Wednesday, February 9, 2011

Sambungan kisah........"Mata"

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin merakamkan kesyukuran yang amat tinggi dan terima kasih kepada pihak2 yang menghantar email dan menyatakan hasrat kesudian untuk memberi sumbangan kepada sahabat saya yang memerlukan. Kisah mata awal boleh rujuk di sini atau sila lihat entry sebelum ini. Buat masa ini, sumbangan masih dikumpul dan akan diserahkan pada awal Mei 2011, InsyaAllah. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.

Minggu ini, saya sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh sahabat saya ini keputusan pemeriksaan tentang keadaan sakit beliau (tidak mahu saya sebut di sini atas sebab beberapa faktor), Cuma yang dapat saya kongsikan adalah keadaan sangat kritikal dan dalam proses utk treatment pada peringkat tinggi.

Malam beliau meluahkan pada saya, saya mengajak nya keluar minum dan kami berbual tentang apa yang diperkatakan oleh medical doctor di siang tadi. Sedih, sedih dan sedih…….. saya cuba tenangkan beliau, minta banyak bersabar dan teruskan perjuangan ini. Saya cuba membantu dalam merancang beberapa perkara untuknye melibatkan pengajian akademik, kemungkinan pertukaran plan latihan mengajar dan kemungkinan-kemungkinan lain.

Dan Alhamdulillah nampaknya beliau bertambah yakin dan faham penjelasan saya. Dalam perbincangan itu, saya agak tersentak dengan kata-kata beliau yang memberi pesan dan amanah satu wasiat yang dia mahu saya sampaikan sekiranya dia terpaksa ‘pergi dahulu’……., saya cuba tenangkan hatinya dan alih content perbualan dan minta dia agar jangan utamakan fikir tentang wasiat itu dahulu. Ya lah, kita yang pada hari ini masih lagi Alhamdulillah sihat ini, mungkin kita boleh cakap macam-macam, tapi bagaimana yang sedang menaggung derita?? Peritkan mereka??. Ya Allah, permudahkan lah urusan-urusan bantuan yang sedang kami usaha dan ikhtiar kan ini. Hanya padaMu Ya Rabb,,,kami mohon pertolongan dan kami yakin pada kekuasaanMu Ya Allah.

Saya sebagai hamba yang daif dengan rasa rendah diri memohon agar tetamu SSDL sekalian agar dapat mendoakan sahabat saya ini (disamping kita mendoakan diri dan keluarga kita) dan dapat menyebarkan khabar kongsi dari saya ini kepada sahabat, saudara-mara dan rakan blogger yang lain,……..kerana InsyaAllah bertambah insan-insan pemurah yang ingin menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban sahabat saya ini, boleh terus emailkan pada saya dialamat berikut : doazamasjid_4004@yahoo.com.my

Sekian.