Thursday, April 14, 2011

Penghargaan, SMA UPM 2011

Sejambak merbak harum penghargaan saya ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan dan menganjurkan program SYARAHAN MOBILITI ANTARABANGSA FPP UPM 2011 (Rahsia Budaya Akademik di Jepun dan Mesir), terutamanya kepada ahli jawatankuasa panganjur khas Kelab Pendidikan Sains Pertanian, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM dan Bahagian Antarabangsa UPM. Terima kasih kepada semua yang sudi mendengar ceramah yang disampaikan oleh saya tentang rahsia budaya akademik di Jepun. Selamat Maju Jaya Buat Semua. InsyaAllah, ada peluang dan ruang saya kongsi lagi pelbagai rahsia dari sang bumi matahari terbit pancar sana. Shitsurei shimasu………..


Mohon sembah undur diri untuk saya pulang bercuti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang sentiasa sudi singgah di laman usang saya si budak kampung di SSDL ini. Watashi no kazoku to tomodachi ni kansha shite imasu.

Saturday, April 2, 2011

Rajuk

Halal Food sangat susah juga, tidak tahu di mana mahu ku cari, teman masih tiada ketika itu, nak berbahasa tidak tahu dan hanya kamus teman aku. Ya, lantas aku merajuk. Merajuk pada diri ku sendiri kerana tiada tempat untuk ku mengadu. Rajuk di minggu-minggu awal di Nihon. Kerana ku merantau solo segala-galanya boleh dikatakan sendiri. Lebih kurang 3 hari pertama… asagohan (breakfast), hirugohan (lunch) dan bangohan (dinner) hanyalah ku ketip biskut, karipap mini dan minum Nescafe 3 in 1 n milo yang ku bawa dari Malaysia.


Begitulah pagi petang siang malam. Ditambah dengan stress untuk kuasai dgn cepat bahasa Jepun… bukanlah tugas mudah bagi aku si budak kampung. Intai website IPIJ dan cari maklumat makanan segera halal di Jepun dan aku jumpa sejenis roti yang genzairyou wa subete shoukubutstu desu (kandungan bahan buatan semua dari tumbuhan). Plastik bungkusan nya warna hijau. Dan aku terus berjalan kaki seorang diri di mata-mata Bandar Sakuragaoka Setagaya-ku Tokyo untuk mencari premis bersih itu yang menyediakan roti itu.


Alhamdulillah, aku jumpa dan aku gembira. Aku beli agak banyak, dan 3 hari berturut-turut juga boleh dikatakan aku beli dan makan roti itu. Ada juga saat sedih, aku merajuk tidak mahu pulang ke apartment, dan aku hanya beli roti si kulit hijau dan coffee drink tin itu dan aku hanya duduk di makmal computer di Jabatan dan berseorangan sehingga 1 am ku berlatih tatih asah asuh diri untuk bahasa nihon itu. Aduh, masih terbayang saat stress, letih dan perit sendiri itu.


Thursday, March 31, 2011

Kotoba

Alhamdulillah hati gembira kerana dipermudahkan dan diberi peluang untuk sharing sedikit ilmu dan pengalaman yang daif ini. Baru-baru ini, jemputan untuk memberikan ceramah kepada pelajar yang bertajuk “Gaya Pemikiran Pelajar Muslim” dalam program BSKI di Masjid Telipot, Kota Bharu Kelantan. Sekadar berkongsi secubit gambar kenangan.

Dan InsyaAllah esok petang saya akan menyampaikan “talk” perkongsian yang bertajuk “Pengurusan Komunikasi Antara Budaya (Perbandingan budaya komunikasi Japan dan Malaysia)” di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Ilmuan yang sudi menjemput.

Wednesday, March 30, 2011

*Kamu

Semasa aku keseorangan susah dalam kembara solo dan berkamus di poket selalu, kamu bantu hormat jaga aku. Kamu, walaupun densya (train) belum sampai…tapi kamu berbaris awal-awal. Kamu, walaupun bukan dan lambat lagi masa untuk kamu melintas jalan…tapi kamu awal-awal masuk baris dan tunduk hormat beri org tua di depan. Kamu lakukan antara suruhan agamaku. Alhamdulillah… Allah temu dan sedarkan aku. Kalaulah kamu-kamu…….. Aku antara yang mampu…mendoakan kamu.

Sunday, March 27, 2011

* Sedih

Benarkah berita yang ku perolehi dari seorang Profesor mengatakan bahawa rumah keluarga Yuki-san habis musnah dilanda badai Tsunami dan Gempa itu??? Email yang ku hantar pada Yuki-san juga belum berbalas. Adakah Yuki-san sedang bersedih dengan dugaan dasyat ini? Ya Allah, tabahkan lah hati insan-insan itu. Aku dan hati aku kian sedih dan masih menanti khabar dari Yuki-san. Yuki-san, kebaikan mu tetap ku kenangi dalam memori Nippori di suatu sepanjang hari.

Tuesday, March 22, 2011

Tsunami 2, Sotsugyoushiki wa chuushi desu

Sayu hati ku. Bila terima dan baca email-email luahan Nihonjin tentang gauman tsunami dan terjahan gempa totemo ooki itu. Walaupun kawasan Tokyo ku tiada dilibas ombak, tetapi hadirnya gegaran kuat dan hayunan goncang itu sudah cukup mencemaskan dan mentabur porak peranda kan barang-barang dalam rumah, tambah Furuta Wakako (Officer, Centre of International Programs, Tokyo University of Agriculture) lagi,peralatan rumahnya serta buku-buku jatuh bertaburan, terkeluar dari tingkap dan ada yang rosak dan musnah. Ungkap beliau lagi, mereka sangat terkejut dengan bencana tertimpa ini, dasyat, sayu dan sangat menyedihkan. Menurut Furuta san juga, hampir 20 000 orang sebanarnya yang mati dan masih hilang.

Prof.Dr. Akimi Fujimoto (Director of International Programs, TUA, CEO, Joetsu Tokyo Nodai, Inc.) menyatakan beliau sekeluarga selamat dari bencana dan dalam keadaan baik, hulurkan terima kasih di atas kesudian bertanyakan khabar beliau, walaupun dalam keadaan musibah berat ini tetapi beliau sangat bersemangat untuk membantu mangsa di bahagia utara Jepun dan memulihkan kembali keadaan kawasan Jepun yang rosak seterusnya kembali pada kehidupan normal masyarakat Jepun.

Bagi Hiroki Inaizumi (Inaizumi sesnsei- my supervisor in Japan), keluarga beliau juga dalam keadaan selamat dan beliau bersama sensei-sensei lain sedang mengenalpasti pelajar-pelajar daigaku (University) yang berada dalam kesusahan terutamnya yang berada di bahagian Tohoku. Sensei sangat bimbang dengan keadaan pelajar berkenaan. Sensei sangat bersemangat untuk bersama-sama bangunkan kawasan Japan yang musnah dan rosak. Sotsugyoushiki wa chuushi desu (Majlis konvokesyen terpaksa dibatalkan@tunda) berkebetulan dengan cuaca masih sangat sejuk. Inaizumi sensei menyatakan bahawa keluarga beliau semuanya selamat cuma mereka masih dalam keadaan bimbang dan mengharapkan doa dari kita semua untuk keselamatan mereka, menyatakan betapa mereka perlu kuat untuk saling menolong antara satu sama lain dan segera membangunkan kawasan yang musnah. Semangat mereka sangat kuat dan bermotivasi tinggi.

Dr. Mokoto Suzuki sensei yang mana semasa kejadian, beliau berada dalam flight dari Washington selama 8 hari kursus di sana dan semasa Tsunami dan earthquake berlaku flight yang dinaiki baru sahaja ingin landing di Narita Airport, Tokyo tetapi tidak dapat mendarat kerana gempa tersebut dan terpaksa mendarat di Haneda Airport. Beliau terus gegas diri pulang ke rumah mendapatkan ahli keluarga dan gembira serta lega semua ahli keluarganya selamat, mereka semua berkumpul dalam rumah dan tidak keluar ke mana-mana. Suasana di Tokyo tidak teruk sangat tetapi banyak juga kemusnahan kesan gempa yang berlaku. Aktiviti di University terpaksa dibatalkann dan ditunda buat sementara waktu.

Dr. Keiko Natsuaki sensei sangat bimbang dan terkejut dengan gempa bumi dan Tsunami yang berlaku, gegaran kuat memang sangat menakutkan beliau sekeluarga. Sensei sangat sedih melihat mereka yang kehilangan keluarga dan kawan-kawan. Sensei juga mengharapkan doa dari Cikguzam untuk bersama mendoakan kesejahteraan masyarakat Japan.

Dr. Takayoshi Sato sensei dengan lafaz setinggi penghargaan gembira juga dapat mendengar khabar zam, menyatakan Tokyo University of Agriculture dalam keadaaan Ok, Cuma juga bimbang kepada pelajar-pelajar yang berada di Tohoku region.

Bagi Shimizu Tomoko sensei dan Reiko Oba sensei (my sensei that teach me Japanese Language in Tokyo, Japan), keadaaan mereka sekeluarga semuanya selamat tapi dalam keadaan tidak berapa baik kehidupan seharian. Mana tidaknya, bekalan elektrik terpakasa dicatu buat sementara waktu, sangat-sangat perlu berjimat kerana banyak kerosakan berlaku pada atomic plant power, harga barang juga meningkat dengan mendadak dengan cepat dan sangat laris habis dijual, walaubagaimnapun sensei-sensei bahasa jepun ku ini juga menyatakan mereka tetap bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk terus berjuang dan membangunkan semula Jepun.

Ohh tidak..kebimbangan sahabatku seorang ini yang sangat baik dan sentisa ingin membawaku bersiar-siar di Nihon terutamanya di kawasan Kamakura, kebimbangan Daisuke Yamauchi sehingga dia menyatakan padaku bahawa beliau sebolehnya mahu keluar dari Jepun buat seketika. Sedikit trauma mungkin dengan sentuhan dasyat dari pemilik dunia. Daisuke mahu terus berhubung dengan ku, kami cuba berbual melalui Skype phone. Daisuke melahirkan perasaan sangat sedihnya melihat kawasan yang musnah dan kematian kumpulan yang dasyat itu. Walaubagaimanapun keluarga beliau selamat.

Tapi kenapa Horino dan Kanako menyepi langsung??????, Selamat kah mereka????, bagaimana keadaan mereka sekeluarga, aku…dan masih aku menunggu berita dari kamu-kamu.

Watashi wa subete no Nihonjin wa gaman suru koto o negatte imasu. Watashi-tachi wa anata ni shite iru. Wareware wa tsuneni anata no doryoku o shikkari sapōto. Subete no Nihonsei ni Genkide.!!!!!!!!

Monday, March 14, 2011

Tsunami 1

Aku, masih menunggu lagi dan lagi berita dari warga Nihon di sana. Menyusun atur luahan mereka yang tulis email padaku juga melalui mobile ku. Oh Tsunami. Ya Allah, berilah hidayah pada mereka sang baik-baik hati murni. InsyaAllah akan ku kongsi pada terbitan Tsunami 2.

Monday, March 7, 2011

Dimensi Rindu

Polarisasi hati mulus yang rasanya sudah berpaut dalam teras suri hati. Ya Allah, aku gembira dalam-dalam Qalbu pinjaman ini hakikat nikmat rasa restu rindu yang telah kau fitrahkan buat insani. Ya Rabb, sekiranya sekuntum bunga zaujah bakal diamanahkan padaku kelak hari, kurniakanlah srikandi solehah yang mana sejuknya hati ku nikmati dalam redhaMu, cerdik gaya fikirnya dan bonus mungkin kiranya kalau penyeyum manis pada zauj’ nya antara sumbangan impian hati mahu. Ya Allah, tanamkan lah benih rasa cinta yang suci bak lantaran kau berkati.

Ironinya, aku rasa sangat malu untuk melafazkan rasa rindu pada insan yang mungkin tidak tahu dia dirindu. Terdamba rindu di satu dimensi, dimensi yang bukan filkullimakan, dimensi yang tiada jatah.

Mungkinkah ia satu dimensi baru romantik cinta anugerahMu…..? Atau aku hanya percaya mimpi rindu dinihari subuh itu…..?

*jatah = kuota

Wednesday, March 2, 2011

Pohon Zelkova

Apa khabar agaknya Kanako di sana. Gadis baik Nihon yang pernah membantu ku di bawah rimbun-rimbun Zelkova satu petang sejuk salju sakura itu. Sempat aku menjawab sedikit tutur tanya mu tentang Islam ku dan bicara suci makna tenang hidup fahaman falsafah agama ku. Ada minat semanis madu dihatimu pada agama ku. Oh Zelkova...... ku rindu gugurnya lemah ayu daun-daunmu di musim itu.

Saturday, February 26, 2011

Mentari Buat Si Tabah

Adalakalanya memang susah dan sukar (cabaran). Untuk kita fahamkan mereka soal cara dan tindakan yang boleh menyumbang kepada tidak berlakunya tanggapan negatif pada orang lain. Walaupun kita tidak menegatifkan insan lain, tapi mungkin gayalakon kita akan menerbitkan suasana buruk nya insan tabah itu. Adakalanya kita terpaksa dengan berat membatu besar untuk menegur demi kebaikan dan seimbang untuk semua, walaupun mungkin orang tak suka kita mahupun benci kita.
.
Adakalnnya kita terpaksa latihtubi di memalam buta sunyi sepi kuatkan jiwa semata-mata mahu terangkan perkara dalam diam tak patut lakukan demi untuk jiwa dan maruah orang lain juga. Mungkin kita rasa kita tiada niat untuk menyebabkan orang lain diperlekehkan kerana kita, tetapi cara kita yang tidak betul dan tak seimbang kena cara itu sebenarnya kita menyumbang kepada rosaknya hubungan dalam jiwa hati kumpulan mereka. Walhal insan lain-lain itu juga punyai semangat waja beraga-raga mahu sumbangsaran cara, tetapi kekangan kewangan dan masalah kenderaan jadi galang punca.
.
Aku perlu tegur ucap, demi hati-hati jiwa warga ramai........walaupun aku akan dibenci kerana teguran itu. Ya aku rela dibenci demi sebuah kefahaman untuk kesejahteraan insan-insan malang lain. Aku rela dibenci demi membela insan-insan yang dipinggirkan.