Monday, April 25, 2011

Hibatun

Aku tidak pasti sampai bila ibtasama mampu jadi hibatun. Sudah tidak sabar rasanya mahu menulis novel pendek tentang fitnah berangkai yang dihunus oleh seorang bijak pandai berpangkat tinggi yang telah menyumbang kepada hampir-hampir musnahnya semangat aku dalam menuntut ilmu. Terbaru, laungan tidak professionalnya dikhalayak ramai telah menceritakan kepada yang melihat dan mendengar tentang siapa diri dia disebalik lagak lakonan gaya pura nya. Kesan masih ku rasa hingga detik kini. Mujur hati lasak budak hulu kampung ini mampu tangkis bulu-bulu fitnah dalam sedih ratah hati kering. Aku tidak pasti sampai bila ibtasama mampu jadi hibatun.


*Ibtasama(senyum), *hibatun(buah tangan/gift)

Saturday, April 23, 2011

Sejuk

Usah dipotong tali pada perahu cantik baik yang telah diikat berlabuh. Biarkan perahu cantik baik selesa berehat bersama pendayung Ala Syatil’il Bahri. Selamat tinggal Jaziratun sejuk bersama senyum tawa pepasir dan jirusan salju Maujatun. Berlembut bayulah wahai Maujatun. Kamu cukup dan amat sejuk.

Friday, April 22, 2011

Sekeping Gambar Dulu

Masihkah kau ingat wahai hati,……

Sambil ku buka folder lama gambar usia umur 20 tahun, ku renung satu gambar yang ku tampal di dinding dulu itu, yang ku tulis pada ketika itu “Kini usiaku sudah mencecah 20 tahun, apa yang harus aku fikirkan” dan semasa detik usia 20 tahun itulah…..hati mahu menyimpan secangkir molekul-molekul madu yang kau semat dalam hati mahu punyai keluarga sendiri pada usia 25 tahun sekilas rapat mahu tempah Sunnah Besar junjungan, itulah hajat mu wahai hati.

Kini, cuma tinggal 74 hari sahaja lagi, usia akan mengetuk pintu nombor 26. Nampak gayanya, salah satu dari molekul dalam secangkir madu itu mungkin gagal. Mungkin. Kerna kian makin hampir tinggalkan nombor 25 itu. Mustahil dengan baki tolak campur 2 bulan ini untuk selesaikan misi Totemo Ooki ini.

Aku pasrah, redha dan sedia menangguk hikmah-hikmah yang mahu datang. Sekeping gambar bersaiz megabit kecil yang penuh liku warna makna apa itu “Muhasabah”.

Thursday, April 21, 2011

Hati Manisnya

Dalam memandu pulang dari restoran itu, sambil ku dengar lagu dulu-dulu, si lubuk hati mulus terbang dilayang terkenangkan manisnya hati tabah srikandi itu, aku menyimpan satu hasrat hati doa untuknya.


Sasterawan gaya hatinya, mampu boleh-boleh sangat bantukan hatinya, disaat dia bawa hati nya trbang tenang tanpa ditemani hati-hati teman. Semoga ketabahan srikandi sasterawan sulong itu terus kekal tabah, dan dikurniakan kenikmatan dikemudian hari. Bertuah ibu bapanya kerana punyai anak tahu erti berkat seperti si dia.


Dia yang banyak memendam rendam simpan rasa duka hanya untuk qalbunya. Aku bangga dengannya. Sanggup menggalas pikul banyak kudrat demi keluarga tercinta yang jauh di sana. Beberapa petah patah nasihatku untuknya moga-ku-moga akan berbundar-bundar berbuah buih-buih banyak untuk kuatkan dirinya lagi dari dugaan hidup sekeliling mu. Sasterawan sulung, aku akan turut mendoakan kamu wahai srikandi sulung jiwa murni.

Thursday, April 14, 2011

Penghargaan, SMA UPM 2011

Sejambak merbak harum penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan dan menganjurkan program SYARAHAN MOBILITI ANTARABANGSA FPP UPM 2011 (Rahsia Budaya Akademik di Jepun dan Mesir), terutamanya kepada ahli jawatankuasa panganjur khas Kelab Pendidikan Sains Pertanian, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dan Bahagian Antarabangsa UPM. Terima kasih kepada semua yang sudi mendengar ceramah yang disampaikan oleh saya tentang rahsia budaya akademik di Jepun. Selamat Maju Jaya Buat Semua. InsyaAllah, ada peluang dan ruang saya kongsi lagi pelbagai rahsia dari sang bumi matahari terbit pancar sana. Shitsurei shimasu………..


Mohon sembah undur diri untuk saya pulang bercuti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang sentiasa sudi singgah di laman usang saya si budak kampung di SSDL ini. Watashi no kazoku to tomodachi ni kansha shite imasu.

Saturday, April 2, 2011

Rajuk

Halal Food sangat susah juga, tidak tahu di mana mahu ku cari, teman masih tiada ketika itu, nak berbahasa tidak tahu dan hanya kamus teman aku. Ya, lantas aku merajuk. Merajuk pada diri ku sendiri kerana tiada tempat untuk ku mengadu. Rajuk di minggu-minggu awal di Nihon. Kerana ku merantau solo segala-galanya boleh dikatakan sendiri. Lebih kurang 3 hari pertama… asagohan (breakfast), hirugohan (lunch) dan bangohan (dinner) hanyalah ku ketip biskut, karipap mini dan minum Nescafe 3 in 1 n milo yang ku bawa dari Malaysia.


Begitulah pagi petang siang malam. Ditambah dengan stress untuk kuasai dgn cepat bahasa Jepun… bukanlah tugas mudah bagi aku si budak kampung. Intai website IPIJ dan cari maklumat makanan segera halal di Jepun dan aku jumpa sejenis roti yang genzairyou wa subete shoukubutstu desu (kandungan bahan buatan semua dari tumbuhan). Plastik bungkusan nya warna hijau. Dan aku terus berjalan kaki seorang diri di mata-mata Bandar Sakuragaoka Setagaya-ku Tokyo untuk mencari premis bersih itu yang menyediakan roti itu.


Alhamdulillah, aku jumpa dan aku gembira. Aku beli agak banyak, dan 3 hari berturut-turut juga boleh dikatakan aku beli dan makan roti itu. Ada juga saat sedih, aku merajuk tidak mahu pulang ke apartment, dan aku hanya beli roti si kulit hijau dan coffee drink tin itu dan aku hanya duduk di makmal computer di Jabatan dan berseorangan sehingga 1 am ku berlatih tatih asah asuh diri untuk bahasa nihon itu. Aduh, masih terbayang saat stress, letih dan perit sendiri itu.