Wednesday, September 14, 2011

Kiasan Sinkopasi....Memoir Luka Tadi

Umpama, telah kita mendayung sampan buruk melalui cabang-cabang anak sungai yang berbeda bagai, memasang bubu sebenar milik sendiri dan menanti kiranya ada rezeki. Sehingga lenguh bahu dan kaki bagai diserang akamsia biasa-biasa. Ini hari, Alhamdulillah ada rezeki dan dapat hasil. Yang agak lumayan dan cukup menyenangkan.

Tapi terpaksa saya lepaskan kerana permintaan dalam sinis penghinaan daripada seorang yang terlibat dalam projek mega 5-6 bulan itu. Berat tapi saya dalam sedih perlu lepaskan. Ya Allah, gantikanlah yang lain buat hamba ini. Sesungguhnya Engkau Maha tahu terhadap apa yang menimpa aku dalam tawaran ini hari, dan juga penyelewengan maksud dari yang pura duka nestapa itu. Ya Allah, Engkau sangat faham tahu apa erti yang berlaku tadi. Engkau tahu betapa tawaran tadi mengapa dalam berat aku terpaksa tolak buang. Terima kasih Bos Projek yang membuat tawaran dan sangat saya hargai, dan cincang kasih kepada seorang orang dalam yang menghulur pedang serampang dua bucu. Ya Allah, ingin ku bertanya, benarkah tindakan Sinkopasi yang terpaksa aku ambil ini? Biar sukarrr pedih melihat isi gelemair di kelopak kornea mata sebalik kebuk anterior, aku akan mahu sahaja capai pendayung lama.

Kini, ku mendayung lagi sampan sendiri dan mencari lain rezeki biarpun laluan itu bersifat kanalikulus. Ya,kanalikulus.

* Sinkopasi (mengubah irama), kebuk anterior (bahagian yang terletak antara kornea dengan iris dalam bola mata), kanalikulus (saluran atau laluan yang sangat sempit)

Sunday, September 11, 2011

Untukmu

Mungkin nilai itu kecil biasa. Tapi makna ia cukup besar. Syukur pada Illahi. Totemo tanoshikatta desu. Terima kasih buat 3 orang sahabat dulu kala yang kita bertemu baru-baru ini setelah sekian lama tidak berjumpa, yang sudi mendermakan buat seorang sahabat saya yang masih diuji dengan sakit mata itu. Semoga Tuan Lukman H sentiasa berdoa dan bersabar di sana. Sedikit rezeki dari 3 sahabat lama saya buat Tuan Lukman H biarpun mereka langsung tidak mengenali Tuan Lukman H. Inilah yang dikatakan ihsan. Hati baik ingin beri biar tidak kenal dan tanpa pernah bertemu sua. Kepada sahabat bertiga, terima kasih dan saya tumpang bangga dengan anda-anda-anda.

Tuan Lukman H gagal saya hubungi untuk memaklumkan RM 50 sedekah dari yang bertiga itu telah saya bank in kan pada akaun tuan. Terpaksa meminta bantuan dari kawan baik tuan, iaitu Tuan Shahrin. Terima kasih pula buat Tuan Shahrin atas sudi-menyudi segera maklumkan pada Tuan Lukman H. Semoga sumber wang itu dapat meringankan beban tuan di sana. InsyaAllah kalau-kalau ada lagi, nanti saya tolong bank in kan lagi. Semoga tuan cepat sembuh..... Amin Amin Amin Amin Amin Amin Amin.

Thursday, September 1, 2011

Eid

Masih ada ramai yang menanti hari lebaran dengan penuh kesukaran. Masih ramai yang menangisi di lebaran kerana perginya insan tersayang. Masih ada yang benar-benar dalam kedoifan makan dan minum biarpun akan tiba hari Eidfitri. Masih yang dijauh mahu pulang tapi terkudrat hanya rinduan. Masih ada yang anak-anaknya ramai menanti pakaian baru yang belum pasti mampu ditunaikan. Masih ada yang bersedih duka dek kerna apa yang ada hilang dalam tertikam. Masih ada yang bencikan hutang tapi terpaksa berhutang. Masih ada yang dihina kerna kekurangan warasan yang tidak diminta. Masih ada yang terpaksa memilih makanan lebihan orang-orang. Masih ada bersimpul siuh senyum dalam duka besar dipinggang.


Bersyukurlah pada Allah wahai yang sedikit senang, sederhana senang dan sangat mewah senang. Yakini boleh bergembira tapi alangkah manisnya kalau tersamping jua ingat masa pada yang masih-masih ada-ada itu. Selamat Menyambut EidFitr, Maaf Zahir dan Batin. Semoga semua ingat pada yang dalam masih kesusahan dan keperitan yang lain jua.


Mohon mohon mohon.

Wednesday, August 24, 2011

Sambil

Pulang dari Yubinkyoku (pejabat pos) tadi setelah selesai pos laju kembali hantar beberapa buku yang dipinjam dari Tuan Sam 4 bulan lalu. Sedang memandu kala itu, kelihatan dua orang murid sekolah rendah berjalan kaki berteman pikulan beg berat. Teringat dan cuba menguji psikologi kecil yang dikatakan mampu menjadikan anak kecil bangga dan dihargai diri mereka, lalu biarpun tanpa kenal sesama kita, hon saya bunyikan dan mengangkat tangan pada mereka si cilik berdua dan berselit sedikit senyuman hadiah dari saya. Dari cermin sisi kanan dan pandang belakang, saya lihat mereka macam senyum pandang toleh pada punggung kancil ini dan mengilas senyum sambil pandang sesama sendiri. Semoga mereka bertambah motivasi dan rasa diri mereka dihargai, maaf saya sekadar cuba uji satu teori yang baik untuk si kanak berjalan kaki bawahan pancaran terik.

Ohya, rasanya masih ramai remaja, kanak-kanak dan bayi-bayi yang masih belum ketahui bahawa antara keunikan Encik Posmen-posmen adalah membaca dari bawah setiap alamat. Maksud pakcik pertanian adalah tuan-tuan posmen akan baca alamat bermula dari bawah ke atas sebagai satu unit sistem tradisi yang diwarisi bagi menjamin kecekapan dalam pembahagian untuk penghantaran surat. Sedikit ilmu baru mungkin buat kamu wahai yang masih kecil-kecil.

Sunday, August 21, 2011

Sang Relabantutapitertipu

Benar kata sinopsis sirah-sirah itu, kadang-kadang memang ada wajar yang logik untuk termakan hati sendiri dek kerna anggapan fitnah itu. Bersusah payah Sang Relabantutapitertipu cuba-cuba tolong bantu, tapi sebenarnya orang cuba berlakon dan menipu serta buruk kan Sang Relabantutapitertipu.

Pandai sungguh ia berlakon, bermain cerita, bermain wayang menagih simpati dan memburukkan Sang Relabantutapitertipu dengan ayat-ayat biasanya. Mungkin Sang Relabantutapitertipu perlu terus bersabar dengan anggap dan tanggap cerita tak persis yang dikupas salah itu. Sang-sang lain yang tak mengerti cerita sebenar sebetulnya terus percaya lakonan si pemain drama itu. Ini kadang-kadang Sang Relabantutapitertipu sedih. Ya Allah, semoga suatu hari nanti kau tunjukkanlah yang sebenar cerita betul yang belum terusik dek kupasan bikinan dusta, Amin.

* Pujangga muda pernah terkata, pelakon yang telah sebati memang hebat pegang mewatak yang kadang-kadang kehebatannya nya sukar digugat dan dikesan dek sikapnya yang berkeras babeyy. Pun begitu, harus bersyukur kiranya minoriti sahaja yang dinampakkan biar sukar mahu dibuktikan. Adakah ini penangan bila terlalu baik dengan orang dan sentiasa buat senang dan tunaikan dengan mudah setiap permintaan???? Kini dipersimpangan samada mahu terus jadi insan mudah bantu orang atau sudah berpatah arang berkerat rotan-rotan. Tamashi no kanashii kimochi...............

Friday, August 12, 2011

Belai

Mungkin belaian terakhir atau kedua akhir. Tapi ketiga akhir macam sudah terlambat dan lebih tepat tidak mungkin. Semoga yang baik ambil tirulah untuk kebaikan pada sesiapa sahaja dan kiranya kekurangan atau yang bersifat negatif tinggalkan ia dalam sedikit renungan. Ia tentang Sutoori ini.


Semakin mahu tinggalkan tanah jawa ini, kian juga bertambah rasa indah untuk kenangan dan penghormatan buat kamu. Benar, mungkin anda tidak tahu saya sangat hormat kamu dalam diam hati ini. Hormat demi sebuah harapan masa depan kita dan kamu-kamu itu. Mereka ramai-ramai datang sampaikan hasrat mahu datang berbuka rumah sewa cikgu bujang. Menyatakan hasrat sedih mahu berpisah dengan ssdl. Melahirkan mahu bersama makan berteman cikgu. Ya cikgu yang akan menghabiskan LMPK selama 3 bulan bersama mereka.


Ibu-ibu mereka mahu masak dan supaya mereka dapat bawa dan tidak mahu menyusahkan cikgu mereka. Mungkin agaknya mereka faham betapa cikgu bujang seorang di rumah sewa tidak punya lengkapan masak untuk populasi yang besar, “toomoiimasu...” . Tapi cikgu keseorangan tetap mahu juga masak apa-apa untuk mereka, juga buat 3 jug air minum mereka dan beli tambah beberapa juadah lagi demi buat mereka. 3 insan yang datang awal rumah cikgu dan bawa tempe khas dan goreng di rumah cikgu, katanya tak mahu goreng di rumahnya bimbang cikgu makan yang sejuk. Katanya cikgu akan makan yang sedap kalau masih panas-panas. Aduhhh……aku kaku bibir terdiam kejap-semeta dan secepat kilas senyuman sepucuk ringkas.


Terharunya saya. Inilah yang saya ajar, kata cakap, didik dan yakinkan anda dalam pelbagai kaedah dan cara bahawa anda sebenarnya cerdik, potensi tinggi dan punyai pelbagai ruang kiranya anda faham cara strategi yang saya rancang khas buat anda. Saya gembira dengan kerja ini untuk kamu-kamu. Inikah berkat doa harian saya, atau satu permulaan tahap tengah untuk bangunkan anda, atau petunjuk sesuatu buat kita semua.


Allah telah memberi saya rasa di hujung ini, satu rasa apa yang selama ini saya suka sebutkan istilah terkesan. Walaupun kamu kelas hujung-hujung belakang dibubuh label status, walaupun kamu sangat nakal kadang-kadang, walaupun kamu anggap aku garang @ bekeng dan ada juga terdengar dulunya aku di label singokelate, tapi akhirnya kamu sangat hormat cikgu. Inikah yang dikatakan cikgu sudah berjaya jinakkan kamu??? Sehingga jenayah merokok pun kamu sudi ikhlas mengaku dengan cikgu tanpa segan???. Dan cebisan nota dari kamu-kamu setiap satu buat cikgu yang cikgu baca tadi sungguh mengharu-birukan lagi melodi di sanubari cikgu ini.


Betapa cikgu gembira berjaya jinakkan kamu. Kamu tak segan dan takut pada yang garang ini, kamu mahu sudi datang, kamu sudi goreng untuk cikgu agar cikgu merasa yang sedap panas-panas, kamu datang ramai-ramai rumah sewa cikgu mahu iftar berbuka bersama, kamu mahu solat magrib dengan cikgu bersama, kamu mahu cikgu tazkirah kamu, kamu mahu cikgu pesanpesan lagi itu ini.


Sesungguhnya kamu telah melukis satu warna baru pada qalbu cikgu yang mana warna itu kalau dicari pada papan asas kotak pensil warna jenama LUNA mahupun SWAN, warna baru itu tidak akan kamu ketemu. Kerna ia benar-benar satu warna baru. Cikgu akan sentiasa doakan kamu-kamu. Maafkan cikgu kerna perlu berangkat dulu.


Wednesday, August 10, 2011

Cinta Antara Benua

Abdullai sahabat benua Ghana, menceritakan betapa tinggi harapanyan untuk membantu masyarakat Ghana dalam usaha kesedaran dan penyelidikan pertanian. Kini Abdullai berada di tahap dan tempat yang tinggi. Yang sangat kagum dan wajar puji hamba Allah ini adalah kekuatan istiqomahnya dalam mencari ilmu dan beribadah. Suka bawa Obento sendiri ke masjid untuk buka puasa semasa di bumi orang dan tidak kisah walaupun terpaksa makan tanpa teman di bucu tiang bangunan masjid sambil lempar senyuman. Bila berkenalan ternyata kamu Hati kamu sangat baik dan boleh dicuri ambil buat teladan.

Di pedalaman Mexico, kini kawan-kawan senegara Alex masih ada yang belajar di sekolah bawah pohon serta seorang guru di bawah sepokok teduh. Semoga kejayaan Alex kelak akan dapat membantu memartabatkan insan-insan susah itu. Saya hormat kamu Alex kerana kamu juga hormat Islam saya.

Orient dilengan sendiri pada saat ini. Mungkin sesiapa yang punyai mata wang Yen dan aset beberapa gram emas akan tinggi motivasi untuk jual emas pada pasaran harga saham sekarang. Ya, nilai harga tengah naik di saat sekarang. Tapi malangnya bagi saya yang tiada langsung kepingan logam kuning itu. Yen Japan juga sudah sangat sikit, minggu lalu-lalu di saat sempit, telah saya jual mata wang itu biarpun pada harga sedang jatuh nilaian lebih rendah. Tapi ia bukan halangan buat kita-kita untuk tidak isi kotak minda dengan ilmu sentiasa terbaru tentang maklumat ini. Takpalah, memang hidup ini kadang-kadang kita perlu cari hikmah melalui ujian sebegini.

Altoro dari Peru dan pasangan bentangnya sedang berusaha "menyelami lautan dalam" untuk benar-benar menggegarkan promosi perusahaan anchovy (bilis) dan produk-produk berkaitan anchovy. Altoro menegaskan satu elemen penting yang berjaya mengyakinkan ahli-ahli dewan pada ketika itu ialah dengan menghuraikan khasiat unggul yang terdapat pada anchovy lalu telah sentap semangat yang ramai-ramai agar ajaklah masyarakat meminatinya.

Mungkin Yuki san masih bersama keluarga datuk neneknya meratapi kemusnahan simbahan dasyat itu. Semoga membangun semula dengan lebih baik.

Rezeki banyak atau sikit, bukan halangan buat semua khalifah untuk menunaikan tanggungjawab. Di dunia serata masih ramai sangat-sangat yang susah dan masih merana. Terutama saudara kita di Palestin sana. Kami-kami sayang kamu. Kamu-kamu selalu didoai kami-kami. Cinta antara benua.

Tuesday, August 9, 2011

Ebi

Minggu akhir ini,.
Ditanya pada mengapa siangan semalam kepala sangat pening berpusing meligat sehingga ke malam. Atama ga itakatta node,……tapi masih boleh tahan. Syukran Ya Allah kerana masih beri kekuatan untuk hasilkan 2 menu berasaskan ebi idaman sebelah petang.

Dan bila direndam lamunan, benar-benar kunikmatikah juadah yang pulun sediakan berharapan dalam putaran peningan itu dikala ku santap dalam kepeningan yang masih bergelutan erat di neuron. Ditanya atau tertanya….atau ada maksud disebalik rasa. Antara ebi dan atama.

Saturday, August 6, 2011

Frangipani Putih


Terima kasih di atas setia kasih sayang mu sahabat itu yang biarpun di saat aku susah dulu sebelum kembali sambung musim jelajah ilmu tapi kamu setia kenali diriku. Yang tidak anjak berubah sikapmu. Yang bercambah seperti skala sebelum. Yang sebenarnya dirimu mampu olehi yang wali hebat-hebat dan bukannya aku yang sekadar Si pencari sekerap tongkol-tongkol berbau. Yang terus kau berikan semangat murni kerap acap-acap. Yang kamu seolah tahu akan perubahan bakal aku terlaku. Yang semacam kamu faham rancangan murni aku dalam sepi belakang tabir putih di saat orang-orang sinis ejek akan aku.


Yang akhirnya aku tahu betapa harga kuntum yang itu. Yang juga menjadikan aku mampu belajar perkara baru iaitu menilai banding beza orang-orang yang memberi sesuatu sumbangsaran macam ikhlas sangat-sangat tapi mengharap amat balasan berlebih-lebihan yang sebenarnya telah dilayan tapi apabila masih tidak mampu melunaskan nafsu memperajakan dia, maka yang ulung bekasan ejekan dianggap lupa daratan. Yang sebenarnya transparensi kepada Al-Wajhu diri dia-dia tu. Kalaulah kamu melihat dengan mata warna bunga daisi, bunga bakawali, bunga melur, bunga serombong dan bunga frangipani….memang benar putih belaka warnanya, tapi bilangan kelopak dan coraknya ada beda. Begitulah hati-hati manusia, mungkin ramai berwarna putih niat baiknya sama, tapi cara luahannya tak sama.


Oh seimbangnya kelopak putih frangipani yang berlima. Jua betapa pentingnya harga bagi sebuah dokuritsu shita.


*dokuritsu shita (independent)


Thursday, August 4, 2011

Yoi Tamashi

Sang julung yang tumbuh diperantara dua musim itu. Spesis hanya diantara musim hujung bertukar. Yang menyimpan sebuah Sutoori pilu ku dihujung kembara dulu sebelum badai simbah lalu. Realistik benih mu tetap berpaku dan terbang. Mungkin boleh jadi asas tunggul untuk bantu lerai buntu tomodachi lama itu, yang dihubungi baru sekejap lalu. Berehat sebentar dulu wahai sahabat dulu-dulu. Bukan hanya kamu, aku juga punyai koleksi dosa-dosa sendiri yang perlu pada doa-doa yang tulus datang dari yoi tamashi.