Alhamdulillah, lepas magrib semakin bertambah kanak-kanak riang datang mengaji di rumah. Terima kasih Allah kerana maqbulkan kesudian hati. Indahnya dapat ruang berbakti, sebelum bakal ku tinggalkan pergi.
Friday, February 22, 2013
Odaijini
Hari ini genap 2 tahun dari tarikh Tuan Lukman menjalani pembedahan kepala pada bahagian otak.
Alhamdulillah kami sentiasa berhubung melalui telefon, dan semalam kami turut berbual lama sekadar dengan keitai (keitei=handphone, denwa=telefon) sahaja kerna dipisahkan dek jarak nan jauh. Suaranya ceria dan setiap kali kami berhubung dengan keitai biarpun beberapa kaili dalam sebulan, Tuan Lukman sering mahu berjenaka dan mengimbau kenangan lama bersama.
Sesekali terharu pabila Tuan bercerita tentang kita bersama ke hospital dan kemudian di tahan di wad seharian suntuk. Semoga tuan sentiasa sihat walafiat saya baitkan doa didokong. Dingin malam ini ku termenung dipintu mendongak ke langit memikirkan sedihnya sahabat ku yang telah sekian lama hanya mampu melihat cahaya sinar-sinar sedikit sahaja. Sudah 2 tahun genap cukup. Sabar ya Tuan. hamba lemah ini akan sentiasa mendoakan tuan.
Alfatihah jua buat sepupu saya dari Pasir Puteh yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini kerana terlibat dalam kemalangan di Paloh pagi tadi, semoga roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. Semoga adiknya yang dikhabarkan sedang kritikal akan sembuh dan selamat, InsyaAllah. Ameen.
Wednesday, February 13, 2013
Senyum Adam
Sayu qalbu salju kami meneliti kisah Arwah Adam, si cilik sulong yang telah pergi meninggalkan kita semua. Sesungguhnya ketabahan adik adam dalam menghadapi ujian Illahi harus diteladani kita semua. Amat berat untuk dipikul tanggung. Semoga damailah Adik Adam di sana. Jua moga tabah keluarga kuat mereka. Alfatihah. Air mata jernih bisa berderai. Ya Allah kuatkan lah iman kami yang lebih sangat nipis dari kawa bebawang ini.
Thursday, February 7, 2013
Bersokmo Kali
Banyak cerita kian memotret meninggalkan Januari. Ada tentang ketabahan orang tua mencari rezeki. Ada juga kisah tabahnya seorang Ustazah Kafa yang sungguh setia pada Zaujnya sehingga sanggup melepaskan kerjaya besarnya dek kerna mahu turut suaminya di tempat orang mencari segelintir rezeki kiranya ada dek ajar-ajar mereka. Ada juga tentang kisah sensei yang sentiasa mahu memujuk anak didiknya agar menjaga solat...diajar bersokmo kali, biarpun ada ramai terkadang muslim yang mengucap kalimah syahadah pun tercungap gagap. Ini kadang tersedih.
Alhamdulillah... Suri kian sembuh dari sakit duga itu. Hampir 13 hari sebenarnya Suri sekadar berkerusi semasa berjemaah dengan Suaminya secara duduk saja selaku makmum sejati. Masjid itu jua agak kurang dikunjung bersama sejak kaki Suri diduga uji Illahi. Moga selepas ini rutin yang teramali akan normal kembali. Biarpun kecil, namun kenangan memapah Suri ke sana ke mari, menjaga Suri seirama rapi akan membujur di taman hati.
Semoga Pencipta Sempurna melindungi kita semua dengan bait-bait sebelum kembali dari singgahsanasini. Hati sebenarnya ada sekelumit terharu bila beberapa remaja baru itu kini seringkali sudi ikut senseinya solat....biarpun dulu sukar diajak pujuk, tapi kini mereka yang mula mencari. Tahniah si anak-anak muda. Tak senang menjadi lilin...membakar diri kerna mahu menerangi.
Monday, December 31, 2012
Anmum Suam
Sejak beberapa hari Zaujah kurang sihat. Mungkin antara kesan setelah sejak beberapa bulan berbadan dua. Zauj nya sentiasa mahu mengekalkan momentum kasih sayang dan pelbagai ruang muang buat Zaujah untuk bisa bermanjamanja. Beberapa tabemono yang di"idamkan" sentiasa cuba direalisasikan. Segelas susu anmum suam yang disediakan oleh Zauj buat manja tersayang semalam dan kemudian disuapkan...adalah antara yang terukir dek rinduan dekatan disaat Zaujah lemah ketidaksihatan. Buat zaujah tersayang... "ogenki de itte kudasai....odaijini..." Ameen.
*Teringat gurauan Rasulullah terhadap Aisyah semasa Baginda dan Zauj nya bertanding berlumba lari di dua usia berbeza dan dua tika berbeda. Manisnya mereka tiada tanding tara di dunia kini.
*Teringat gurauan Rasulullah terhadap Aisyah semasa Baginda dan Zauj nya bertanding berlumba lari di dua usia berbeza dan dua tika berbeda. Manisnya mereka tiada tanding tara di dunia kini.
Tuesday, November 27, 2012
Kotoba Yang Isshouni
Yang lalu minggu. Semasa menjaga SPM pernah sesekali atama pening berhalintar, sedikit macam melayang. Mungkin dek kerana sudah minggu-minggu sebelumnya banyak menjaga malam dek kerja yang meruah datang. PiBiEss sampai 3 kelas yang meliputi 2 kelas evidens terbanyak dan seluruhnya hampir mencecah perlu tanda enamribu lebih evidens dicampur lunaskan terjemahan sumatif klik-kekliking dilaman maya. Dtambah pula siang dan malam "menjunguk kaji soalan SPT SPM. Mujur tidak rebah di dalam awasi putraputri Sarawak menggores jawapan di dewan. Alhamdulillah syukur pada Allah kerana isteritercinta, tersayang teriloveyou banyak membantu, suap sokongan dan suburkan hati bertaman. Sesekali terkenang jemputan khas pulang untuk membawanya ke mari bersama Malaysiairlines. Thanksssayang. Abang sangat mencintaimu. Selesai kotoba perenggan satu.
Kini, tugas awasi SPM menjenguk musim-musim akhir. Hati tak sabar mahu pulang terbang ke bumi Malaya Seberang. Pun begitu minggu baru ini, tidur nyaman di suatu dua malam, kedatangan mimpi arwah MaSedara yang kunjung dilaman tidurku sungguh unik dan menarik. Arwah bersoal tentang majlis khas untuk anaknya dengan hidangan yang sungguh lazat. Saya sempat rasa semasa santap disebelah kanan nya. Berlaku di gelegar beranda kayu lama bertangga kayu. Itu yang jelas masih ingat. Sejenak kemudian, mimpi bersambung cerita kedua. Ia tetang atul Farhana. Seorang muslimah bagus yang jernih iman dan perwatakan nya. Tapi mimpi itu membawa bicara atul Farhana sekarang dalam kesedihan dan macam kesusahan. Tersedar, lalu sebagai teman aku hanya mampu mendoakan agar ia bukan kenyataan. Semoga atul dalam yang baik-baik belaka sokmo kali. Perenggan peringkat tengahan.
Yang ketiga tentang ucapan terima kasih kepada pihak luar, yang sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah motivasi dan mengendalikan solat hajat berjemaah serta bacaan Yasin bersama murid-murid yang pada ketika itu beberapa hari mahu mencecah PMR dan kediannya SPM. Kalaulah anda merenung tiga yang terutama itu wahai murid-murid itu....... InsyaAllah kiranya ada jemput lagi, saya hungga kembara pergi lagi, biar di mana saja, asalkan tubuh badan sihat dan termampu. Indahnya hidup dalam berkongsi.
Friday, November 23, 2012
Inoru Untuk Palestin
Biarpun genjatan bedilan kini berjaya dihentikan, namum kita masih diunggun cemburu busuk hati mereka yang mahu menghancurkan Islam dan Palestin.
Kini semoga umat Islam sepelusok dunia terus usaha dan berpulun doa-doa. Bukanlah hanya sekadar mogok sana sini, demonstra rata ratus tapi harus disulami dengan sentiasa sunat hajat buat mereka siang dan malam dan jalani kehidupan yang menonjolkan prihatin
asli fahami mereka. Bukan sedih menangis dari jauh tapi kita di sini perkara asas ugama pun dibuat mainmain. Ada juga yang sangat hebat gaya memartabatkan Islam dan Palestin, tapi solat lima yang asas wajib ditinggal abai. Ini terkadang kita sedih.
Sebenarnya, kita dibimbangi serangan kembali "sekejap lagi". Terkedu kah lagi tangis anak kecil berlumur hemoglobin merah itu....?
Wednesday, October 17, 2012
Jiran
Terima kasih jiran-jiran dari pelbagai sudut. Dekat, separa dekat, sedikit jauh dan agak jauh.
Ada yang datang bawa kek coklat, ada yang beri mangga lemak, ada yang sampaikan pisang tanduk, ada yang beri sup ayam kampung, daging Payau dan sebagainya. Kekadang berbekal dan berkelah di pantai. Semua baik-baik belaka. Dan sebab itu antara sebab kenapa saya memecut laju pulang ke rumah dari pekan pabila mereka menelefon mahu ke rumah untuk minta tolong sembelihkan ayam kampung. Myzaujah turut gembira.
Monday, October 15, 2012
Di Beranda Surau
Akhirnya kesan najis dan darah anjing itu disamak jua setelah beberapa kali "berperang" untuk menggapainya. Bukan senang bila "dilarang dan diganggu". Semoga 1 air tanah dan 6 air mutlak semalam menjadi pemangkin kepada perkembangan baru di situ. Amin.
Wednesday, October 10, 2012
Cinta An-Nahl @ Mitsubachi
Cinta An-Nahl sejak 2010 yang subur kian berjangkit. Biarpun ia berputik setelah sakura berlalu pergi pada ketika itu, namun ia sudah cukup ditatang hati setelah 2 ayat An-Nahl terpugau di hati ketika meronda Kota Yokohama. Segalanya dicatat cermat persetua itu.
Kini, di saat terus mahu mendalami tentang uniknya mitsubachi sehingga Yang Maha Esa perkenankan dua ayat tentangnya pada siri 68 dan 69 An-Nahl, saya yang gemar akan menuturkan beberapa keajaiban mitsubachi dalam mana-mana ceramah atau tazkirah yang disampaikan, bagaikan Allah membuka satu lembaran baru bila satu kotoba jemputan yang diterima. Ia tentang persidangan Mitsubachi AAA Conference (Scientific Asian Bee Conference) yang dilangsungkan di TeganuDemo. Namun, air mata sedikit sedih kerna tidak mendapat pelepasan untuk pulang terbang hadir persidangan ini. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini dan semoga Allah sentiasa perkenankan doa hamba lemah ini moga-moga dipermudahkan urusan mencari ilmu dan mahu berbakti bantu ini. Hatimahu akan terus memburu ilmu yang itu.
*Teringat kenangan@kinen no tame indah Allah temu kan dan jatuh hati pada dua ayat AnNahl itu semasa observation hujung musim di Yokohama dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

