Monday, May 7, 2012

Masih

Debu rindu putih terbang dari jauh kian kembang. Rindu putih tak tenggelam dek keseorangan hayunan langkah sepasang kaki di pantai sisiran semalam.

Larian kekanak bersama wau warna warni nya tak mampu menjadi ubat rindu di pantai itu. Setiawan dari jauh buat sekuntum. Masih dipisah dek hukum suci alam. 

Thursday, April 26, 2012

Cerita Angka

Cerita pertama Ia tentang duakosongsatu. Semasa diploma dulu, nombor bilik C-201, Ijazah L7-201 dan semasa pengajian di Sakuragaoka, Setagayaku Tokyo Japan pula nombor rumah 2B-201. Ia tentang kebetulan takdir untuk saya 201.

Cerita kedua. Entah kebetulan mahupun suratan. Angka nombor ini kerap terpai saya. Sejarah tertulis hari lahir saya jatuh pada hari 04 haribulan, nombor alamat rumah pula 004, kod program pengajian semasa diploma 04, kod program masa Ijazah Pendidikan pula 40, dan baru sahaja ke Mydin membeli Nomu Yoguruto (Minuman Yogurt) dan semasa diminta tinggalkan barang dikotak simpanan sebelum memasuki ruang belian barang, saya diberikan sekeping kad nombor dan nombor tertulis 004. Segalanya tampak kebetulan mungkin.

Tapi kelmarin bercerita kongsi pada teman tentang kisah nombor yang berlaku pada saya, lalu kebetulan pula didengari oleh insan lain disudut situ, dicatat nombor saya terkeluar dari cerita saya, kelihatan disalinnya, seakan mahu ada gaya ingin menikam nombor. Saya mula rasa resah, bersalah dan sedikit ada mungkin akan marah kiranya nombor itu ditikam judi. Segalanya kebetulan kisah benar tentang nombor datang terpa saya dan tentang cerita serta didengar olehnya. Semoga Allah sentiasa lindungi kita-kita.

* Nomu yoguruto adalah minuman amalan saya. Kerna ia mengandungi probiotik (bakteria baik) yang akan melawan dan 'bergomo' dengan bakteria jahat yang terdapat dalam sistem pencernaan tubuh badan kita.

Wednesday, April 18, 2012

Menanti Dibicarakan

Di kala menanti saat bahagia untuk Diijabqabulkan semakin tiba dan bakal menerima jemputan jelajah daerah baru, InsyaAllah, dan disaat menanti samada bakal dipilh sebagai penulis fenomena penganjuran Olimpik London dan InsyaAllah akan diterbangkan ke sana selama sebulan (sekiranya ada rezeki dipilih), ujian dari Yang Maha Esa datang menerpa ke dada diri. Amat perit untuk ditempuhi, difitnah lagi dengan pelbagai taburan pendakwaan.

Kelmarin CEO menghubungi dan menyatakan saya bakal dipanggil untuk diadili dan clarification. Janji mereka akan adili sebaik mungkin buat saya dan seolah macam yakin kebenaran di pihak saya. Apa-apa pun keputusan sedikit masa lagi, saya akan redha dengan ujian dan ketentuan Illahi. Semoga hikmah berbondong mendatangi saya kelak, InsyaAllah. Apa-apa pun, buat masa ini saya akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang dilantik. Adakah menjalankan dan menguruskan program mega kerjasama dengan SME Corp hujung bulan ini adalah projek plan terakhir saya dalam amanah bermula Januari lalu sebagai perancang pembangunan program di sebuan NGO ini. Biarpun mereka bakal menyebelahi saya, tapi tiada akan tipu didada bahawa hati sudah kian tawar. Qalbu mana tidak terluka andai madu sesudu dihulur sudi, semangkuk cebisan kaca halus dibalas beri. Terima kasih pihak yang know the true and full version story. Cikguzam akan tiada putus asa, InsyaAllah. Terima kasih kepada Keluarga tercinta, bakal isteri tersayang dan sahabat handai teman-teman yang dikasihi sekalian. Aishiteru.

Tuesday, April 17, 2012

Senjamaya

Gembirakah bakal-bakal guru muda nan baru yang semakin hampir dipanggil. Menanti berita penuh kepalang debar. Pasti yang masih ada kiranya tertinggal lagi untuknya, terus terukir cerita-cerita kelabu senja maya. Tahniah kepada yang bakal berjaya, dan sabar berbisik kiranya ada tertinggal sementara.

Thursday, April 5, 2012

Hive of Activity

Sebuah kampung dipedalaman itu sedang sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti mulia yang amat murni, bagus dan bersepadu. Dari jauh ia mungkin bersifat Perlina, tapi bagi saya yang tahu akan usaha anda, saya tumpang bangga dengan kamu-kamu. Mungkinkah kita bertemu ? Tertemu atau ditemukan ?

Wednesday, April 4, 2012

Madu di Sukma

Sukma dalam hati letih lusu kadang-kadang dan kerap juga selalu berlaku. Sejak semejak dua menjak ini. Kesibukan yang melanda sinda adakalanya meletihkan jua. Sepanjang siang sibuk bekerja, malam ke rumah seperti yang diminta mengajar anak-anak mereka. Semalam petang, keluarga yang lain pula ada hubungi minta juga mengajar anak mereka malamnya. Termenung memikir memandu pulang petang semalam. Mungkinkah makin kerap akan terjadi bilangan rutin keluar selepas subuh dan pulang ke laman sewa di lewat malam. Adakah ia ada kiatan untuk ...have a bee in one's bonnet... demi masa depan kita. Ya Allah semoga Engkau sentiasa curahkan rasa indah bahagia dalam sukma di jiwa.

Mahu terima atau terpaksa mohon undur diri.

Sunday, March 18, 2012

Syukur

Alhamdulillah syukur dariku padaMu Ya Allah, kerna masih menyelamatkan aku. Nota pemanduan di awal pagi menuju ke lembah kerja. Syukur. Sungguh Syukur juga tiada margasatwa kebetulannya tika di kala itu. Akhiru kalam sinar terus terpancar dek carian seorang "pejalan". Ya masih bersambungan....... Alhamdulillah.

Thursday, March 1, 2012

Apil Andalan

Renungan istirehat dalam dunia amat sibuk di pelbagai petang, pagi dan sedikit malam. Bukan hanya kerna tuntutan tanggungjawab di pejabat, tapi jua dek kerna sebuah gapura yang sedang dirancang bina. Sebuah gapura indah munculkah ia Jun 2012 ini??? Gapura bakal dibina bukan sekadar biasa-biasa, tapi ai lebih kepada bersifat Apil Andalan untuk zaman berzaman tanpa sekalipun akan jerungkis kiri atau kanan.


*Terima kasih Peter James Butler di atas sumbangan anda kepada kami di sini, biarpun ditakdirkan jodoh anda bersama kami di sini tiada lagi. Rinduan Mat Salleh yang amat meminati tutur dalam Bahasa Melayu akan sentiasa diingati. Terima kasih di atas saling hormat sepanjang bersama kami di sini. Butler san wa ogenki de itte kudasai. Gambatte....


Nota*.... Apil andalan- Kubu pertahanan yang kukuh, Gapura- pintu gerbang, Jerungkis- Condong

Kenangan Terakhir Bersama Butler di Wisma KAFA Sebelum Sidang Media

Pemandangan Indah di suatu Petang di Pantai PCB, minggu lalu saat istirehat keletihan fizikal

Thursday, February 2, 2012

Kelip-Kelip

Munking lelaki biasa macam Kita 1, Kita 2 dan Kita-Kita ada rasa-rasa segan untuk cuba berkawan dengan srikandi muslimah yang baik hati, berjuruh, dan sopan. Kebetulan anugerah Illahi padanya, punyai raut rupa terpesona dan sajlu juga. Bak kata Kita 2, rasa macam tak layak untuk berkenal-kenal dengan nya. Semalam terjumpa apa yang dimaksudkan oleh Kita 2.

Lagu dulu-dulu ada menyebut "Kelip-kelip ku sangka kan api, sinar matahari membawa cahya"....mungkin boleh dipilih sebagai analogi sampingan.

Thursday, January 26, 2012

Kota Bharu

Malam-malam rehat seorang di penginapan Wisma Kafa, agak sedikit sunyi. Lantas kerapi keluar memandu melihat gelagat manusia pelbagai ragam bicara, singgah di warung minum dan lempar senyum pada yang memandang. Itu antara rutin malam-malam di Kota Bharu kini. Destinasi antara pilihan kerap, memandu perlahan ala-ala rileks di persekitaran Hospital Kubang Kerian. Kerna saya banyak kenangan dulu-dulu di sana, soal bicara bersama sang tua-tua dan muda separa, soal disapa dari belakang oleh kenalan lama seorang muslimah baik yang kini telah menjadi isteri solehah milik si suami bertuah, soal hilangnya tapak lama pasar malam yang dulunya menjanjikan Kuih Manja Berinti Kaya lazat, dan macam-macam lagi. Ramalan mungkin 5 bulan akan berKota Bharu di sini. Berakit-rakit ku dari Hulu ke mari, berenang-renang ku kerap tak menjadi….. BerKota-kota Bharu dahulu ku seorang di sini, kerna selepas ini ku mungkin ke lain destinasi.


Imbas. Ditakdirkan Januari 2012 dijodohkan untuk bersama sebuah NGO. Mungkin peluang untuk menabur bakti sebelum merubah destinasi atau meninggalkan pergi, agaknya selepas ini. Sehari selepas temu awal di Kota Bharu, esoknya Tan Sri Presiden mahu terus bertemu kembali, maka kudrat sangkancil tua dikerah lagi ke Kota dari jauh. Malamnya pulang memandu seorang ke jauh di lubuk kampung pedalaman bersama segulung tanggungjawab berharapan.


Tan Sri mahu teruna kampung ini memikul tanggungjawab untuk Berfikir, Merancang dan Follow-up Program Pembangunan persatuan sukan ini agar kita sama-sama kecapi manfaat baik untuk semua. Saya terima dengan penuh buka hati diatas tanggungjawab dan amanah ini. Sebagai ahli akademik, saya tidak boleh lari dari tunjang teras asal. Biarpun ditanggungjawabkan untuk plan pembangunan program sukan Bola Sepak, saya sentiasa alirkan irama itu bersama isi-isian akademik, manfaat untuk pelajar sekolah dan masyarakat. Alhamdulillah, Tan Sri terima plan dan paper saya dan ia diklasifikasikan untuk charity event kelak, InyaAllah.Jauh, dalam sudut hati…saya memasang impian yang ada tetap, biarpun gembeleng terkudrat di saraf memikir, hatimahu saya sentiasa ada yakin bahawa sukan mampu memupuk silaturahim jitu dan biarpun kekadang dilihat berdifat pelik, saya akan tetap mJustify Fullerancang pembangunan bola sepak yang seiring dengan pembanguan akademik, sekurang-kurangnya saya mahu buktikan bahawa kebajikan persatuan bola sepak mampu menyumbang kepada kebaikan untuk masyarakat.

Semoga hari-hari di Kota Bharu ini akan sentiasa terisi selagi khidmatku diperlukan di sini, sebelum bakal ku tinggal pergi.