Wednesday, July 20, 2011

Tiada Yang Gharib

Kaca mikroskop dari corong senja sepi petang semalam.Setelah terlelap dan terlupa untuk alihkan jemuran kopi yang pagi. Ya, sengaja ingin rasa cuba membuat kopi sendiri cara tradisi sebelum tamat singgah sini dan pulang ke kampung pada tengahan Ramadhan nanti. Jelita jiwa mahu cebur rasa bagaimana agaknya susah yang tuan dulu-dulu "bancuh biji kopi kampung" ala sendiri. Terima kasih buat Makcik Minah (bukan nama penuh sebenar) yang tolong alihkan orak-arik bijian kopi-kopi petang tadi.


SSDL benar-benar terlelap letihnya urusan tengah hari tadi sehingga dijemput mimpi yang kalau tidak salah lupa seakan macam peristiwa satu hari di Tokyo dulu baru. Tiada apa yang gharib lagi apabila malah mungkin doa Jumaat pertama di bumi Tokyo itu menemukan aku yang asalnya seorang di sana ditiba-tibakan temu insan-insan Malaya yang ramai dan ciri baik baka belaka.Biar jauh beda rumah tapi bertemu jarang-jarang sudah cukup untuk membina jerami ukhwah itu. Lantas termenung dan teringat satu peristiwa bagaimana Islamic Explorace anjuran sendiri kami berjaya di seluruh pelusuk Tokyo itu. Hanya beberapa gambar paparan soalan itu yang antara pengisian lari-lari kami dalam menghabiskan seharian memoir itu sehinggalah teringat kembali lelap letih tadi. Thank You Allah. Subete no tomodachi ni, arigatou gozaimasu.


*Kisah dramatik Ropi dan biji kopi akan bersambung siaran..............


Antara beberapa cebis gambar kenangan Explorace Tokyo itu.


Biji Kopi Basah Kelmarin


Biji Kopi Separa Kering Semalam