Sunday, March 18, 2012

Syukur

Alhamdulillah syukur dariku padaMu Ya Allah, kerna masih menyelamatkan aku. Nota pemanduan di awal pagi menuju ke lembah kerja. Syukur. Sungguh Syukur juga tiada margasatwa kebetulannya tika di kala itu. Akhiru kalam sinar terus terpancar dek carian seorang "pejalan". Ya masih bersambungan....... Alhamdulillah.

Thursday, March 1, 2012

Apil Andalan

Renungan istirehat dalam dunia amat sibuk di pelbagai petang, pagi dan sedikit malam. Bukan hanya kerna tuntutan tanggungjawab di pejabat, tapi jua dek kerna sebuah gapura yang sedang dirancang bina. Sebuah gapura indah munculkah ia Jun 2012 ini??? Gapura bakal dibina bukan sekadar biasa-biasa, tapi ai lebih kepada bersifat Apil Andalan untuk zaman berzaman tanpa sekalipun akan jerungkis kiri atau kanan.


*Terima kasih Peter James Butler di atas sumbangan anda kepada kami di sini, biarpun ditakdirkan jodoh anda bersama kami di sini tiada lagi. Rinduan Mat Salleh yang amat meminati tutur dalam Bahasa Melayu akan sentiasa diingati. Terima kasih di atas saling hormat sepanjang bersama kami di sini. Butler san wa ogenki de itte kudasai. Gambatte....


Nota*.... Apil andalan- Kubu pertahanan yang kukuh, Gapura- pintu gerbang, Jerungkis- Condong

Kenangan Terakhir Bersama Butler di Wisma KAFA Sebelum Sidang Media

Pemandangan Indah di suatu Petang di Pantai PCB, minggu lalu saat istirehat keletihan fizikal

Thursday, February 2, 2012

Kelip-Kelip

Munking lelaki biasa macam Kita 1, Kita 2 dan Kita-Kita ada rasa-rasa segan untuk cuba berkawan dengan srikandi muslimah yang baik hati, berjuruh, dan sopan. Kebetulan anugerah Illahi padanya, punyai raut rupa terpesona dan sajlu juga. Bak kata Kita 2, rasa macam tak layak untuk berkenal-kenal dengan nya. Semalam terjumpa apa yang dimaksudkan oleh Kita 2.

Lagu dulu-dulu ada menyebut "Kelip-kelip ku sangka kan api, sinar matahari membawa cahya"....mungkin boleh dipilih sebagai analogi sampingan.

Thursday, January 26, 2012

Kota Bharu

Malam-malam rehat seorang di penginapan Wisma Kafa, agak sedikit sunyi. Lantas kerapi keluar memandu melihat gelagat manusia pelbagai ragam bicara, singgah di warung minum dan lempar senyum pada yang memandang. Itu antara rutin malam-malam di Kota Bharu kini. Destinasi antara pilihan kerap, memandu perlahan ala-ala rileks di persekitaran Hospital Kubang Kerian. Kerna saya banyak kenangan dulu-dulu di sana, soal bicara bersama sang tua-tua dan muda separa, soal disapa dari belakang oleh kenalan lama seorang muslimah baik yang kini telah menjadi isteri solehah milik si suami bertuah, soal hilangnya tapak lama pasar malam yang dulunya menjanjikan Kuih Manja Berinti Kaya lazat, dan macam-macam lagi. Ramalan mungkin 5 bulan akan berKota Bharu di sini. Berakit-rakit ku dari Hulu ke mari, berenang-renang ku kerap tak menjadi….. BerKota-kota Bharu dahulu ku seorang di sini, kerna selepas ini ku mungkin ke lain destinasi.


Imbas. Ditakdirkan Januari 2012 dijodohkan untuk bersama sebuah NGO. Mungkin peluang untuk menabur bakti sebelum merubah destinasi atau meninggalkan pergi, agaknya selepas ini. Sehari selepas temu awal di Kota Bharu, esoknya Tan Sri Presiden mahu terus bertemu kembali, maka kudrat sangkancil tua dikerah lagi ke Kota dari jauh. Malamnya pulang memandu seorang ke jauh di lubuk kampung pedalaman bersama segulung tanggungjawab berharapan.


Tan Sri mahu teruna kampung ini memikul tanggungjawab untuk Berfikir, Merancang dan Follow-up Program Pembangunan persatuan sukan ini agar kita sama-sama kecapi manfaat baik untuk semua. Saya terima dengan penuh buka hati diatas tanggungjawab dan amanah ini. Sebagai ahli akademik, saya tidak boleh lari dari tunjang teras asal. Biarpun ditanggungjawabkan untuk plan pembangunan program sukan Bola Sepak, saya sentiasa alirkan irama itu bersama isi-isian akademik, manfaat untuk pelajar sekolah dan masyarakat. Alhamdulillah, Tan Sri terima plan dan paper saya dan ia diklasifikasikan untuk charity event kelak, InyaAllah.Jauh, dalam sudut hati…saya memasang impian yang ada tetap, biarpun gembeleng terkudrat di saraf memikir, hatimahu saya sentiasa ada yakin bahawa sukan mampu memupuk silaturahim jitu dan biarpun kekadang dilihat berdifat pelik, saya akan tetap mJustify Fullerancang pembangunan bola sepak yang seiring dengan pembanguan akademik, sekurang-kurangnya saya mahu buktikan bahawa kebajikan persatuan bola sepak mampu menyumbang kepada kebaikan untuk masyarakat.

Semoga hari-hari di Kota Bharu ini akan sentiasa terisi selagi khidmatku diperlukan di sini, sebelum bakal ku tinggal pergi.

Wednesday, January 11, 2012

Warna

Di sana dari jauh seorang teman sejati menyiapkan laporan penjelasan atas dakwaan tidak adil. Kes berlaku Disember lalu, hampir selesai tapi ditimbulkan semula awal petang semalam. Petang dan malam semalam kami berbual dari jauh by phone kurang lebih 48 minit.

Rasa sangat perlu untuk bantu teman sejati ini. Lagi lebih-lebih bila dakwaan adalah dalam bentuk aniayaan. Semalam dia menaip dan menyiapkan sehingga hampir jam 1 pagi. Kami padatkan isi dan panjangkan kupasan untuk benar-benar-benar jelas, tepat. Saya mencadangkan untuk dihantar terus pada hari ini. Alhamdulillah kupasan ada dikait dengan banyak hujah berbukti, sedikit akta dan undang-undang dan menggerudi kupasan kemunasabahan relevan kepada 3 pendakwaan yang diutarakan dalam surat petang semalam.

Hati teman itu sudah pasti banyak warna kini. Kalau dulu sangat banyak warna biru muda, kelabu cair dan green pucuk pisang, tapi nampaknya kian diguris oleh warna merah biasa, merah pekat sedikit dan merun pekat merah. Kebetulan pula, saya ini hari secara tidak sengaja dipercik juga sedikit warna merah yang pertama, dalam hati, yang terbang dari lain. Warna dalam hati sedikit berubah dek khabar dari kontur koordinat beda. Mungkin hanya sedikit. Di sana teman sedang berperang dan perlukan kekuatan serta punyai banyak sabar biasa dan sabar magis. Ssdl di sini perlu kuat jirus warna lain yang tersinggah demi nyah teristimewa buat warna merah biasa itu agar pergi jauh-jauh infiniti.

Memang hebat, kalau direnung motivasi kisah mengapa angsa dicipta untuk terbang bersama dalam bentuk V di udara. Unik teristimewa. Begitu juga betapa sugoi@awesome kisah lebah-lebah dalam buatan sarang lubang-lubang pentagonya yang berjaya mereka ukur sama bentuk sama saiz sama tebal dindingnya biarpun disiapkan oleh lebah-lebah berbeza. Tapi motivasi sedikit luruh dek kerna warna ini, agak sukar terubat.

Semoga teman berjaya di sana, saya berjaya tepis di sini. Amin.

Wednesday, December 28, 2011

Kerna Travelog

Senipis konjuktiva paling muda, tapi mungkin lebih tebal dari iman kita yang paling berusia. Macam juga dermaga kapal dan perahu pasti lebih utuh jitu kalau ada modem penyambung antara dua dermaga. Mencari travelog itu.

Pada awalnya mungkin satu kebetulan tidak bertemu. Walaupun puas diredah di beberapa buah HonYa (Kedai Buku). Dari Tanah Rendah Sekebun Bunga hinggalah seluas kota pusara lama. Ironinya kebetulan sukar jumpa, biarpun dikhabarkan merata dimana-mana. Sehinggalah qalbu memilih untuk menempah dari sebuah honya di Tanah Rendah Sekebun Bunga. Panggilan masuk ke telefon membawa berita travelog yang ditempah sudah ada. Lantas hati mahu terus gegaskan kancil tua menjemput travelog di sana. Terima kasih buat seorang Pakar Cara Fikir Terkemuka yang jauh di sana atas nasihat dan bagi semangat pada insan lemah di Tanah Rendah Sekebun Bunga. Ketahuilah wahai Tuan Pakar, bahawa saya telah jumpa melalui tempahan sahaja kerna berlaku sedikit cerita berironi semasa mencari cara biasa. Shinsetsu sensei wa, arigatou gozaimasu. Kepada jurujual Osman Muda HonYa juga, arigatou ne……

Mungkin sebab itu Pakcik Lewis Walker pernah berkata lebih kurang berbunyi “Apabila anda’ berniat’ hendak memiliki sebuah kabin di atas bukit suatu masa nanti, maka “suatu masa nanti” adalah kabur dan “bukit” juga sebagai kabur. Jadi jika anda benar-benar mahu, maka tetapkan di atas’ bukit mana’ dan berapa kos bagi mencapai impian tesebut. Tambahnya kos kabin pada masa sekarang mungkin berbeza dengan kos 5 tahun akan datang. Dan pakcik Lewis ini membuat kesimpulan bahawa jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur. Dan ini sekaligus menceritakan bahawa Pakcik Lewis ini bagai mencedok teori yang sekian lama lebih kurang 1400 tahun dahulu telahpun dicipta Muhammad junjungan desar dengan kata-kata “Sesungguhnya setiap amalan mestilah dimulakan dengan niat”. Ya, niat mestilah jelas, betul dan tepat sebagaimana betapa signifikan dalam kita membezakan antara Adaptif dan Munafik.

Semoga ayat-ayat dalam irama mirai (masa depan) yang berbunyi… Yume wa itsumo sora takaku aru kara (Impian kita selalu tinggi di awan) akan ternyata dan terkesan, kerna andai kita jatuh, Allah akan tetap bersama kita asalkan kita sentiasa ada Syukur dan berkata…… akirametakunai!!!!

* Akirametakunai - Saya tidak mahu putus asa

* Ya Allah, tunaikanlah hajat ini...Rainen made ni Watashi no ryouko no miyage banashi wa shuppan shimasu..... InsyaAllah, Amin.



Tuesday, December 6, 2011

Pemanduan dan Pencarian

Minggu sebelum itu semai sedikit benihan sayur tamu. Minggu lalu 5 hari jadi pemandu. Tolong pandukan buat mereka. Memandu kereta atau kuruma o' unten shimasu ke Kota Johor.

Membawa sekeluarga pakcik itu untuk bertemu anaknya di daerah selatan bumi tuah kita. Di celahan 5 hari itu, Alhamdulillah kerna Allah bolehkan masa untuk hamba ini ziarah beberapa kenalan yang sedang sedang masih dilanda uzur yang berbeda. Membawa pakcik menjalani hemodialisi secara tumpang dua hari di sana hasil selangan, kemudian singgah di rumah Wak Mbahh neneknya Tuan Hamdan yang sedang dilanda sakit lumpuh yang terus dijaga jujur rapi oleh Wak Minah, seterusnya melawat Tuan Lukman H yang masih dilanda ujian pandangan pancaindera yang langsung tidak bisa menerpa raut apa jua wajah di depannya. Tapi sikit-sikit, gembira lega kerna Tuan Lukman H nampaknya Alhamdulillah semakin sihat dan semakin 'berisi dan tinggi' kini. Cuma yang masih sedih adalah matanya, ya matanya celik tapi pandanganya gelita.

Semoga Tuan sentiasa bersabar dan berdoa.
Hamba yang daif ini akan tetap panjat-panjatkan doa buat tuan. Semoga sinar sembuh kian hampir, dan membondong bondong lagi banyak nikmat buat tuan di masa depan, Amin. Ohya, teringat pula berita bondanya Cik/Puan Ainsyah yang rasanya baru selesai pembedahan. Juga semoga cepat-cepat baik, nyembuh dan genki desu. Lihatlah alam fana, wajah Lukman H itu, semoga ceria minggu semalam itu adalah tanda kepada 'durian runtuh' nikmat yang bakal didatangkan padanya. Shitsurei shimasu.

*Terima kasih jua diucapkan kepada gadis kelantanese tudung labuh kulat-kulat yang menghadiahkan saya sehelai kopiah putih bercorak bunga mudah, sebelum berangkat pulang dari kembara pemanduan dan pencarian 5 hari ini. Arigatou ne, genkide.

Sunday, November 20, 2011

Mendung

Hembusan nafas akhir bakal isteri solehah, disaat tinggal sehari sebelum di ijabqabulkan.

Sedih pilu selubungi bakal suami dan keluarga. Kenduri walimatulurus bertukar warna, terbina urus baru, kenduri tahlil secara Isshoni. Damailah roh Allahyarhamah di sana. Inori dari kami-kami buat arwah moga tempat himpunan baik-baik dilandaskan dan tenang aman. Aman dalam kerehatan yang diberkat. Kepada bakal suaminya, semoga tabahlah. Perit ujian duga itu, tapi pasti Allah ada hikmah sayang kamu berdua dalam dua kala beda. Siapapun yang teralami, pasti terdiam diri bersama menungan rindu semat-semat abadi. Kerna hanya tinggal sehari bakal bergelar Suami kepada Isteri yang telah pergi. Ya Allah, aku sendiri terkedu dalam hati bila mengenangkan nasib menimpa saudara yang merupakan karib sendiri. Semoga genangan memberikan satu cetus baru dalam insafi...buat kita yang masih bernyawa kini. Esok belum pasti.

Ya Rabb, hikmahkanlah karunia hebat-hebat dari Al-Imran bait-bait tujuh dan lapan.

Isuramu no tame ni inoru. Isuramu (イスラム) is Islam. Inori is Doa, (Inoru = Mari berdoa)

Monday, October 24, 2011

Bisik-bisik Gemersik

Membuka kotak kecil minda 2007. Pada masa tanggal ke-4 dalam musim Julai. Bersempena dengan hari keramat lahiriah sendiri. Kalaulah ia menjadi kenyataan sebelum menghembuskan nafas nafas nafas akhir ketika mahu meninggalkan fana ini kelak.


Masih bugar ingatan pada ketika itu, memikirkan dan menyimpan hasrat berniat pada suatu hari nanti, kiranya punyai rezeki restu Illahi….mahu sahaja menubuhkan sebuah rumah kebajikan anak yatim yang indah mesra alam milik sendiri. Bercirikan taman-taman indah sekeliling, kebun sayuran, padang ragut kecil yang menempatkan beberapa populasi hayawan Sunnah…kambing dan bebiri, kolam free-shape berwakafkan keluarga itik-itik bersih yang mandi-mandi dan disulami anak-anak penghuni yang baik akhlak budi pekerti. Meskipun, mungkin masih jauh untuk dicapai, namun tidak salah rasanya menyuburkan kembali impian ketiga ini di kala periuk-periuk lamunan kembali berdendang dan menyentuh gemersik hati. Ya Allah, tunaikanlah impian niat ini suatu masa nanti, padaMu aku memohon dan berserah.


Gemersik hati 2011 ini pula sekadar mencipta satu inovasi diri mungkin untuk 2012. Merisik hati bertanya diri, samada “Sesuaikah kalau sebiji Kek Pernikahan yang kebiasaanya disulam dakwat krim aising dengan ayat Selamat Pengantin Baru menggunakan tulisan romaji itu ditukar ganti dengan menggunakan Khat Jawi Thuluth atau Diwani. Rasa-rasanya lagi indah, cantik dan berseri dan yang pasti ia lain dari yang telah banyak diaplikasi. Harus terus memikir agaknya barangkali.

Monday, September 26, 2011

Rose-coloured Spectacles

Persekitaran yang sudah-sudah terlihat pernah sangat banyak berlaku. Mendapati bahawa pelbagai variasi patern yang keluarga kalau kurang utuh rapat, pasti apabila kedua orang tua (ibu dan bapa) sudah tiada @ meninggal dunia, hubungan adik-beradik akan semakin jarang dan jauh, ironinya walaupun kiranya dekat lokasi mastautin. Adakah ini antara realiti besar kuasa pengaruh pentingnya orang tua? Atau antara kesan pentingnya hubungan beradik dibina kuat sejak kecil konsisten sehingga dewasa yang disulami makna-maknanya? Atau ada logik jua kalau dikatakan ia adalah kesan bila aspek agama ditinggalkan dalam pengamalan?. Realiti observation dalam-dalam kalau hati kita perhatikan, jelas bahawa banyak hubungan adik-beradik beransur pudar bila kedua-dua insan penting sudah tiada. Kalau salah seorang masih ada, kesan tidak ketara.

Historically, Muhammad junjungan besar sentiasa melihat fenomena yang berlaku pada setiap populasi dengan gaya pemikiran hebat, mantap dan penuh optimistik. Kuasa menilai ufuk senja environment yang bersifat Rose-coloured spectacles. Juga sesekali digelar oleh sesetengah bangsa sebagai Rose-coloured glasses. Hebatnya ketokohan pemikiran insan agung itu, walaupun sebagai anak yatim ketika masih dikandung.

Kita hari ini, sudah pasti yang telah terjadi, tergagal sedikit didik, terkurang foster yang wajib dan kadang-kadang ada gelincir terpijak sukar untuk baiki kembali. Tapi sebenarnya, nyata adalah banyak ruang dan peluang untuk kita to start off kembali. In order to propogate the meaning of "foster", mungkin amalan Rose-coloured spectacles adalah antara pilihan boleh dipraktikan.

Marilah bakal-bakal suami, bakal-bakal isteri, bakal-bakal ibu,bakal-bakal bapa dan jua golongan telah sebagai ibu bapa...berletihlah wahai kita-kita mencari ilmu membina rumah tangga semasa bersifat "sebelum" ini agar tak penat semasa di hari hujung-hujung sana selepas bergelar "sesudah". Ke arah membina sebuah bangsa yang optima kuat, bukannya maksima hebat. Ingat, "OPTIMA"!!!!!!, dan bukan maksima. Menjunjung kasih, kasih nan sayang berundur diri bersama ucapan sekian. Arigatou. Genkide!!!!!