Alhamdulillah.
Agaknya hikmah besar apabila
sejak Januari ditugaskan mengetuai dan mengendalikan Lembaga Disiplin serentak
Penasihat Persatuan Pelajar Islam. Sibuk memang sibuk, ditambah lagi campur
tugas hakiki lain-lain wajib. Telah memungkinkan perancangan dibuat bagi
memastikan bukan sahaja mereka belajar, bahkan terdidik, dan menyusuri aspek
kemenjadian sahsiah akhlak yang ideal. Usaha perlu diteruskan biar lemah mana
pun kita. Hukum alam memang begitu. Ada kesenimbungannya.
InsyaAllah seksok-seksok zuriat generasi
sendiri juga menjadi, Ameen. Lebih-lebih lagi bila qalbu bernurani ingin
menjadikan semua itu berlaku dalam hobi roh kasih sayang, hobi penyayang dan
hobi disayang. Berbekalkan didikan daripada Literasi Undang-Undang pelajar,
tawaran kursus JAKIM tentang kursus Pengurusan Perkhidmatan Runding Cara
Keluarga, dan Sijil Tinggi Kaunseling Syarie, hatimahu merebahkan kudrat diri
bagi mengandalikan bantu. Hatimahu cuba menggabungkan semua aspek dalam menggarap usaha.
Bila menggabungkan semua
elemen, Hatimahu bagai dilema mengendalikan pelbagai kes ringan, sederhana,
dan agak berat kerana semua itu ada pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai
perkara terdidik diri hatimahu. Simpati dan Empati dengan masalah keluarga
mereka, cabaran jiwa kita dan mereka,punca, faktor,motivasi, galakan, peluang
dan ruang. Sesekali kita bersahaja, sesekali kita perlu tenang dan rehat,
sesekali kita perlu fokus, sesekali kita perlu amat fokus, sesekali kita perlu cepat meligat. Bergantung kepada
keadaan sesuatu perkara itu. Ada kala juga sesekali kita perlu jadi meticulous person. Seperti medical doctor, kalau tidak meticulous, niat merawat boleh tidak sengaja bertukar jadi pembunuh atau
terbunuh.
Hesh-Emm-Pi, Hentian Mukadimah Panjang.
Hesh-Emm-Pi, Hentian Mukadimah Panjang.
Justeru itu, sempena Ramadhan Kareen,
(Allahumma baarik lana fii Ramadhan) kami sedang anjurkan program
Bersamamukasih, ingin menarik-narik tali perhatian kepada yang ingin bersama
hatimahu dalam membantu golongan agak kurang bernasib baik di Miri, Sarawak,
untuk sama-sama kita hulurkan bantuan (barang keperluan,
makanan, wang, pakaian dan lain-lain). Perjalanan menjejaki golongan terlibat
sedang giat dijalankan. Memang ada dikalangan rumah mereka amat jauh ke dalam
hutan ladang. Menariknya, ada yang keluar dari rumah untuk ke sekolah sekitar
jam 5 pagi untuk mengayuh basikal jauh dari dalam hutan/
bermotosikal pun ada, menyusuri jalan laluan gelap gelita untuk keluar ke jalan
besar yang jauh, dan kemudian menaiki bas ke sekolah.
Rumah mereka daif,
kategori miskin dan sukar menghitung dari ruang mana pendapatan diperoleh.
Mereka memerlukan sokongan kita-kita. Syukran jazilan kepada pihak yang sudah
banyak menghulurkan bantuan pelbagai, dan sebenarnya sekarang kita masih
mencari, menerima dan menunggu sumbangan-sumbangan lagi. Untuk, InsyaAllah kita
agih-agihkan nanti. Sedikit foto perkongsian misi menjejaki mereka yang perlu
dibantu beri. Sekiranya berhajat hasrat minat untuk membantu, boleh menghubungi
saya seperti dibawah
Tel dan SMS (013-2464610),
Whatspp sahaja (013-6212462)
Email : zamagriculture@gmail.com
Syukran jazilan. May Allah give us good
barakah in Ramadhan and may Allah give us all good health and strength to
perform our duty in fasting. May this Ramadhan bring us closer to Him,
InsyaAllah. BERSAMA JUGA KITA MENDOAKAN UNTUK SAUDARA KITA DI GAZA, PALESTIN.
Kotoba kepada yang minat nihonggo : Isshouni oinori shimashou (Mari sama-sama
solat/berdoa), Donna toki mo oinori wo wasurenaide (Dalam
waktu apapun, jangan lupa berdoa), Kazoku ni yoi koto ga takusan arimasu youni
(Harap banyak perkara baik berlaku kepada keluargaku), Subete no koto ga umaku ikimasu youni
(Harap segala urusan berjalan dengan lancar)
Ogenki de itte kudasai, Doumo arigatou.
No comments:
Post a Comment