Monday, May 23, 2011

Bayang Racun

Berhati-hatilah wahai teman-temanku. Mungkin ada bayang racun disekitar mu.


Sifat ciri bayang racun adalah cukup halusi kerana menikam junam lebih dari tajamnya hujung tanjung muncung-muncung anak duri. Bayang racun sudah pasti bijak menanam tebu dibibir, menolong sungguh dan menindas yang lain dalam saluran “bijak adu pada” yang mudah membeli tebu bibirnya. Bayang racun hanya tahu mengambil kesempatan dalam lakonan iman, di belakang tabir dia akan sebarkan cerita nan kisah orang-orang yang telah menolongnya, dibuka buku-buku kisah rahsia orang yang menolongnya seolah-olah telah hilang saraf ihsan ingatan pada orang yang menolongnya. Aku rasa rasa rasa seperti terkena serpihan tikaman cerucuk sang bayang racun dari 2 satah. Aku kini perlu redha dahulu, sabarkan hati yang kian suam ini untuk di suatu hari nanti. Percayalah wahai teman, teori ini kuat untuk mengatakan terdapat bayang racun disekelingmu. Thoughts about this,at 2 am I was wide awake. I couldn’t sleep.


Berhatilah wahai teman-teman ku sayang. Bila telinga mu terdengar alunan suara dari bayang racun, maka renung lah dahulu, fikirlah sewaras mampu dan jangan terburu-buru percaya pada kata-kata irama bayang racun……kerana…..bayang racun memang bijak main cerita. Wahai si bayang racun, Please Stop dilly-dallying…..!!!


p/s:*** Mukashi aru tokoro ni, watashi no jinsei wa kawarimashita………… Alhamdulillah, Thank You Allah.

Wednesday, May 4, 2011

Andrew

Alhamdulillah dan aku mampu senyum kerana niatku dimakbulkan. Aku memandang langit jauh nan tinggi…..aku melukis petah-petah kata Qalbu “ukhwah dan persahabatan demi saling hormati” dengan beberapa titis air mata muda. Selamat merenung dan menimba lumut putih di lantai kisah ini.


Masjid senibina Turki, Yoyogi Uehara Tokyo, Japan menjadi saksi, sebuah lampiran cerita dua sahabat berlainan agama, budaya dan topografi antara Negara. Diceritakan sebuah kisah benar oleh pemilik Sesumur Sawah Di Landang. Kisah menghadiahkan pandangan pertama buat Andrew menatap dirgahayu Masjid Yoyogi Uehara dalam Ramadhan lalu.


Andrew adalah antara sahabat sekuliah di Jepun, kami mengambil beberapa kursus yang sama dan tinggal di apartment yang sama. Tidak dinafikan, biarpun kami berlainan agama tetapi Andrew sentiasa hormat Islam ku. Kesudian Andrew bersama-sama aku ke beberapa singgah sana di satu musim itu adalah antara cerita persahabatan aku dan Andrew. Biarpun aku pernah menolak beberapa ajakannya untuk minum arak, sake, beer dan berpesta, tetapi Andrew tidak ambil hati dan setelah aku alaskan dengan sebab batasan ku sebagai muslim, nampaknya Andrew faham dan hormat.


Ramadhan itu…. Yang kebiasaannya keseorangan aku mengayuh jitensya dan menaiki keretapi setiap hari untuk breakfasting di Masjid Camii Turki, Yoyogi Uehara, Tokyo. Yang suatu ketika aku mempelawa Andrew untuk ke masjid itu, yang ku jemput untuk sama-sama menikmati juadah berbuka puasa bersama muslim di sana, yang ku nyatakan dalam bentuk imbuhan kata pengalaman untuk kamu melihat suasana muslim berbuka puasa dan menunaikan ibadah bersama (Jamaah). Andrew pada mulanya segan dan malu, takut katanya….. “Ropizam-san, is it really ok non-muslin like me go to mosque and anter the mosque?????” tanya Andrew. Setelah aku meyakinkan bahawa tiada masalah untuk itu dan kami sentiasa mempelawa bangsa beragama lain untuk mengunjungi dan melawat masjid asalkan mengikut adab dan tatatertib untuk masuk ke dalam masjid. Berkebetulan juga dengan persediaan pihak masjid itu yang mengeluarkan iklan menjemput masyarakat bukan Islam di Jepun untuk turut serta merasai pengalaman berbuka puasa bersama orang Islam, maka menguatkan lagi semangat ku untuk menjemput dan membawa Andrew.


Dan akhirnya, Andrew setuju. Andrew mahu ikuti ku ke destinasi Yoyogi Uehara itu. Alhamdulillah dan aku mampu senyum kerana niatku dimakbulkan. Aku memandang langit jauh nan tinggi…..aku melukis perkataan “ukhwah dan persahabatan demi saling hormati” dengan beberapa titis air mata muda. Aku petang asar itu mengayuh jitensya bersama Andrew ke Eki train. Kami bersama menaiki Odakyu Ekspress Train dari Kyodo Eki menghala ke destinasi itu.


Aku gembira dapat membawa Andrew ke masjid itu, makan bersama aku dan muslim yang lain, Akhirnya, Andrew telah berpengalaman menikmati juadah berbuka puasa. Di saat mahu kami menunaikan solat berjemaah dalam masjid itu, Andrew turut ku jemput ke dalam dan duduk di belakang, dan aku sempat mengilas toleh ke arah Andrew….. Andrew turut masuk ke dalam masjid tetapi duduk di belakang, melihat pandang kami, menoleh kanan dan kiri mendongak ke atas ratapi bentuk kubah di dalam dan sekadar diam. Kata-kata Andrew pada ku di saat pulang dari masjid itu…. “Ropizam-san, this is my first time visit Mosque and anter inside the real mosque, that’s my friend because of willing invite me and make me experienced about that”.


Aku hanya senyum, dan hanya mampu melukis satu rasa lagi dalam hati.. Masjid Camii Yoyogi Uehara, Tokyo semestinya meninggalkan banyak lagi faharasat rahsia yang akan ku bongkar. Kisah antara temunya gharib yang mulus.


Sunday, May 1, 2011

Unggun Api Madu

Jangan ditanya mengapa unggun api madu malam itu sangat istimewa. Di puncak bukit mendatar, berhimpunya watak-watak Husnul Qalbi bakal peneraju kelongsong ilmiah yang berjiwa amanatun.


Tiada yang paling percik perasaan nikmat dingin dalam jiwa melainkan dapat melihat gembiranya suasana ceria terpamir dari raut wajah-wajah mereka…….mereka berkata-kata sambil melaku kerja bersama, mereka bersuka ria, mereka ketawa, mereka berbual indah tentang masa depan dan mereka terus dengan gelagat terjaga positif mereka. Petangnya, di saat penghujung mentari mula menjadi malu dan mahu menyimpan diri, datangnya malam berunggung api madu setelah semua selesai solat di surau bukit lapang itu jelas menggambarceritakan bahawa makna ukhwah itu amat penting disamping kami saling berpesan dan mendalami lagi apa itu makna masa depan yang asas. Unggun api madu di bawah sepohon flora itu juga menjadi saksi keramat apa itu makna perlunya berdoa untuk semua, pentingnya berjaya itu ramai penglibatannya. Kerana unggun api madu telah mendengar bahawa kenapa susahnya hidup kalau sikitnya orang berjaya.


Terima kasih wahai si unggun api madu yang menemani kami-kami dalam sebuah kisah cerita ukhwah di penghujung bab yang berironi ini.

Monday, April 25, 2011

Hibatun

Aku tidak pasti sampai bila ibtasama mampu jadi hibatun. Sudah tidak sabar rasanya mahu menulis novel pendek tentang fitnah berangkai yang dihunus oleh seorang bijak pandai berpangkat tinggi yang telah menyumbang kepada hampir-hampir musnahnya semangat aku dalam menuntut ilmu. Terbaru, laungan tidak professionalnya dikhalayak ramai telah menceritakan kepada yang melihat dan mendengar tentang siapa diri dia disebalik lagak lakonan gaya pura nya. Kesan masih ku rasa hingga detik kini. Mujur hati lasak budak hulu kampung ini mampu tangkis bulu-bulu fitnah dalam sedih ratah hati kering. Aku tidak pasti sampai bila ibtasama mampu jadi hibatun.


*Ibtasama(senyum), *hibatun(buah tangan/gift)

Saturday, April 23, 2011

Sejuk

Usah dipotong tali pada perahu cantik baik yang telah diikat berlabuh. Biarkan perahu cantik baik selesa berehat bersama pendayung Ala Syatil’il Bahri. Selamat tinggal Jaziratun sejuk bersama senyum tawa pepasir dan jirusan salju Maujatun. Berlembut bayulah wahai Maujatun. Kamu cukup dan amat sejuk.

Friday, April 22, 2011

Sekeping Gambar Dulu

Masihkah kau ingat wahai hati,……

Sambil ku buka folder lama gambar usia umur 20 tahun, ku renung satu gambar yang ku tampal di dinding dulu itu, yang ku tulis pada ketika itu “Kini usiaku sudah mencecah 20 tahun, apa yang harus aku fikirkan” dan semasa detik usia 20 tahun itulah…..hati mahu menyimpan secangkir molekul-molekul madu yang kau semat dalam hati mahu punyai keluarga sendiri pada usia 25 tahun sekilas rapat mahu tempah Sunnah Besar junjungan, itulah hajat mu wahai hati.

Kini, cuma tinggal 74 hari sahaja lagi, usia akan mengetuk pintu nombor 26. Nampak gayanya, salah satu dari molekul dalam secangkir madu itu mungkin gagal. Mungkin. Kerna kian makin hampir tinggalkan nombor 25 itu. Mustahil dengan baki tolak campur 2 bulan ini untuk selesaikan misi Totemo Ooki ini.

Aku pasrah, redha dan sedia menangguk hikmah-hikmah yang mahu datang. Sekeping gambar bersaiz megabit kecil yang penuh liku warna makna apa itu “Muhasabah”.

Thursday, April 21, 2011

Hati Manisnya

Dalam memandu pulang dari restoran itu, sambil ku dengar lagu dulu-dulu, si lubuk hati mulus terbang dilayang terkenangkan manisnya hati tabah srikandi itu, aku menyimpan satu hasrat hati doa untuknya.


Sasterawan gaya hatinya, mampu boleh-boleh sangat bantukan hatinya, disaat dia bawa hati nya trbang tenang tanpa ditemani hati-hati teman. Semoga ketabahan srikandi sasterawan sulong itu terus kekal tabah, dan dikurniakan kenikmatan dikemudian hari. Bertuah ibu bapanya kerana punyai anak tahu erti berkat seperti si dia.


Dia yang banyak memendam rendam simpan rasa duka hanya untuk qalbunya. Aku bangga dengannya. Sanggup menggalas pikul banyak kudrat demi keluarga tercinta yang jauh di sana. Beberapa petah patah nasihatku untuknya moga-ku-moga akan berbundar-bundar berbuah buih-buih banyak untuk kuatkan dirinya lagi dari dugaan hidup sekeliling mu. Sasterawan sulung, aku akan turut mendoakan kamu wahai srikandi sulung jiwa murni.

Thursday, April 14, 2011

Penghargaan, SMA UPM 2011

Sejambak merbak harum penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan dan menganjurkan program SYARAHAN MOBILITI ANTARABANGSA FPP UPM 2011 (Rahsia Budaya Akademik di Jepun dan Mesir), terutamanya kepada ahli jawatankuasa panganjur khas Kelab Pendidikan Sains Pertanian, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dan Bahagian Antarabangsa UPM. Terima kasih kepada semua yang sudi mendengar ceramah yang disampaikan oleh saya tentang rahsia budaya akademik di Jepun. Selamat Maju Jaya Buat Semua. InsyaAllah, ada peluang dan ruang saya kongsi lagi pelbagai rahsia dari sang bumi matahari terbit pancar sana. Shitsurei shimasu………..


Mohon sembah undur diri untuk saya pulang bercuti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang sentiasa sudi singgah di laman usang saya si budak kampung di SSDL ini. Watashi no kazoku to tomodachi ni kansha shite imasu.

Saturday, April 2, 2011

Rajuk

Halal Food sangat susah juga, tidak tahu di mana mahu ku cari, teman masih tiada ketika itu, nak berbahasa tidak tahu dan hanya kamus teman aku. Ya, lantas aku merajuk. Merajuk pada diri ku sendiri kerana tiada tempat untuk ku mengadu. Rajuk di minggu-minggu awal di Nihon. Kerana ku merantau solo segala-galanya boleh dikatakan sendiri. Lebih kurang 3 hari pertama… asagohan (breakfast), hirugohan (lunch) dan bangohan (dinner) hanyalah ku ketip biskut, karipap mini dan minum Nescafe 3 in 1 n milo yang ku bawa dari Malaysia.


Begitulah pagi petang siang malam. Ditambah dengan stress untuk kuasai dgn cepat bahasa Jepun… bukanlah tugas mudah bagi aku si budak kampung. Intai website IPIJ dan cari maklumat makanan segera halal di Jepun dan aku jumpa sejenis roti yang genzairyou wa subete shoukubutstu desu (kandungan bahan buatan semua dari tumbuhan). Plastik bungkusan nya warna hijau. Dan aku terus berjalan kaki seorang diri di mata-mata Bandar Sakuragaoka Setagaya-ku Tokyo untuk mencari premis bersih itu yang menyediakan roti itu.


Alhamdulillah, aku jumpa dan aku gembira. Aku beli agak banyak, dan 3 hari berturut-turut juga boleh dikatakan aku beli dan makan roti itu. Ada juga saat sedih, aku merajuk tidak mahu pulang ke apartment, dan aku hanya beli roti si kulit hijau dan coffee drink tin itu dan aku hanya duduk di makmal computer di Jabatan dan berseorangan sehingga 1 am ku berlatih tatih asah asuh diri untuk bahasa nihon itu. Aduh, masih terbayang saat stress, letih dan perit sendiri itu.


Thursday, March 31, 2011

Kotoba

Alhamdulillah hati gembira kerana dipermudahkan dan diberi peluang untuk sharing sedikit ilmu dan pengalaman yang daif ini. Baru-baru ini, jemputan untuk memberikan ceramah kepada pelajar yang bertajuk “Gaya Pemikiran Pelajar Muslim” dalam program BSKI di Masjid Telipot, Kota Bharu Kelantan. Sekadar berkongsi secubit gambar kenangan.

Dan InsyaAllah esok petang saya akan menyampaikan “talk” perkongsian yang bertajuk “Pengurusan Komunikasi Antara Budaya (Perbandingan budaya komunikasi Japan dan Malaysia)” di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Ilmuan yang sudi menjemput.