita perlu amat fokus, sesekali kita perlu cepat meligat. Bergantung kepada keadaan sesuatu perkara itu. Ada kala juga sesekali kita perlu jadi meticulous person. Seperti medical doctor, kalau tidak meticulous, niat merawat boleh tidak sengaja bertukar jadi pembunuh atau terbunuh.    
Hesh-Emm-Pi, Hentian Mukadimah Panjang.

Justeru itu, sempena Ramadhan Kareen, (Allahumma baarik lana fii Ramadhan) kami sedang anjurkan program Bersamamukasih, ingin menarik-narik tali perhatian kepada yang ingin bersama hatimahu dalam membantu golongan agak kurang bernasib baik di Miri, Sarawak, untuk sama-sama kita hulurkan bantuan (barang keperluan, makanan, wang, pakaian dan lain-lain). Perjalanan menjejaki golongan terlibat sedang giat dijalankan. Memang ada dikalangan rumah mereka amat jauh ke dalam hutan ladang. Menariknya, ada yang keluar dari rumah untuk ke sekolah sekitar jam 5 pagi untuk mengayuh basikal jauh dari dalam hutan/ bermotosikal pun ada, menyusuri jalan laluan gelap gelita untuk keluar ke jalan besar yang jauh, dan kemudian menaiki bas ke sekolah. 

Rumah mereka daif, kategori miskin dan sukar menghitung dari ruang mana pendapatan diperoleh. Mereka memerlukan sokongan kita-kita. Syukran jazilan kepada pihak yang sudah banyak menghulurkan bantuan pelbagai, dan sebenarnya sekarang kita masih mencari, menerima dan menunggu sumbangan-sumbangan lagi. Untuk, InsyaAllah kita agih-agihkan nanti. Sedikit foto perkongsian misi menjejaki mereka yang perlu dibantu beri. Sekiranya berhajat hasrat minat untuk membantu, boleh menghubungi saya seperti dibawah

Tel dan SMS (013-2464610),
Whatspp sahaja (013-6212462)
Email : zamagriculture@gmail.com

Syukran jazilan. May Allah give us good barakah in Ramadhan and may Allah give us all good health and strength to perform our duty in fasting. May this Ramadhan bring us closer to Him, InsyaAllah. BERSAMA JUGA KITA MENDOAKAN UNTUK SAUDARA KITA DI GAZA, PALESTIN.

Kotoba kepada yang minat nihonggo : Isshouni oinori shimashou (Mari sama-sama solat/berdoa), Donna toki mo oinori wo wasurenaide (Dalam waktu apapun, jangan lupa berdoa), Kazoku ni yoi koto ga takusan arimasu youni (Harap banyak perkara baik berlaku kepada keluargaku), Subete no koto ga umaku ikimasu youni (Harap segala urusan berjalan dengan lancar)

Ogenki de itte kudasai, Doumo arigatou.

Tuesday, November 5, 2013

Lain Padang, Lain Belalang

Semasa berkemas alat untuk berangkat tugas meninggalkan gakkou rasmi, saya sambil mengenangkan satu target yang dituai dlm minda Januari lalu, rasa syukur. Syukur rasanya impian menuturkan kata 〃saya sayang masa depan kamu〃sebanyak 40x secara real heart word berjaya melepasi target minima 40x bg tahun 2013. Rasanya  banyak yang indah bila kita letak target dan berani tutur secara terus biarpun tak senang mendidik di zaman laani. Jumlah sebenar tercapai tahun ini menjadikan tahun depan minima 100x dijadikan garap dalam impian minima bagi zaman duakosong satuempat.

Penutup tirai tahun ini adalah misi ke pedalaman dengan tugasan. Kata sesetengah pendita...lain padang lain belalang. Tiga jenis carapergi sebagai Pengawas es-pi-em di pedalaman tahun ini yang ditugaskan. 

Alhamdulillah saya diberi pilihan dan tawaran untuk 4x ulang alik Telang Usan ke Bandar Miri selama sebulan musim es-pi-em dgn 3 pengangkutan iaitu DHC-6 Twin Otter Maswings, Ekspres Bot dan Land Cruiser. Airport kecil @ Padang Terbang di pedalaman berjaya menarik perhatian hatimahu. Nikmatnya bertugas sambil mencari pengalaman dan rezeki halal buat keluarga tercinta tersayang.

Salam rindu Talhah dan Zaujah tercinta yang kini jauh di negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga, Salam Maal Hijrah Awal Muharram. Terima kasih warga Telang Usan yang sudi menjemput saya ke mari sebulan di sini.