Monday, July 22, 2013

Memoir Em-Esh

Ia tentang Syahadat Persetua.  Teringat ketika pulang bersama zaujah minggu lalu untuk menghantarnya kerana tempoh bersalin makin hampir. Kini suaminya baru sahaja kembali seorangan kerna dek tugas. Mula dibina rasa sepi. Melalui rutin berbilang  satu bahagi satu.  Rindu mudah datang bertamu temuan.

Tak sabar rasa mahu pulang cuti raya. Ikutkan bulatan rasa, sesekali terasa mahu ambil cuti tanpa gaji, dan pulang lebih awal menemani Humaira tercinta. Jiwa dalam hati dan minda dalam kepala tiada siapa yang tahu bila gerdikan saraf kian mencerikatan. Kekudusan yang tulus sekali sekala tidak bisa disimpan mendung.

Memoir dalam kenangan MAS MH, Dua Penerbangan Menghantar Zaujah Tercinta pulang.

Thursday, June 27, 2013

Rindu 1995

Mencoret kembali yang telah sekian lama ditinggalkan adalah tidak sesenang zaman aktif dahulu. Teknik dan lenggok kaedah cara. Ia tentang sabar, perihal wajib tekun tanpa rasa jemu dan praktis selalu.

Melebih lagi bila ada permintaan beberapa pihak tertentu mahu datang berguru ilmu. 

Kiranya tiada halangan, InsyaAllah hamba akan turutkan. Demi sebuah tanggungjawab untuk warga tuan dan puan. Ku jirus siram segarkan ilmu kenali 1995 dulu untuk membantu tunjuk ajar insan memerlu. Kerna kamu-kamu, ilmu ku terbongkok-bongkok tekun dahulu, kini bakal terabadi di sini.

Beribu hikmah dan rahsia jati diri terukir disebalik halusi kotoba warisan ini. Itu yang hamba dididik tekuni dulu-dulu, dan kini tiba masa untuk diwarisi buat kamu (setakat yang hamba tahu, kerna daif diri ini amatlah kurang ilmu).







Saturday, June 22, 2013

Sepohon Mohon

Setelah kurang lebih 2 tahun, tumor itu hanya berkurang senipis sehelai kertas sahaja. Perbualan melalui gelombang keitai kami sentiasa hiba dan bagai ada genangan sama-sama tapi beda koordinatnya.

Ya Rabb, tunaikan lah doa hamba petang tadi dan malam ini. PadaMu aku berserah. Semoga Tuan Man tabah senantiasa.

Tuesday, June 18, 2013

Pulang Dari Kerja

Kuntum surprise buat zaujah tersayang sempena pulang dari gakkou semalam. 

Sesekali tanpa diduga oleh si dia, indahnya biarpun keletihan urusan seharian di bangku didikan, rela ku ukir sekilas kotoba. Semoga myhumaira sentiasa dalam kebahagiaan, Amin. 

Terima kasih di atas kesudian menjadi surihatiku.



Tuesday, June 4, 2013

Sekuntum Humaira

Kalaulah dapat ketemu tuan-tuan guru yang mengajar ilmu tahuan itu,ingin membibir jutaan atigatou kasih kasih. Berharganya mendalami ilmu tahuan bagaimana Nabi Rasul ulung berkasih sayang bersama Humaira zaujahnya, caranya romantik terhadap Ainsyah. 

Lebih-lebih lagi dikala zaujah kita dalam ketidaksihatan dan alahan. Nikmatnya bagai berkuntum frangipani putih bila dapat memberikan kasih sayang berperihatian buat si manja tersayang. Alhamdulillah, syukur di atas peluang yang dihidang dari Maha Esa pemilik alam.

Kalaulah kalian tahu bagaimana nikmatnya romantis Nabi ulung itu yang pernah membaca Qur'an sambil diribai Ainsyah. Itu hanya antara salah satu dari jutaan ribu. Es-Yu-En-En-A-Hesh.... Sunnah.

Thursday, May 23, 2013

Semangkuk Peta Putih

Mampukah saya membantu dia? Persoalan yang berhalilintar dalam tempoh durasi agak lama. Kerangka kubah-kubah untuknya dibina oleh insan serba lemah dan kurang ini. Kalaulah berjaya......... besar artinya. Selamat berjaya diucapkan buat yang telah segar dari sedikit mimpi lena. Terimalah semangkuk air putih dari ku dan basuhlah muka dan luka. 

Friday, May 3, 2013

Damba Dinihari

Penghujung hari sudah seberangi tingkap hari baru. Diri yang belum lena dek ketidaksihatan diri. Sejak kurang 48 jam lalu, pelbagai sakit singgahi diri. Demam, batuk, pedih tekak, selsema dan urat tulang kipas meragam. 

Termenung sejenak. Mampukah menyampaikan ceramah pagi jumaat esok memenuhi jemputan dalaman nian. Atama ga itai node, watashi no kotoba wa ii desu ka? ..ashita...byoin e ikimashita ka...???. Daijoubu desu..!!!!. Islam no koto takusan to issyoukenmei benkyou shitai node...yoku wakarimashita. Gambarimasu.......  Tsuma ni wa, oyasuminasai... ii yume mite ne.. Anata wa totemo shinsetsu to kirei to tokubetsu desu. De wa owarimasu.

Thursday, April 4, 2013

Doa Buat Yang Enam

Baru sahaja kembang sekelopak dari tujuhnya, enam berbaki dikupis. Maka terkulailah ia layu. Tak mudah terlupa, menanti enam layang dijatuh. Dicantas cermat sekali lagi. Memanis yang gigih membujuk hatinya. Semoga doa didamba buat yang enam kembali terbang tuju pucuk hikari membiru nan putih tetompok suci.

Thursday, March 28, 2013

Sakura Hati

Terbayang menungan didagu seketika dulu-dulu baru dari secebis memoir indah di Sakuragaoka, Setagayaku. Pernah ku mencoret antara kenangan indah di bawah pepohon zelkova di saat gugurnya lamah ayu daunnya disebalik sejuk salju cuaca musim bunga itu. Kisahnya masih DI SINI. Tempat berkelana mencari ilmu baru. 

Terbayang antara hajat disemat ketika menungan di bawah pohon itu....suatu hari nanti ingin ku bantu dan bantu pada insan memerlu, andai peluang nan ruang terbuka menuju. Alhamdulillah, setelah kian didaki, cemuhan diberi ambil lagi, dan dedugaan kian ditempuhi....., ruang muang kembali datang bersama sinar tak sepi. Mungkin benar kata Nihonsei... "Isshokenmei benkyoushita node...yoku wakarimashita". 

Seperti juga dalam Islam, para cendekiawan seringkali bertutur "Wahyu yang benar datang daripada sumber yang tepat, sekali-kali tidak akan menyalahi akal manusia yang rasional". Indahnya dapat berbakti sebelum ku tinggalkan pergi nanti. Titik.

                                     


Tuesday, March 5, 2013

Bersama mu

Kalaulah ramai kita yang bangun ditengah hening sepi malam untuk mendoakan keselamatan para perajurit pertahan negara. 

Semoga roh yang relah pergi ditempatkan bersama yang beriman, yang masih terlantar di rumahsakit kian sembuh, dan kita semua sentiasa dilindungi Allah. Pengorbananmu wahai perajurit amatlah mega. Kami senantiasa bersama mu. Ya Allah selamatkanlah mereka yang kini di medan juang. Ameen. Sekali lagi...pengorbanan kamu-kamu amatlah besar dan tidak terbalas.

Marilah kita bersama mendoakan untuk Tentera Malaysia, Sabahan di Lahat Datu, Sempoarna, Tawau, Sandakan dan seluruh umat Islam di dunia.