Tuesday, June 18, 2013

Pulang Dari Kerja

Kuntum surprise buat zaujah tersayang sempena pulang dari gakkou semalam. 

Sesekali tanpa diduga oleh si dia, indahnya biarpun keletihan urusan seharian di bangku didikan, rela ku ukir sekilas kotoba. Semoga myhumaira sentiasa dalam kebahagiaan, Amin. 

Terima kasih di atas kesudian menjadi surihatiku.



Tuesday, June 4, 2013

Sekuntum Humaira

Kalaulah dapat ketemu tuan-tuan guru yang mengajar ilmu tahuan itu,ingin membibir jutaan atigatou kasih kasih. Berharganya mendalami ilmu tahuan bagaimana Nabi Rasul ulung berkasih sayang bersama Humaira zaujahnya, caranya romantik terhadap Ainsyah. 

Lebih-lebih lagi dikala zaujah kita dalam ketidaksihatan dan alahan. Nikmatnya bagai berkuntum frangipani putih bila dapat memberikan kasih sayang berperihatian buat si manja tersayang. Alhamdulillah, syukur di atas peluang yang dihidang dari Maha Esa pemilik alam.

Kalaulah kalian tahu bagaimana nikmatnya romantis Nabi ulung itu yang pernah membaca Qur'an sambil diribai Ainsyah. Itu hanya antara salah satu dari jutaan ribu. Es-Yu-En-En-A-Hesh.... Sunnah.

Thursday, May 23, 2013

Semangkuk Peta Putih

Mampukah saya membantu dia? Persoalan yang berhalilintar dalam tempoh durasi agak lama. Kerangka kubah-kubah untuknya dibina oleh insan serba lemah dan kurang ini. Kalaulah berjaya......... besar artinya. Selamat berjaya diucapkan buat yang telah segar dari sedikit mimpi lena. Terimalah semangkuk air putih dari ku dan basuhlah muka dan luka. 

Friday, May 3, 2013

Damba Dinihari

Penghujung hari sudah seberangi tingkap hari baru. Diri yang belum lena dek ketidaksihatan diri. Sejak kurang 48 jam lalu, pelbagai sakit singgahi diri. Demam, batuk, pedih tekak, selsema dan urat tulang kipas meragam. 

Termenung sejenak. Mampukah menyampaikan ceramah pagi jumaat esok memenuhi jemputan dalaman nian. Atama ga itai node, watashi no kotoba wa ii desu ka? ..ashita...byoin e ikimashita ka...???. Daijoubu desu..!!!!. Islam no koto takusan to issyoukenmei benkyou shitai node...yoku wakarimashita. Gambarimasu.......  Tsuma ni wa, oyasuminasai... ii yume mite ne.. Anata wa totemo shinsetsu to kirei to tokubetsu desu. De wa owarimasu.

Thursday, April 4, 2013

Doa Buat Yang Enam

Baru sahaja kembang sekelopak dari tujuhnya, enam berbaki dikupis. Maka terkulailah ia layu. Tak mudah terlupa, menanti enam layang dijatuh. Dicantas cermat sekali lagi. Memanis yang gigih membujuk hatinya. Semoga doa didamba buat yang enam kembali terbang tuju pucuk hikari membiru nan putih tetompok suci.

Thursday, March 28, 2013

Sakura Hati

Terbayang menungan didagu seketika dulu-dulu baru dari secebis memoir indah di Sakuragaoka, Setagayaku. Pernah ku mencoret antara kenangan indah di bawah pepohon zelkova di saat gugurnya lamah ayu daunnya disebalik sejuk salju cuaca musim bunga itu. Kisahnya masih DI SINI. Tempat berkelana mencari ilmu baru. 

Terbayang antara hajat disemat ketika menungan di bawah pohon itu....suatu hari nanti ingin ku bantu dan bantu pada insan memerlu, andai peluang nan ruang terbuka menuju. Alhamdulillah, setelah kian didaki, cemuhan diberi ambil lagi, dan dedugaan kian ditempuhi....., ruang muang kembali datang bersama sinar tak sepi. Mungkin benar kata Nihonsei... "Isshokenmei benkyoushita node...yoku wakarimashita". 

Seperti juga dalam Islam, para cendekiawan seringkali bertutur "Wahyu yang benar datang daripada sumber yang tepat, sekali-kali tidak akan menyalahi akal manusia yang rasional". Indahnya dapat berbakti sebelum ku tinggalkan pergi nanti. Titik.

                                     


Tuesday, March 5, 2013

Bersama mu

Kalaulah ramai kita yang bangun ditengah hening sepi malam untuk mendoakan keselamatan para perajurit pertahan negara. 

Semoga roh yang relah pergi ditempatkan bersama yang beriman, yang masih terlantar di rumahsakit kian sembuh, dan kita semua sentiasa dilindungi Allah. Pengorbananmu wahai perajurit amatlah mega. Kami senantiasa bersama mu. Ya Allah selamatkanlah mereka yang kini di medan juang. Ameen. Sekali lagi...pengorbanan kamu-kamu amatlah besar dan tidak terbalas.

Marilah kita bersama mendoakan untuk Tentera Malaysia, Sabahan di Lahat Datu, Sempoarna, Tawau, Sandakan dan seluruh umat Islam di dunia.

Monday, March 4, 2013

Seplastik

Alhamdulillah, awal tengahan Februari lalu, dijemput untuk mengadakan bengkel motivasi bagi kanak-kanak cilik SK. 

Semoga hasrat dalam korelasi objektif yang saya bina untuk anda sekalian, mencapai tahap optima seperti yang telah digarap. Saat manis ketiga hadir di saat saya menuju hampir memintu Nissan, dan datang beberapa cilik membawa "jajan khas untuk saya", kata mereka...ambil lah cikgu penceramah...hadiah ikhlas dari kami. 


Sungguh terharu nan rasa mahu saja air kelopak muda terkeluar. Saya hanya senyum dan mengucapkan terima kasih. Sambil memandu pulang kediaman, saya melihat seplastik pemberian kanak-kanak yang diletakkan disebelah sampul saguhati dari Tuan Besar mereka. Di kelopak air tertahan melihat isi seplastik terkandung, keropok roll coklat, cakkedis gemaran mereka pun ada, dan beberapa supeik keropok. Ini semua membuatkan saya memikirkan sesuatu yang baru.






Friday, February 22, 2013

Nngaji

Alhamdulillah, lepas magrib semakin bertambah kanak-kanak riang datang mengaji di rumah. Terima kasih Allah kerana maqbulkan kesudian hati. Indahnya dapat ruang berbakti, sebelum bakal ku tinggalkan pergi.

Odaijini

Hari ini genap 2 tahun dari tarikh Tuan Lukman menjalani pembedahan kepala pada bahagian otak. 

Alhamdulillah kami sentiasa berhubung melalui telefon, dan semalam kami turut berbual lama sekadar dengan keitai (keitei=handphone, denwa=telefon) sahaja kerna dipisahkan dek jarak nan jauh. Suaranya ceria dan setiap kali kami berhubung dengan keitai biarpun beberapa kaili dalam sebulan, Tuan Lukman sering mahu berjenaka dan mengimbau kenangan lama bersama. 

Sesekali terharu pabila Tuan bercerita tentang kita bersama ke hospital dan kemudian di tahan di wad seharian suntuk. Semoga tuan sentiasa sihat walafiat saya baitkan doa didokong. Dingin malam ini ku termenung dipintu mendongak ke langit memikirkan sedihnya sahabat ku yang telah sekian lama hanya mampu melihat cahaya sinar-sinar sedikit sahaja. Sudah 2 tahun genap cukup. Sabar ya Tuan. hamba lemah ini akan sentiasa mendoakan tuan.

Alfatihah jua buat sepupu saya dari Pasir Puteh yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini kerana terlibat dalam kemalangan di Paloh pagi tadi, semoga roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. Semoga adiknya yang dikhabarkan sedang kritikal akan sembuh dan selamat, InsyaAllah. Ameen.