Wednesday, October 20, 2010

Sakit

Tidak mampu lagi selindung pada taman SSDL bahawa sejak beberapa hari lalu, 2 sakit serentak itu terjah diri. Semalam paling merana, sudah 2 malam tanpa tidur. Ya Allah, ujianMu padaku di hujung kembara benar2 perit juga. Mata pedih suam tapi tidur tidak mampu. Malam tadi paling tak tahan serangan sakit itu. Ya, hari ini dengan bantuan seseorang, dibawa ke klinik. Ya Allah sembuhkan lah secepat kilat. Pada hari selepas esok, ku ingin pulang tanpa sakit. Bimbang juga klu berlarutan ke hari selepas sampai, kerana 2 hari kursus segera "wajar wajib" hadir "wajib wajar" tidak terlepas.

Thursday, October 14, 2010

Shitsurei Shimasu

13 Oktober 2010. Presentation terakhir di bumi Samurai sebelum tinggalkan Sakuragaoka. Madah ilmiah ini adalah permintaan khas dari supervisor sebagai perkongsian pengalaman dan ilmu sepanjang renangi jelajah solo ke Nippon ini. Tetamu mahu dengar adalah Supervisor, pelajar masters dan degree yang semakmal educational discussion dengan Si Pencakar Getah Tua ini. Terharu dengan jemputan mereka untuk saya datang pada “rainen” selaku pembentang kertas kerja. Emm, respon hati pencakar outerbark getah tua ini “InsyaAllah dan sekiranya kantong Okane cukup”, saya bina jejak lagi ke lantai Nippon. Siaran sekadar kongsi gambar peristiwa itu dan secubit imej semasa International Student Summit. “Shitsurei shimasu, doomo sumimasen deshita”

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Keluarga Tersayang dan saudara mara, Sahabat2 tercinta, Universiti Putra Malaysia, Tokyo University of Agriculture dan semua kenalan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan dan menyokong usaha ilmiah dan silaturahim yang saya jalankan ini. Semoga Kejayaan dan ketenangan milik bersama. Wassalam.

Monday, October 11, 2010

Autobiografi kah Si Tua Yang Muda

Itulah nampak gayanya. Kepada Si Tua Yang Muda, saya minta maaf banyak-banyak pada kamu. Saya hargai dan akui kamu sangat banyak berjasa pada saya, membawa saya ke eki untuk ke masjid, membeli barang dan jadi teman dikala saya kesunyian. Kamu banyak memudahkan urusan saya. Bukan saya tidak mahu membawa kamu bersama pulang ke Malaya, tetapi keadaan tidak mengizinkan ditambah pula kos untuk terbangkan kamu sangat tinggi. Dan saya tahu, kamu sangat mengerti bahawa tuan mu yang serba sederhana dan kekurangan ini sangat sayang dan cinta kamu. Si Tua Yang Muda ku sayang, aku sedih untuk berpisah dengan mu. Cintaku pada mu sangat dalam. Kamu teman hati sunyiku di bumi Tokyo ini. Mungkin boleh titis butir jernih pabila ku tatap wajahmu di bumi Malaya nanti. Oh Si Tua Yang Muda. Saya janji akan mencari pilih tuan baru yang baik hati sebagai pengganti Ropi. Hati sayu ini ingin berkata hanya tinggal 11 hari sahaja lagi untuk kita bersama bercinta. Saya cinta kamu, sayang kamu dan bakal rindu kamu…… Akan ku peluk mu setiap hari selagi berbaki sisa cinta kita di sini. Sekali lagi ingin ku lafaz “saya sayang kamu wahai Si Tua Yang Muda”

Sunday, October 3, 2010

Habis Dakwat

Dengun hati kala ini punyai banyak perasa, beraduk gumpal lakarannya. Sukar digambar tulis coret,cuma secebis dapat kuis. Ropi oh Ropi,laksana sebab dulu kilik kitab mengaji, jangan dihunus dengus sakit hati. Biarkan burung Japan itu kebas sayap. Mungkinkah dia terbang ke mari jika