Monday, July 4, 2011

Otanjoubi

Muka surat 111, dibawah tajuk Signal-Detection Theory, kitab Introduction of Psychology adalah tajuk gaya fokus ala rileks yang ssdl baca sebelum ditutup buku untuk menulis entry ini. Ya, sedikit sahaja dibaca dan tenung faham cuba menguat raut diqalbu pinjaman dari Maha Pencipta. Ayat berkotma 3 butir di atas adalah sebagai Mukadimah.


Baru pulang dari jemputan makan malam di rumah Pak Safari (besan-nya Pakcik Samuri yang datang ke rumah petang semalam), melihat kalendar…..wah ssdl hampir terlupa yang 4 Julai bakal kunjung beberapa jam minit lagi. Usia nombor 25 bakal tinggalkan diri dan 26 bakal mari. Bersandarkan teori itu, terlintas di kotak fikir apa agaknya rasa insan-insan yang dikatakan pernah sambut Otanjoubi sendiri??? Terasa ingin rasa, dan terasa mahu cuba. Kertas merah gambaran gugur daun Nipon itu bakal jadi saksi perbicaraan coretan sambutan Otanjoubi ssdl sendiri. Ya, mahu cuba rasa apa agaknya. Juga, terima kasih yang tinggi ulung saya ucapkan kepada Tuan DausSlancar di atas kesudian mengirim sms ucapan Otanjoubi dan kalungan doa. Semoga timbalbalik ucapan doa saya buat tuan tadi dimakbulkan.


Menutup tirai 25 usia malam ini, ssdl dengan rendahrapat ke tanahbumi menundukkan diri mahu berkongsi satu teori sendiri. Percayalah dan sebarkanlah bahawa bagi sesiapa yang mempunyai ruang tamunya luas dan agak selesa, cuba anda sediakan satu meja di kawasan rehat ruang itu(di suatu sudut) dan letakkan buku ilmu pelbagai dalam gaya susun untuk mudah dicapai baca. Kerna pada kajian ala kekampungan saya, motivasi akan naik mendadak untuk menarik lebih minat membaca buat kita-kita sekiranya di ruang duduk rehat selesa ada pelbagai buku yang mudah dicapai di sana. Teori ini aplikasi dan terkesan jika dibanding dengan beda taruk buku-buku yang di susun kemas rapi dalam almari. Ohhh, rupa-wajahnya, motivasi membaca ada kaitan dengan di mana jarak jauh terletak bukunya. Ini kira-kiraan saya. Issyoukenmei benkyou shita node, yoku wakarimashita. Gambarimasu…. Haik!!! Titik…! Welcome 4 Julai.


* Ya Allah, teruskanlah rasa nikmat bahagia serta sentiasa pelihara selamat inap di kediaman baru sementara ini. Amin.

Friday, July 1, 2011

Hijrah Julai

Demi sebuah kebenaran, demi bencikan fitnah dan “penggubal cerita” yang bijak main sandiwara wayang…maka penghijrahan adalah satu jalan yang diajardidikan.

Aksi membisu yang hasrat mahu kendurkan yang telah busuk, akhirnya menambah lagi contengan arang gubalan tokok tambah si pemain wayang. Ya, aku perlu pergi demi sebuah kebenaran dan kekecewaan. Terima kasih Allah kerana menampakkan bukti-bukti yang terangan dan petanda gambaran duri halus itu. Kerna sebab-sebab lain, sanggup sebarkan alasan lain demi lindungi diri dalam puraan. Mungkin pada yang benar-benar-benar-benar-benar tidak tahu kisah sebenar, akan menyerong pandang. Apa yang penting, ssdl ingin kalung setinggi penghargaan di puncak pucuk klimaks kepada yang benar-benar ketahui kisah sebenar dan kenali hati budi ssdl.


* Kadang-kadang kesian pada Surya dan kelompok lain. Pertolongan dan bantuan ikhlas dibalas sesuatu yang opposite. Teringat pula kata-kata DrH yang mungkin mendapat maklumat kurang tepat atau “tepat tapi kupasan salah”. Semoga suatu hari nanti, semakin terang bersuluh pancar sinar kelih.

Thursday, June 30, 2011

Ketemu

Alhamdulillah, akhirnya "Menanti" berhasil dan termakbul. Thank You Allah, Maha Esa yang menunaikan, yang menjumpakan, yang sangat mengerti apa terkandung dalam hati. Ku bertemu kembali. Arigatou ne....juga pada sahabat yang turut sertasama dalam derma doa-doa.


*sambungan entry sebelum

Monday, June 27, 2011

Menanti

Puas ku mencari, aku benar-benar mengharap akan tertemu kembali. Sejak malam sebelum siang tadi, aku merata jejaki, cuba ingat kembali sebelum detik kira berlakunya hilang ia. Aku ulang kembali ke rumah KA, rumah SG, ke sekolah di tapak hari amal tempoh hari, Restoren Pak Ngadino dan juga sudah puas banyak intai-intai di celah dalam badan kancil 660. Tapi semuanya hampa dan tiada.

Ya Allah, tunaikanlah hajat ku dalam sunat hajat di malam ini, maqbulkan lah doa hamba daif lemah ini. Aku benar-benar rindu pada Qur'an kecil keramat itu, yang benar-benar aku sayang nan cinta. Entah di mana aku tercicir. Rindu kitab kecil ku itu, yang telah sangat lama menjadi teman hingga ke Sakuragaoka dulu, tapi kini entah di mana.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha tahu isi teras qalbu ini.


*Seingat minda, kali terakhir dalam kocek sebelah kanan malam itu ke warung Pak Ngadino, sebelum ke rumah KA dan rumah SG, dan esoknya awal pagi ke program hari amal. Atau mungkinkah, takdir menetapkan ku perlu beli baru ? Aku pasrah dengan penuh berserah dan dengan segala ketentuan dari yang sangat Maha Maha Maha Kuasa.

Wednesday, June 22, 2011

Terletih

Lelap petang tadi, aku didampingi satu mimpi indah.

Di lereng bukit rumput hijau bersama keluarga di kampung, kami didatangi beribu ekor kijang berbintik bintik cantik yang jinak dan manja mengensot badan berbulu halus, kumpulan burung lembut bertingkah terbang sekawan hinggap pergi dan hinggap kembali. Indah tapi mampu membuat dilema dan juga rasa takut. Apakah maksud mimpi itu, petanda atau permainan lelap keletihan sahaja.

Monday, June 20, 2011

Cuti dan Imbau

Alangkah berwarni nya warna andai saat ku sakit senak perut ini…tapi masih mampu jadi tukang sapu jarak jauh baru sisa tsunami lalu. Terpaut ingat rasa rindu pada kala sakit di Nihon lalu, ya….dibanding beda, nyata sungguh berbeza rasa sakit serupa itu di sini dan fenomena di Sakuragaoka, jika dibanding seorang diri pada Ramadhan lalu di rantau terbit cahaya itu. Terima kasih buat tuan M.A kerana lampir slip MC buat saya hari ini. Tidak bertemu gakusei lah pada hari ini.


Terima kasih yang tinggi harga juga saya bujurkan buat CIP TUA, JAPAN kerana sudi pos kan buat saya sebuah buku tentang persidangan dan symposium kita, dan frame gambar edisi Tokyo Nodai, serta kepingan gambar penting itu, terus ke alamat ceruk kampung saya baru-baru ini. Alhamdulillah dan terima kasih kerana faham selami, tahu erti, pandai nilai maksud ukhwah impian agama saya walau pada kamu yang tiada agama. Arigatou kerana menyahut tali silaturahim yang saya panjangkan. Ya Allah, kuatkanlah iman hambaMu yang lemah dan cukup daif ini.

Friday, June 17, 2011

Genangan

Jangan ditanya mengapa Genangan nipis kuasai sesisi birai.

Sungguh ku tak terucap, terharu mendengar kata-kata sokongan dari sahabat-sahabat yang sangat memahami maksudku kerna tindakan itu. Sungguh ku bagai hampiri tertitisnya isi kelopak ke lantai dada meja. Ya Allah, sampaikanlah mimpi indah penghargaan ku buat beberapa mereka-mereka yang faham isi hati ini, kerna ku sangat membagai hargai mereka. Terima kasih menyuburkan yang layu, menyegarkan yang kuyup dan menyemat yang terbujur. Mendamba yang terdambar. Kau menyiram genangan.

Pandangan

Akhirnya, kamu berjaya ku tundukkan, kamu hormat dan patuh arahanku, kamu libatkan diri kamu-kamu. Kamu-kamu mampu berubah!!!! Pandangan 3 langkah ssdl namakan formulasi baru untuk kamu wahai gakusei, inovasi inspirasi dari si pencakar getah tua.


Ya, rasanya terkesan untuk polupasi kamu. 3 minggu dulu-dulu, kamu benjolkan sikap nakal ala lantang kamu, kamu seolah mahu cabar ssdl, kamu macam hero lubang tikus buruk. Akhirnya, aku mencipta teori formulasi ini untuk kamu, pandangan 3 langkah aku nobat. Alhamdulillah terimakasih terimakasih terimakasih Allah. Mereka nampaknya terkulai layu-aktif untuk ubah environment kelas mereka kepada bernilai aman yang bercangkuk cekap!!!!!! Tahniah buat subete gakusei kerana sudi termakan formula pandangan 3 langkah. Percayalah subete gakusei, biarpun ku dibilik berteman bulan di langit luar, aku menongkat mata bersama bulu-bulunya semata bina pandangan 3 langkah untuk terkesankan suasana belajar mu.


Ingatlah, biar pun kita tidak sekuatabah Nabi Idris ditemani Jibril menjelajah singgah ke neraka sebelum ke syurga dan kekal di sana, biarlah kita secekal Siti Hajar yang biarpun dalam kehausan di padang pasir, tetapi kuat merintih air untuk Ismail, bila air ketemu……. disedekahkan zamzam itu pula buat rombongan Jurhum yang akhirnya terciptalah satu desa baru yang aman, makmur dan subur.

Monday, June 13, 2011

Kinen no Tame

Dinihari gelap itu, mengingatkan warna beberapa bulan lalu sebelum batu pahat disinggah. Jam 4 pagi sering kali mainichi mainichi mainichi membangkitkan hatimahu, mencerahkan mata dan menyuntik semangat untuk ku buat juadah itu. Terima kasih rimba renjis semangat di awal pagi itu. Sekurang-kurangnya dengan ku sedia kuih itu secara mainichi untuk dihantar ke kedai, maka dapat jua ku mengkerapi subuhi surau agung itu. Kerana setelah siap ia tersedia, subuh datang bersambutan. Karipap tradisi membawa ku untuk kerapi subuhi surau di dinihari. Biasalah, warisan dari populasi dukuh lama.


* Iklan - Biar apapun tuduhan dan anggapan, janganlah dilayan dan diberi muka pada sang penipu besar, penyebar fitnah dan insan biadap dalam senyap. Thank you Allah, memberikan petunjuk…..rasanya masih tidak terkewat, InsyaAllah.




Wednesday, May 25, 2011

Bertuah Meja Itu

Sebelum lelap mata semalam,Terbayang di suatu ketika dulu…. memoir 7 tahun dahulu, pernah ku hadiahkan sehelai tudung labuh buat seorang gadis cantik yang pada kacamata ku…ku rasa sangat lagi lagi bertambah cantik dan ayu sekiranya dia memakai tudung labuh itu. Tapi sayangnya tudung labuh itu tidak dipakai bahkan dicadangkan dan dilihat oleh mereka seperti sangat sesuai dibuat alas meja. Aku mampu tersenyum buat gadis yang pernah dulu ku didetik minat. Maklumlah, dulu siapalah aku.


Sebelum lelap mata semalam, Teringat satu saat di mana ku pernah nasihati seorang gadis baik dan cantik tentang ketat seksi pakaiannya dan alangkah sangat rugi bagi gadis baik secantik dia memakai sebegitu. Tapi akhirnya aku dihambur kata sinis “ jangan jaga tapi kain orang dan ruang kubur lain-lain”.


Sebelum lelap mata semalam,Terkenang satu, aku teringat pelajar-pelajar kelainan upaya yang ku observe senyap-senyap setiap hari psikologi perilaku mereka memandangkan pejabatku sebelah sahaja dengan 3 station mereka. Aku sangat simpati, walaupun ku sedar hembusan doa insan jahil seperti ku belum tentu diterima. Bila ku jeling beserta senyum pada anak-anak itu, ternyata mereka senyum balas juga walau mungkin lain makna senyum mereka.


* Jauh disudut penjuru hati, aku gembira dengan kalau tidak silap khabarnyanya, khabarnya spesis tudung jenis itu kini tidak lagi di erti sesuai untuk alas meja bagi si dia, bahkan realiti ditempat yang penuh erti-erti suci. Harap ia berita benar . Dan pada yang lain upaya, aku ku cuba sentiasa cuba menyelam dalam lubuk Qalbu anda. Nantikan sentuhan manja dari saya. Terima kasih kepada yang sebenar-benar kenal Ropi, dan bukan yang mencipta Ropi 1, Ropi 2, Ropi 3 dan seterusnya.