Saturday, May 29, 2010

Pecutan Lejang Manusia

Assalamualikum dan salam siraman senyuman.

Cabaran baru mendatang, memerlukan kekuatan ketajaman minda dan "kesusilaan" pemikiran yang disusun dan dirancang dengan lebih konsisten. Diri bagaikan sedang membuat pecutan yang memerlukan kudrat dikerah untuk sama-sama berlari seperti mereka, apabila diri makin hampir dekat dengan mereka yang hanya berlari anak sahaja, mereka akan membuat sedikit kelajuan larian dan mereka masih di depan, sedangkan diri masih perlu terus membuat pecutan untuk terus memberi saingan, kalau diri perlahankan pecutan, maka akan jauh ketinggalan. Begitulah perbezaan diri yang hanya memulakan "penjiwaan nihonngo di sini" berbanding mereka yang sudah "mentelaah nihonggo di laman mereka beberapa tahun yang sudah sebelum berjinak di negara matahari terbit" tetapi kami ditempatkan di kuliah dan level yang sama "di sini". Sedikit gangguan kesihatan baru-baru ini (Ujian Allah) membuatkan pecutanku sedikit terpaksa dikurangkan kelajuan. Alhamdulillah kini badan sudah sihat dan pulih. Maka diri hanya tiada pilihan, selain memecut dan terus memecut, walau lelah, walau letih, pecutan terus akan dilakukan. Yang penting "trek" sentiasa ada.