Sunday, January 23, 2011

Terbit

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah….
Tanggal 19 Januari 2011 lalu, perbincangan Ilmiah dengan Ilmuan itu sangat memberangsangkan dan dengan harapan menjadikan SSDL insan yang lebih bersyukur. Pada hari yang sama, penulisan draf jurnal awal dilakukan sebagai momentum usul sentuhan pertama dalam panghasilan sebuah buku. Ya, satu bidang baru yang SSDL ceburi kini sebagai langkah tambahan koleksi pendekatan menyebarkan ilmu kepada bangsa cinta pertama. Memandangkan kesibukan dalam tugasan wajib laku-ku-buat-dulu, maka SSDL telah ukir papan target yang dirancang adalah sebelum Disember 2011, dokumen ilmiah itu akan diterbitkan, InsyaAllah, Amin Amin Amin. Ini adalah sasaran tajam. Antara matlamat kasar, penulisan kreatif merupakan impian, dan pengolahan penceritaan pengalaman kembara solo ke bumi Nihon akan diaduk-olah-dan diterjemahkan dalam konteks dan konsep berbentuk motivasi berserta ditemani teori-teori related. Niat bersulamkan hajat cukup mudah, iaitu dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran motivasi, keyakinan dan kejelikan cara berfikir muda-mudi dan extra fokus untuk memartabatkan populasi masyarakat di pedalaman terutamanya yang berada dalam kategori SES (Sosio Ekonomi Status) rendah. SSDL juga akan mencari penaja yang mana kita juga menanam impian untuk memberikan secara percuma kepada mereka yang berada di tahap SES rendah ini. Biar mereka gembira, berilmu dan masing-masing kita ubah dunia yang harmoni ini bertambah nikmat kita rasa benar-benar sifat harmoninya. Dikala detik hati rasa gembira, ikan dikali mungkin sudah tiada, tetapi kekatak masih melompat seperti sedia kala, bagi beburung yang sayapnya sempurna sudah pasti tiada masalah mahu terbang ke mana, tetapi bagaimana pula sang gajah yang besar telinganya tapi sudah rosak system sound nya??? Yang pasti, anak itik gembira sekiranya tuan itik sudi sediakan kolam walaupun cetek untuk mereka bermain tatih belajar berenang. Kepada tetamu SSDL yang saya hormati dan kasihi sekalian, tak kira samada tetamu konkrit atau maya, mohon doakan impian usaha ini terlaksana dengan sebaik mungkin walau tidak sempurna. Sebagai insan yang sangat lemah, saya percaya bahawa, doa kalian yang budiman antara penyumbang nilai peratusan makna apa itu kejayaan. Itu saya iktiraf. Doomo Arigato Gozaimasu.

Friday, January 21, 2011

Petik Seni Kebahagiaan

SSDL ingin kongsi sedikit nilai untuk entry ini. Patik petik dari nukilan harum Jumaat penghulu segala hari. Memetik wadah yang ditajukkan sebagai KEBAHAGIAAN ITU MUDAH DIRAIH. Ya, memang mudah diraih....mari kita ikuti ayat yang terpetik oleh Si Patik. :"Satu perkara utama yang perlu dilakukan dalam meraih seni kebahagiaan ialah bagaimana kita mengendalikan diri dan menjaga fikiran. Sekiranya fikiran tidak dikendalikan, tentunya fikiran itu akan terbawa ke mana-mana, begitu juga fail kesedihan yang tersimpan di dalam fikiran akan terbuka kembali dan buku kesedihan yang tertulis sejak sekian lama akan terbaca kembali. Sesungguhnya fikiran liar yang tidak terkendali itu hanya akan menghidupkan kembali luka lama, bahkan juga mencemaskan masa hadapan. Ia juga dapat membuatkan tubuh gementar, melenyapkan jati diri, dan perasaan terbakar. Justeru, kendalikanlah fikiran kearah yang baik dan terarah kepada perbuatan yang bermanfaat.

Sunday, January 16, 2011

Setanggi Raizah

Kerana budi, budi dan budi. Alhamdulillah kesegeraan saya untuk sampai ke lapang bertuah tercapai setelah kursus penting itu selesai SSDL harungi dalam masih penat lelah tutup tirai misi Nihon. Ilham sikap si setanggi Raizah dalam membantu sesama insan sangat saya kagumi dan mengucapkan berbanyak terima kasih. Ya, mmg benar, bantuan nilai tinggi budi itu untuk saya sudah diluar tugas wajibnya di pejabat. Tetapi kerana harumnya setanggi budi itu, bantuan nya untuk saya benar-benar kena di saat saya perlu segera pulang dibawa kereta panjang KTM itu sebelum sang Kancil datang menjadi teman. Buat setanggi Raizah, budi mu sangat saya hargai dan saya letakkan di tempat tinggi, walau mungkin tidak bertemu lagi.